Setelah hampir 10 tahun menanti, Adam Corrie sambut Tahun Baru Cina yang pertama bersama Baby Lee.

Setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama isterinya Fazema, pada pada 21 November 2008. Pasangan itu akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata 11 Julai tahun lalu.

Berkulit putih gebu, bermata sepet dan memiliki pipi yang tembam itulah dia putera kesayangan pelakon Adam Corrie yang diberi nama Adam Fateh Lee atau lebih mesra digelar Baby Lee.

Pasti Tahun Baru Cina Adam Corrie lebih bermakna dengan kehadiran putera pertamanya. Chienese New Year Adam yang pertama.

Menerusi entri di Instgram Adam Corrie, dia telah memuat naik ucapan berbentuk viideo sempena Tahun Baru Cina bersama anaknya. Bayi kacukan melayu dan cina itu kelihatan sangat comel dengan berpakaian serba merah iaitu warna simbolik bagi perayaan kaum cina.

Kebanyakkan net1zen tertawan melihat kecomelan anak kepad pelakon KL Gangster ini, mana tidaknya Baby Lee sentiasa tidak lokek dengan senyuman tatkala diacah oleh ayahnya. Banyak ikut muka abah dia ni, Makin besar makin comel…

Pesanan Adam Corrie – “Anak Dara Jangan Baik Hati Sangat Keluar Duit Sendiri Bagi Dekat Teman Lelaki Atau Tunang”

‘Anak Dara Jangan Baik Hati Sangat Keluar Duit Sendiri Bagi Dekat Teman Lelaki Atau Tunang’ itu antara petikan kata-kata nasihat yang diberikan oleh Adam Corrie didalam akaun twitternya.

Sebenarnya ada sebab tersendiri kenapa Adam Corrie menyampaikan pesanan khas begini buat anak dara atau wanita yang belum berkahwin. Siapa yang tidak kenal Adam Corrie Lee Abdullah,50 pelakon berketurunan Cina mualaf yang sering membawakan pelbagai lakonan aksi, lagak ngeri mahupun watak antagonis di kaca tv.

Beliau juga merupakan seorang pereka tari profesional (koreografer) dan telah berada dipersada dunia hiburan lebih 30 tahun. Bakal bergelar ayah tidak lama lagi, Adam Corrie yang aktif dengan kegiatan dakwah serta rajin berkongsi nasihat berguna di media sosial seperti laman Twiitter dan Insgram.

Baru-baru ini, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan,2017 ini, ada berkongsi ‘tweet’ nasihat serta pesanan buat anak dara dalam menjaga perhubungan dengan teman lelaki atau tunang terutamanya dari segi kewangan.Pesanan ini mendapat lebih 21,000 perkongsian retweet di laman tweeter.

Berikut antara pesanan oleh Adam Corrie yang boleh dijadikan peringatan;
Wahai anak dara yang ada teman lelaki atau tunang. Jangan baik hati keluar duit sendiri bagi dekat teman lelaki atau tunang untuk duit hantaran atu duit sara seharian. Nanti dah kahwin, mereka dah biasa perempuan bagi duit. Duit nafkah rumahtangga nanti diorang tak bagi.Tak larat dah nak bagi nasihat.

Jangan bagi ikan, bagilah kail supaya mereka boleh mencari rezeki sendiri dan menjana pendapatan kelak. Tolong jangan mengadu dengan saya, teman lelaki atau tunang asyik minta duit dari anda. Anda yang rela bagi duit sebab kesian dan cinta..sanggup bagi semua duit, body dan segalanya.. tanya diri sendiri.

Tak salah kongsi duit, tapi jangan ambil kesempatan dan lepas tanggungnjawab. Sebab ramai yang lepas tanggungjawab bila tahu pasangannya boleh tanggung semua. Bukan mudah jadi suami kalau tak ada rasa tanggungjawab pada keluarga.

Kalau rasa duit hantaran mahal, boleh bincang dengan keluarga pihak wanita. Tunjukkan yang anda sebagai lelaki mampu sara hidup dan jaga anak perempuan mereka kelak. Kalau belum kahwin, duit rokok pun hari-hari minta dengan teman wanita . Macam mana tu. Doa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan.

Ada benarnya juga nasihat Adam Corrie ni, iyalah jika sebelum berkahwin lelaki dah terbiasa minta duit dekat perempuan, apatah lagi bila dah berkahwin nanti. Mahu lepas semua tanggungjawab pada isteri nanti.

Jadi buat anak-anak dara dan kaum wanita, mohon take note dan renung-renungkanlah nasihat ini. Buatlah keputusan yang bijak sebelum memilih lelaki untuk dijadikan suami. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Apa kata anda? Jangan lupa like komen dan share ya. Sumber: Adam Corrie via Real Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *