Kenali kulat Yarsagumba, ubat kuat viiagra hiimalaya yang lebih mahal daripada emas

Apa itu Yarsagumba? Yarsagumba adalah nama yang diberikan kepada sejenis kulat yang hidup pada ulat. Ianya adalah kulat jenis parasit yang hidup dengan mendapatkan segala nutrien yang ada pada ulat beluncas tersebut sehinggalah ulat tersebut akhirnya matii.

Kulat ini juga dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Ophiocordyceps sinensis. Kulat ini sangat sukar ditemui dan ianya hanya dapat ditemui di kawasan pergunungan tinggi di Nepal, India, Tibet dan Bhutan. Penduduk tempatan memanggilnya “keeda jadi”.

Juga dikenali sebagai “Viiagra Hiimalaya”keeda jadi 92. Kulat Yarsagumba ini dicari oleh sesetengah pihak yang mempercayai bahawa ianya mempunyai pelbagai manfaat dalam bidang perubatan. Ianya digunakan untuk menghasilkan ubat tradisional dan catatan mengenainya terdapat dalam catatan perubatan tradisional China dan Tibet.

Pengambilan Yarsagumba dipercayai dapat memberikan tenaga dan memanjangkan umur seseorang. Ianya juga dipercayai boleh mengingkatkan sistem imunisasi, menguatkan jantung dan buah pinggang, menyembuhkan asma dan juga khanser. Selain itu, antara manfaat lain Yarsagumba adalah membantu merendahkan paras kolesterol dan menyembuhkan sakiit gigi dan pening kepala.

Walau bagaimanapun, ianya sangat terkenal sebagai “Viiagra Hiimalaya” kerana dipercayai dapat meningkatkan tenaga batiin dan menyembuhkan mereka yang mempunyai masalah hubungan seksuall.

Hanya terdapat di kawasan beraltitud tinggi, himalaya yarsagumba 676. Menariknya, untuk mendapatkan Yarsagumba ini bukanlah perkara yang mudah. Ianya hanya boleh didapati di kawasan beraltitud tinggi atau lebih tepat lagi di altitud 3200m hingga 4000m daripada aras laut sahaja. Malah, ianya hanya boleh dijumpai ketika musim tertentu sahaja.

Sebelum musim monsun tiba, spora kulat parasit ini akan menempel pada kepala ulat beluncas. Kulat ini akan mendapatkan tenaga dan nutrien daripada ulat beluncas ini sehingga ulat belunacs ini akhirnya matii. Sebab itulah kulat ini dianggap sebagai parasit kerana ianya bukan sahaja menumpang, malah turut “menyedut” segala nutrien daripada ulat tersebut.

keringkan ubat kuat nepal. Ketika musim sejuk, kulat cendawan akan mulai tumbuh pada kepala ulat ini. Panjang kulat yang tumbuh pada bahagian kepala ulat yang sudah matii ini dianggarkan sepanjang 5 hingga 7 sm. Waktu sebelum musim monsun hujan tiba iaitu pada musim bunga antara bulan Mac dan Mei merupakan waktu terbaik untuk mencari kulat ini.

Usaha pencariannya dilakukan secara manual oleh orang-orang kampung. Malah, ada sesetengah penduduk kampung yang menyara hidup dengan mencari Yarsagumba ini sepenuh masa. Ianya adalah kerja berisko kerana mereka perlu mencarinya di lereng-lereng gunung dan terpaksa berdepan dengan cuaca yang tidak menentu.

Lagi mahal daripada emas pemungut yarsagumba. Kerana kelebihan dan manfaat seperti yang dinyatakan di atas serta kesukaran untuk mendapatkannya, harrganya menjadi begitu mahall. Sementara itu, China merupakan destinasi popular eksport kulat ini.

Kebiasaannya, orang tengah atau pengedar mampu menjualnya pada harga setinggi 100 dollr untuk setiap gram kulat ini di Shanghai. Mereka biasanya akan membeli kulat ini daripada orang kampung pada harga 18 dollr sahaja bagi setiap gram. Kebiasaannya, kulat ini akan dikeringkan terlebih dahulu dan berat setiap kulat ini setelah dikeringkan adalah kurang daripada setengah gram sahaja.

Sekiranya harga ini ditukar kepada unit dollr per kg, setiap pemungut boleh memperoleh sekitar 18000 dollr per kg sementara orang tengah pula mampu mendapat setinggi 100,000 dollr per kg yarsagumba. Sejak pengeksportan kulat ini dibenarkan oleh kerajaan Nepal pada tahun 2001, harga kulat ini telah meningkat secara mendadak iaitu 2300% dalam masa 10 tahun.

Pengeksportan Yarsagumba mencapai jumlah eksport tertinggi pada tahun 2009 dimana 2442kg telah dijual di pasaran. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut telah berkurangan dimana pada tahun 2011, hanya sekitar 1170kg sahaja Yarsagumba diperdagangkan.

Orang tempatan menyalahkan sampah sarap seperti plastik di Himalaya yang dibuang oleh pelancong luar sebagai salah satu punca Yarsagumba makin sukar dijumpai.
Malah, faktor perubahan cuaca juga merupakan salah satu sebabnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *