Noorkhiriah Kongsi Kisah Bersama Jururawat, Ramai Puji!

Pelakon Noorkhiriah berkongsi sepotong video apresiasi bersama sekumpulan jururawat dan seorang doktor yang merawat ibunya di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Menerusi cerita pendek itu, Noorkhiriah berterima kasih kepada tenaga kerja yang tidak jemu-jemu memberikan layanan terbaik kepada ahli keluarganya.

“Niat saya post video itu nak ucap terima kasih, tak ada niat lain dan kebetulan ada kes tengah panas. “Maaf saya bukan nak mmanaskan lagi keadaan, mereka jaga mak saya dalam keadaan Alhamdulillah. “Salah ke saya nak ucapkan terima kasih? Hanya itu saja yang mampu saya buat. “Saya ni dah suam kuku nak ucap terima kasih kat TV, surat khabar semua… Maka inilah mediumnya,” tulisnya. Perkongsian itu mendapat pujian daripada peminatnya di Instagram yang rata-ratanya terdiri daripada petugas di hospital terutama jururawat.

Malah, ada yang mendedahkan sanggup berlapang dada untuk membantu ahli keluarga yang sentiasa merendah diri ketika datang menziarah ke hospital. Baru-baru ini kecoh apabila anggota kumpulan Elite, Linda Rafar memuat naik keluhannya terhadap layanan acuh tak acuh seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam. Tindakan menularkan isu terbabit mencetuskan ketegangan dan membakar emosi segelintir pihak terutama petugas sektor perubatan.

Noorkhiriah selamat bersalin selepas tiga tahun.
Petaling Jaya: Selepas tiga tahun menunggu, akhirnya pelakon Noorkhiriah, 33, dikurniakan bayi lelaki pada pukul 9 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara, di sini.

Menurut Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie, dia masih menunggu suaminya memberitahu nama anak sulungnya yang seberat 2.56 kg itu.“Saya dan suami, Azfaidzul Antan telah sepakat kalau bayi lelaki, dia yang akan beri nama manakala kalau perempuan, saya yang kena beri..jadi sekarang saya tak tahu apa namanya sebab suami sedang uruskan pendaftaran nama bayi,” katanya dalam nada suara yang lemah ketika dihubungi.

Walaupun lemah kerana bersalin secara pembedahan, pelakon yang mendapat jolokan Artis Komedi Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 ini menyambut kelahiran bayinya dengan pelbagai rasa. “Alhamdulillah, saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan sekarang. Ada rasa gembira, terharu dan tak percaya sebab dulu biasa berlakon dengan anak orang tetapi kali ni anak sendiri yang berada di sebelah.

Dia asyik tidur sahaja,” ujarnya yang turut menerima kedatangan rakan artis lain seperti Ann Ngasri sejurus selepas bersalin. Diikutkan dia dijangka bersalin pada 16 November ini tetapi Noorkhiriah yang pernah keguguran sebelum ini tetap bersiap sedia untuk menerima kehadiran putera sulungnya itu.

“Kalau boleh, memang saya nak bersalin secara normal sebab saya dah pun siapkan air selusuh dan minyak selusuh tetapi minggu lepas doktor beritahu saya perlu bersalin secara pembdahan. “Doktor kata kepla bayi hampir di sebelah uri saya. Jadi, sebab saya tidak mahu mengambil rsiko, saya bersetuju juga untuk melakukan pembedahan.

“Bukan senang saya nak tunggu bayi ni keluar..tiga tahun,” tuturnya yang tidak menolak untuk mempunyai cahaya mata lagi. Noorkhiriah berkata semuanya bergantung kepada rezeki Tuhan dan sempat mengaitkan aktres Lisdawati dengan dirinya.

“Kalau ada rezeki, memang saya nak anak lagi. Orang kata memanglah bersalin secara pembdahan ni perlu ambil masa untuk mempunyai anak lagi. “Tetapi ada juga yang cepat dapat anak kedua seperti Lisdawati selepas bersalin anak pertamanya secara pembdahan,” tambahnya yang akan bercuti sementara daripada karier seni sehingga Februari depan.

Selepas keluar dari hospital dua hari lagi, pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Gubra’ ini akan berpantang di kampungnya di Raub, Pahang. Dia juga berterima kasih kepada rakan-rakan, peminat dan sesiapa yang mendoakannya dari jauh. Kredit astro gempak / mstar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *