‘Mowglii’ Malaysia, Adik Syukor Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Tongkol Dengan Linangan Air Mata

Tongkol iaitu kerbau kesayangan Muhammad Syukur Khamis, 14, akan disemblih sempena meraikan majlis sambut menantu dua abang remaja digelar ‘Mowgli Malaysia’ itu.

Kerbau jantan berusia lima tahun dan dijaga Syukur sejak kecil itu akan disemblih di rumah rakan bapanya, Khamis Jusoh, 63, di Kampung Tambak Baru, Wakaf Tapai, Marang pada 6 pagi.

Abang kepada Muhammad Syukur, Muhamad Alias Khamis, 29, berkata dia sudah memberitahu bapanya supaya tidak menyemblih kerbau berkenaan dan menggantikannya dengan yang lain kerana mengenangkan hubungan rapat Tongkol dengan adiknya itu.

“Bagaimanapun kerana faktor umur Tongkol yang sudah mencapai tahap matang, ia tetap perlu disemblih. “Bukan sahaja Syukur, tetapi kami sekeluarga memang sayangkan Tongkol kerana haiwan itu paling jinak, malah dijaga di rumah sejak kecil lagi.

“Tongkol sudah serasi bersama Syukur dan selama ini ia menjadi pengganti kepada kerbau bernama Awang yang sebelum ini gambarnya tular di mediia sosiial dan memenangi anugerah,” katanya.

Syukur bersama abangnya, Muhamad Azhar Khamis, 26, bermanja dengan Tongkol untuk kali terakhir sebelum kerbau itu dibawa untuk disemblih sempena meraikan Majlis Sambut Menantu dua abangnya.

Menurutnya, kerbau kesayangan itu sengaja disemblih di rumah rakan bapa supaya dia dan keluarga tidak melihatnya. “Seharian Syukur muram dan tidak bersemangat untuk menguruskan kerbau serta melayan tetamu yang datang menemuinya hari ini.

“Sepanjang musim cuti ini, ramai pengunjung dari luar termasuk Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor datang ke rumah untuk berjumpa Syukur. “Sehingga hari ini pengunjung masih datang bertali arus untuk menemui Syukur, namun kerana Tongkol akan disemblih, layanan diberikan tidak seceria selalu,” katanya.

Menurut Muhamad Alias, majlis sambut menantu meraikan dia dan abangnya, Muhamad Kamil Khamis, 30, bersama isteri masing-masing, dijangka dihadiri lebih 3,000 tetamu.

“Lepas ini akan ada kerbau menggantikan Tongkol kerana sudah menjadi lumrah dan adat memelihara haiwan ternakan seperti itu. “Sampai masa ia akan disemblih dan yang lain pula yang akan menjadi pengganti,” katanya.

Tular di media sos1al mengenai Syukur menangis serta bermuram apabila terpaksa berpisah dengan kerbau kesayangannya itu. Video Yang Sempat Dirakamkan Melihat Adik Syukor Sedih Dengan Pemergian Kerbau Kesayangan Beliau.

Antara komen netizen :
Hairul Akmal –Bagus kau dik. Berkawan dgn kerbau.. Mcm abg ni berkawan dgn manusia tp perangai mcm anjing.. Kite da bnyk bantu die boleh plak die gigit kite dik.. Itu la lumrah kehidupan.. Bile senang ditatang bile susah di tinggalkan..

Engku Zuhairi –I feel you syukor. Lembu kesayangan aku kena sembelih sebab lauk kenduri kahwin abang aku tak cukup. Sampai habis majlis aku menangis sensorang tak keluar bilik. Sehari sebelum tu dia macam dah tau yg dia akan disembelih keesokannya. Untuk pengetahuan,lembu aku tu memang aku yg jaga dari kecik, memang manja dengan aku. Sedih wehhh

Syafiq Bro –kuat iman bapak dia n bagus… haiwan ternakan kita x bleh syg lebih … sbb had umur dia pendek… apapun sekecil zarah kebaikkan pun kita pada mana² makhluk akan dikira nnti… anggap saja korban itu untuk akhirat kita..

Aldrian Wan Rosli –sanggup ker makan , ternakan yg ko bela 5 tahun..?? kucing aku hilang 3 hr pun dh sasau aku mncari nyer..ini kan plak haiwan yg ko pelihara n ko nak makan..mmg xsanggup pun

Dhira Edhora –pakcik..kalau pakcik bace komen nie tolong la jngn sembelih si tongkol nie..sian si syukur msti terasa kehilangan..bio la si tongkol tue dah matang ke ape..bnyak lgi kerbau kan..bio jela si tongkol nie berkawan dngn si syukur..xsemestinya xsembelih si tongkol nie majlis xberjalan dngn lancar..fikir² kan lah..(gigih memujuk)

Haiqal Ramly –boleh tahan cerdik bapaknye… cme pd aku, klu aku ni penternak kerbau yg ade byk kerbau, aku sembelih saja kerbau yg lain selain kerbau yg anak aku suka dan syg, x haram dan berdosa pun klu biarkan kerbau yg ank aku suke tu hidup… malah aku pulak yg akan bertmbah tenang dan rezeki sbb aku jge kebajikan ank aku dr segii emosi.

mmg x cerdik klu aku cederakan emosi anak aku time dia kecik… automatik buat aku nmpk dengki dan busuk hati dgn anak aku klu aku sembelih kerbau yg ibarat (sahabat) anak aku sendiri yg telah membuat anak aku femes dan dihormati ramai..

kalau disbbkan kerbau tu sume org dh mula faham dan hormat hubungan haiwan dan manusia yg ank aku bina, buat apa aku nk sembelih? melainkan aku dengki dan busuk hati sbb anak aku femes. sekadar pndpt aku sajalah. Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya . Tq Sumber Artikel : HMETRO Online. Kredit : KL Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *