Solat jemaah dengan pakcik adam di surau hospital, esoknya baru aku tahu, dia dah meningggal lima tahun lepas.

Itu hari isteri dan anak aku masuk wad, Susah hati ni Allah je tau. Sapa2 yang pernah rasa mkin lebih memahami. Lepas ziarah isteri dan anak, aku kene siap bekejar utk maghrib . maghrib plak awey skarng jadi x smpat aku nk ke masjid , teringat aku dkt hospital kuala ni ada surau.

2 tahun lepas, Situ la tempat aku menunggu isteri aku bersalin anak pertama. Dua mlm jgk aku tido surau tu. Dh selesai bancuh air kopi utk isteri, aku terus gerak ke surau, tak jauh pun dr wad, bergolek bleh smpai. lpas ambik wudhuk, aku terus naik surau , tgok ada sorg pak cik tua dh azan, fuhh.. alhamdulillah sempat.

Selesai azan pak cik tu mntak aku jadi imam, aku menolak dgn baik, aku terus iqamah. Hehe.. huh selamat..lpas selesai solat pak cik tu pekenalkan diri, nama pak cik adam, dia tnya aku dari mana, aku bg tau la org kuale, aku tnye pak cik dr mane, die ckp pak cik duduk jauh.. aku pun oo.. jauh beno ke pak cik?

Dia ckp jauh jgk la.. lpas tu dia tersengeh.. aku malas tnye lg, mkin ade sebab dia xnk jwp. lpas tu dia tnya aku dihospital ziarah sapa, aku pun bgi tau la ziarah isteri dgn anak. dia bg tau dia dh beberapa hari dkt surau tu, dia ziarah anak dia dkt tingkap 4, katil sekian2, nama sekian2. Sakit darah tinggi.. Aku pun oo je la.

Aku mintak diri sbb aku ada janji dgn tokey susu kambing, nk ambik stok bg isteri dgn anak aku mnum esok. Lpas selesai urusan aku terus patah blik pg hospital, tgok jam awal lg, so aku gerak terus pg surau untuk menunggu isyak, sampai surau aku tgok pak cik adam tgh mengaji, aku pun cari sudut nak rebah badan, letih usoh kabo la, dari malam smpai kemalam kehulu kehilir, banyok beno hey nye.

Masuk waktu isyak pak cik adam suruh aku azan, aku bwk la azan madinah aku.. hehe.. xla aku azan ikut aku punye gaye la, gaye org tak kursus punye azan. Surau ni mic rosak, so pak cik adam sruh aku duduk tp tingkap, azan kuat2 katenye, niat satu alam dengo. Niat supaya satu alam Allah bwk utk solat. Mcm biase aku dengo ayat ni.

Lpas azan pak cik adam sruh tunggu, kot2 ade lg org yang nk dtg berjemaah, sementara tgu tu pak cik adam ngaji. Sedap dia ngaji, dlm hati teringgin aku ngaji mcm dia, siap berlagu2 lg. Aku mcm biase cari dinding, x sedo setegah jam aku lelap, pak cik adam sruh aku iqamah. 4 rakaat dkt setengah jam, sedap beno pun pak cik ada bace, punye panjang tp tak terase, rakaat pertame dan kedua pak cik adam bace surah Al Imran.

Selesai solat kami berbual, aku mntak pak cik adam ajor aku ngaji, dia ckp die xde la pandai mane, sket2 je, die ckp kmu nk ngaji qoyom kene cari guru yang mursyid. Guru yang tak minta upah, kecuali diberi, tgok Guru tu solat berjemaah ke x, yang penting Ikut sunnah. Aku pun baikkan je la, sbb memang betoi ape die ckp.

Sebab nasihat ni aku biase dgr dari ulama dkt masjid sri petaling. Banyak hal jgk kami berbual, banyak nasihat dia untuk aku. Terasa lapang hati bila dengar pak cik adam bg nasihat. dlm mase kami berbual aku tgok muke pak cik adam ni tenang je, sepatah2 dia sebut, smbil berbual dia lurut janggut dia yg paras dada.

Dia bg tau koyom nanti simpan panjang ni ye, nabi janggut panjang ni, dia tnjuk isyarat segenggam, sunnah ni kita bwak masuk dlm khubur nanti. smbil dia lurutkan janggut dia, Dia senyum. Senyum manis. Aku xbleh lupa. Dipendekkan cerite mlm tu klu tak aku nk iktikaf surau tu tp bila teringat kain baju banyak tak basuh, rumah tak berkemas, makanan kucing tak letak lg, aku batalkan hajat aku.

Aku pelawa pak cik adam tidur rumah, pak cik adam menolak, dia bg tau dia selesa tidur surau, senang nak bangun tahjud. Pak cik ada ckp mlm ni sy nak tidur dengan malaikat. Aku pun ok je la, tak dak aku rasa pelik pun sebab dkt rumah Allah la kita nak dpt suasana malaikat. Ulama bg tau untuk dapat sifat taat, kita kena banyak habiskan masa dlm rumah Allah.

Esok paginya lepas selesai keringkan baju di dobi, dkt2 jam 12.30 tgh hari aku dh siap tgu dpn pintu dpn wad. Tepat jam 12.30 aku terus masuk pg jumpa buah hati anak isteri aku. Dkt2 zohor aku keluar aku terus pg surau. Aku tgok pintu gate surau berkunci. Pulak dah.

Aku trus start keta pg masjid pling dkt. Dkt jam 4 ptg aku gerak ke hospital sbb time melawat jam 4.30. Dlm hati, Sempat asar dlu ni. Aku trus pg surau. Tgok pintu gate berkunci lg. Sebelah surau tu mcm ada org melambai aku., dia jerit woii nak asor ke?? Aku pun yeeee. Dia ckp dtg sini. Aku pun pg la, situ blik kecik je tp siap ada tpt wuduk, aku tnye surau utk staf ke? Abg tu ckp haah utk staf, aku tanye knape surau kunci.

Abg tu ckp surau tu lame dh kunci. Hati aku tak sedap. Aku tnye lame? Berape lame? Abg tu ckp dkt setahun jgk la. Bederau darah aku. Jantung aku tibe2 laju. Aku tarik nafas, buat muke xde ape2. Aku tnye lg kenape surau tu kene kunci abg, abg tu ckp surau tu lame sgt dh tinggal, jarang sgt org tg solat situ,lama2 lantai dia reput, itu hari ada kes kaki org solat disitu hampir terjeluih( terjerumus) ke bawah.

Aku tak nak sambung cerita. Aku mntak abg tu jadi imam. Mcm biasa aku trus iqamah. Selesai solat aku terus masuk wad utk jumpa anak isteri aku. Aku cuba lupakan cerita yang sedang bermain dlm kepala aku. Tapi tuhan ja tau mcm mana aku rasa time tu, serba tak kena. Tp aku tak nak tjuk dpn isteri aku, kang tkut dia plak susah hati.

Dlm jam 6.35 aku bg tau aku ada urusAn, so kena kluar awal sket, lpas tu aku trus naik tingkat 4, aku tak puas hati, aku nk cfrm kan betul ke ada org yang pak cik adam sebut anak dia tu. smpai atas aku trus tuju no. Katil yang pak cik adam bg tau aku. Korang tau??
Orang tu mmg ada. Allahhh. Aku tgok tulis dkt kepala katil tu nama yg pak cik adam sebut, umur 54, dia duduk smbil minum air.

Aku terus bg salam. Aku bg tau nama aku, aku ckp mintak maaf abg sy nak tanya, ayah abg nama adam ka? Dia bg tau haah sy si folan bin adam , mmg betul aku tgok nama dkt kepala katil tu nama dia bin adam. Dia tnya koyom kenal ayah sy? Aku ckp kenal. Baru semalam sy jumpa ayah abg. muka dia punya terkejut. Aku tgok dia terkejut aku jadi lg terkejut. Dia ckp bio betul koyom, ayah abg dh dkt 5 tahun meningggal.

Aku dengo die ckp dh meningggal aku plak rasa nak meningggal. Ngeto kaki wehh. Beno labun ni. Aku cpt2 cari kerusi terus duduk, aku riso aku plak tido katil sebelah die. Aku mengucap banyak2. Selawat banyak2. Aku tgok muke abg tu pelik tgok keadaan aku. Aku ckp mcm ni la abg, mmg betul semalam sy jumpa ayah abg, sy jumpa dkt surau belakang tu. Time melawat pun nk habis ni, sy mntak no abg, nanti lapang kita jumpa mana2. Lpas abg tu bg no phone dia, Aku terus salam abg tu aku blah.

Sampai hari ni aku tak call lg abg tu, bkn tak nak jumpa, aku pun sejak masuk kerja ni mmg sebok beno, tapi aku akan jumpa dia. Aku nak bg tau yang pak cik adam mmg orang baik. Mesti ada amalan baik pak cik adam yang aku boleh amal. Tapi Dia lebih kenal pak cik adam dari aku. Ni pengalaman yang pertama dan aku tak tau bila lg aku akan dpt pengalaman mcm ni.

Pada aku ni anugerah utk aku. Allah nak ajar aku perantaraan pak cik adam. Mkin, terlalu banyak kemungkinan. Banyak sebenarnye perkare yang pak cik adam ceritekan, tp tak semua aku perlu ceritakan, biar jadi pedoman utk aku. Aku harap cerita ni tak buat korang semua takut untuk pg surau atau masjid, tapi kena takut klu Allah tak pilih kita pg surau atau masjid.

Banyakkan berkawan dgn orang baik, kita akan dpt kebaikan dari dia. Cuba sedaya upaya untuk tutup aib sesiapa, klu tak Allah akak buka aib kita sebelum kita mati. Al Fatihah utk pak cik ADAM. Kita pasti bertemu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *