Jutaan Umat Islam Hentam Syarikat Kasut Terkenal Berhubung Kalimah Allah Di Bahagian Tapak Kaki Kasut

Baru-baru ini jenama sukan terkemuka Nike mendapat kecaman hebat daripada ribuan umat islam. Mereka mendakwa kasut terbarunya itu mempunyai kalimah Allah. Mereka gesa jenama sukan terkemuka tersebut untuk tarik balik jualan kasut model Nike Air Max 270 trainer kerana dianggap tidak menghormati agama islam.

Kalimah Allah pada bahagian tapak kasut?
Ribuan Umat Islam Hentam Nike Mengandungi Kalimah Allah Di Bahagian Tapak KakiSumber: The Nation
Logo Nike Air Max 270 trainer, yang dipasarkan pada tahun lepas itu mempunyai tulisan yang disunting dibahagian tapak kaki.

Salah seorang pelanggan Nike Saiqa Noreen mula perasan ada sesuatu yang tak kena pada logo tersebut. Dia melancarkan petisyen secara atas talian dengan mengatakan bahawa dalam logo itu terkandung kalimah ‘Allah’ dalam bentuk tulisan jawi.

“Ia sangat keterlaluan dan mengerikan, Nike membenarkan nama Tuhan di kasut. Ia tidak menghormati dan sangat menyinggung perasaan terhadap orang Islam dan menghina Islam .. Islam mengajar belas kasihan, kebaikan dan keadilan terhadap semua”

Ribuan Umat Islam Hentam Nike Mengandungi Kalimah Allah Di Bahagian Tapak KakiSumber : The Sun
Lapor The Nation, petisyen itu telah mendapat 6,000 signature daripada netizen. Berdasarkan daripada isu ini, ada kakitangan Nike mengimbau semula kontroversi ini lebih kurang 2 abad lalu.

Pada tahun 1997, Nike pernah digesa untuk menarik balik jualan kasut Air Bakin’, dikatakan perkataan “Air” pada logo yang hurufnya seperti api, boleh dibaca sebagai “Allah” dalam bahasa Arab. Apa pandangan korang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *