Aku terkedu, bila salah seorang murid bertanya, Cikgu, benarkan saya solat sebentar, saya blank

Untuk makluman, artikel ini sebenar pernah disiarkan pada tahun 2017.Tarikh penceritaan dibawah tidak diubah untuk mengelakkan jalan cerita terpesong daripada yg asal.

Kisah sebak SPM
Hari ini merupakan hari keempat bagi pelajar tingkatan lima menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berlangsung di seluruh negara. Segala input ilmu yang dipelajari selama dua tahun (sejak tingkatan empat) akan dicurahkan ke atas kertas jawapan dalam masa beberapa jam diberikan dan ia akan menentukan masa depan pelajar.

Jadi tidak pelik sekiranya dalam keadaan tertekan dan gemuruh memikirkan hala tuju masa depan, pelajar diserr4ng dengan situasi ‘blank’ ketika sedang menjawab kertas peperiksaan. Itu yang terjadi kepada seorang pelajar yang tiba-tiba berasakan otaknya kosong dan tiada ilham untuk menulis lagi di atas kertas jawapan. Baca perkongsian menyentuh hati yang dikongsikan seorang guru di laman Facebook di bawah:

Hari ketiga mengawas SPM 2017. Kertas sejarah kertas 2. Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Setelah 20 minit masa berlalu seorang calon lelaki bersongkok, air muka bersih. Tiba-tiba mengangkat tangan meminta kebenaran ke tandas. Saya benarkan sambil mengiringi beliau, sebelum itu dah perasan yang beliau macam tak keruan. Kedengaran bunyi air dari dalam tandas, calon tadi keluar.

Saya lihat wajah serta tangannya basah sambil memegang stokin dan kasut. “Izinkan saya solat sekejap ye cikgu, saya ‘blank’,” ujarnya meminta kebenaran. Belum pun sempat saya berkata apa-apa seraya tergamam, calon itu sudah pun mengangkat takbiratulihram.Terkedu saya sambil memerhatikan beliau solat. Solat tanpa sejadah tetapi sujud dengan dahi menyentuh lantai simen yang amat daif itu. Allahu Akbar.

Tiba sujud di rakaat terakhir agak lama beliau sebegitu. Selepas memberi salam beliau mula menangis tersedu-sedu seraya berkata, “Cikgu saya ‘blank’, tiba-tiba saya rasa otak saya kosong. ‘Trial’ hari tu saya dapat Sejarah A+” Tetiba rasa keibuan saya hadir. Tanpa sedar turut sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya dan memintanya beristighfar serta membaca Al Fatihah.

“Inshaa Allah Allah bantu awak. Buat yang terbaik ye,” ujar saya. Dia angguk dan bangun menuju ke dewan semula. Allahuakbar. Semoga Allah permudahkan urusanmu duhai anak muda. Perjalananmu masih jauh, semoga terus istiqamah mengharapkan Allah sebagai penolong di kala kebuntuan.Pengajaran yang saya dapat daripada beliau, ALLAH jualah sebaik-baik penolong. Kita terlalu kerdil maka bersujudlah minta pada Allah.

Terima kasih kerana pengalaman yang cukup bermakna ini duhai anak muda. Saya share kerana saya rasa tak ramai anak muda sekarang seperti beliau. Jika dipandang dari sudut psikologi, masalah ‘blank” terjadi apabila berada dalam situasi dan persekitaran yang membuat seseorang berasa agak tertekan berbanding suasana biasa, selain faktor kurang tidur dan kurang keyakinan diri.

Terdapat beberapa langkah boleh dilakukan bagi mencegah dan mengatasi masalah ini. Pertama mesti bertenang, tarik nafas dalam-dalam secara perlahan, kosongkan minda dari berfikir, tutup mata jika perlu dan lakukannya selama beberapa minit. Pendekatan ini seakan sama konsep dengan bersolat bagi meraih ketenangan semula.

Setelah mendapat sedikit ketenangan mulakan dengan apa sahaja yang terlintas di fikiran – mungkin nama topik, lakar apa sahaja anda ingat tentang subjek tersebut dan lihat apa akan terhasil selepas itu. Setelah melakukan itu memori akan datang secara sendiri. Jika masih tidak berhasil langkau soalan dan buat kemudian.

Pada masa sama elakkan berfikir apa akan berlaku jika anda gagal dan tidak dapat keputusan baik kerana ia membuatkan kadar stres bertambah dan terus ‘blank’. Satu lagi tip, ketika belajar biasakan menjawab soalan latihan seolah-olah anda sedang berada di dalam peperiksaan sebenar.

Oleh demikian minda akan bersedia menghadapi tekanan di dalam peperiksaan sebenar sekiranya dari awal dibiasakan dengan suasana tekanan peperiksaan. Rahsia aku dekan setiap semester. Tips ni jugak boleh apply untuk big exam lain contohnya SPM, PT3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *