Cinta luar biasa, pasangan ini telah berkongsi hidup selama 70 tahun, meniggal dalam masa yang hampir sama, sambil berpegangan tangan

Kisah cinta pasangan yang telah hidup bersama selama lebih dari 70 tahun ini pastinya telah membuktikan bahawa mutiara kata ‘cinta sehidup semati’ bukanlah satu perkara yang mustahil. Siapa sahaja yang tidak mahukan kisah cinta yang saling melengkapi? Hampir semua orang mengimpikannya.

Bagaimanapun, kisah cinta antara pasangan Francis Ernest Platell, 92 dengan suri hatinya, Norma June Platell, 90 menjadi idaman sesiapa sahaja yang mendengar kisah mereka. Menurut anaknya, Amanda Platell, ibu bapanya merupakan pasangan yang sangat manis, yang saling melengkapi dan begitu bahagia.

Walaupun di usia tua mereka masing-masing mengidap penyakit, namun mereka masih tetap mahu bersama dalam setiap perkara sehinggalah ke akhir hayat mereka. Ibunya, Norma, mengidap penyakit Alzheimer dan telah hilang keupayaan untuk bercakap dan bergerak.

Namun, walaupun dalam keadaan sebegitu, suaminya, Francis tetap berusaha untuk menjaga dan membantu isterinya dalam semua perkara. Sehinggalah akhirnya Norma terpaksa dihantar ke pusat jagaan Mercy untuk penjagaan yang lebih sempurna kerana Francis juga tidak berkemampuan sepenuhnya untuk membantu isterinya kerana usianya yang sudah terlalu tua.

Semasa Norma tinggal di pusat jagaan, Francis tetap berusaha untuk meluangkan masa dengan isterinya dengan datang melawat isterinya pada setiap hari dengan menaiki teksi. Menurut pemandu teksi yang sering membawa Francis, dia akan menunggu kedatangan teksi tidak kira apa jua cuaca pada hari tersebut.

Kadang-kala, Francis turut memetik bunga ros di taman atau membawa biskut untuk diberikan kepada isterinya. Rutin harian pasangan ini ketika Francis melawatnya adalah mereka akan sama-sama menikmati makan tengah hari dan meluangkan masa bersama menonton televisyen di sofa lobi pusat jagaan Mercy, sambil berpegangan tangan.

Tetapi, selepas beberapa lama, keadaan Francis juga semakin buruk. Setelah beberapa insiden jatuh dan strok kecil, Francis juga terpaksa ditempatkan di pusat jagaan Mercy. Pasangan ini ditempatkan dalam satu bilik yang sama, dengan katil yang bersebelahan dan jarak yang dekat.

Ramai orang menganggap bahawa keadaan Norma sudah terlalu uzur sehingga otaknya sudah mti. Tetapi ajaibnya, perkara itu sebenarnya tidak berlaku. Hal ini kerana Norma akan melakukan semua perkara yang dilakukan oleh suaminya, seolah-olah menjadi ‘cermin’ bagi suaminya.

Jika Francis tidak mahu makan, maka Norma juga tidak mahu makan, jika Francis tidak mahu minum, maka Norma juga akan melakukan perkara yang sama. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai ‘kembar’ apabila dua minda berfikiran selari antara satu sama lain.

Pada malam 6 Januari yang lalu, jururawat yang menyelia pasangan ini mendapati bahawa Norma bernafas dengan luar biasa dan Francis kelihatan sangat lemah. Apabila jururawat itu kembali ke bilik mereka 10 minit kemudian, dia mendapati bahawa pasangan ini telah meniggal dunia, sambil berpegangan tangan. Seperti yang mereka mahukan.

Kerana hal ini, doktor juga tidak dapat menentukan masa kemtian kedua-duanya. Oleh itu, tarikh dan masa kemtian Francis dan Norma ditulis dengan angka yang sama dalam sijil kemtian masing-masing.

Pasangan romantis ini meniggalkan dua orang anak dan lima orang cucu. Ramai ahli keluarga dan kenalan mereka datang ke gereja untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan ini.

Anaknya, Amanda mengucapkan syukur kepada tuhan kerana telah memberikan rahmat kepada dua ibu bapanya, dan dia percaya bahawa inilah yang dimahukan oleh kedua ibu bapanya. Sumber: Daily Mail, Cocomy via era baru / Kredit: detikberita.website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *