“Masuk ke dalam sikit, rumah sy kat belakang warna kuning”. – Terkejut tengok alamat rumah sendiri

Jerantut, Pahang- “Masuk ke dalam sikit, rumah saya kat belakang warna kuning”. Alamat milik seorang gadis, Nur Rabiatul Adawiyyah Zamri, 18, tular di laman sosial Facebook beberapa hari lalu selepas dimuatnaik beberapa halaman popular dan menjadi bahan jenaka di kalangan netizen.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu mengakui terdapat sedikit kesilapan teknikal dan terkejut kerana alamat itu digunakan oleh sebuah platform e-dagang terkenal. Menurutnya, dia sudah memberikan alamat sebenarnya, Kampung Jerantut Feri ketika membuat pesanan tersebut.

“Tapi saya akui kedudukan rumah agak ke belakang dan ada menulis dalam ruangan keterangan yang disediakan dalam aplikasi tersebut. “Tak sangka alamat ini digunakan untuk menghantar barang yang dipesan,” ceritanya dan tidak menyalahkan platform terbabit. Menurutnya, dia mengambil bungkusan tersebut pada Jumaat lalu di Pejabat Pos Jerantut selepas dihubungi.

Ketika ditanya barangan tersebut, Rabiatul Adawiyyah berkata, ia adalah suplimen tambahan iaitu vitamin C dan E yang dibeli dari farmasi memandangkan dia merupakan pesakit leu.kemia.

“Saya baru selesai menjalani rawatan kem0terapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) dan kini berehat di rumah. Vitamin yang dibeli adalah untuk memulihkan sel-sel dalaman.

“Saya menghidap penyakit ini sejak tingkatan tiga dan bulan depan akan buat rawatan susulan,” katanya lagi yang kini membantu ibunya menghasilkan kek untuk jualan. Selain kek, Rabiatul Adawiyyah juga mengakui minat muzik dan belajar bermain gitar dari YouTube.

Dalam pada itu, Rabiatul Adawiyyah melahirkan rasa terkilan kerana sering menerima panggilan rambang selepas tularnya alamat rumahnya. “Selain alamat, tertera juga nombor telefon. Banyak orang telefon dan mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

“Saya tidak kisah kerana saya sendiri pun ketawa melihat alamat itu tetapi saya terpaksa berdepan dengan panggilan telefon dan mesej dari pagi sampai ke malam kerana netizen ingin mengetahui cerita sebenar,” ujarnya.

Ekoran itu, ramai yang anggap dirnya ingin berjenaka dengan menulis alamat sedemikian namun sebenarnya ia adalah sedikit kesilapan teknikal dan akan lebih berhati-hati selepas ini agar ia tidak berulang.

Antara komen netizen :
Husnmmawati Umie Setta –Semoga dgn berita ini, beserta alamat diberikan.. ada lah sudi datang menghulurkan bantuan meringankan beban sakit adik ini..semoga awk sentiasa berada lindungan Allah & segala urusan awk dipermudahkan.. Juga cepat sembuh…mungkin Ini sebagai asbab Allah nak permudahkan jalan rezeki awak.

Mohd Raimi –Tgk komen byk yg duk gelak2 dia..termasuk aku jgk..tp bila baca aritekal ini..sebak pulak..jgn duk bahan org x mustahil kena balik..semoga sembuh adik.

Ahmad Kamshah Aziz –Rumah no 5 persiaran 1..di dpn masjid belakangnya mini market. Rumah En Aman.drama radio.

Muhammad Zul Muhamad –Allahu.. kesian plk aku tgok alamat dia jdi bahan jenaka.. lagi kesian tgok sakit yg dia alami. Semoga cepat sembuh dik.Amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *