Ya. Aku sedar diri aku gemuk dan pemalas. Itu yang mak selalu panggil aku. Tapi mereka tak pernah tahu apa yang aku buat selama ni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Terima kasih jika cerita Aku ini disiarkan. Cerita ni Tak best pun. Beribu-ribu Kali Aku fikir sebelum menulis. Last-last Aku decided untuk menulis juga.

Malas nak cerita lebih2 tentang diri Aku. Sebab Aku ni Tak Ada apa yang best pun. Aku ni gemuk. Aku pemalas. Aku selalu menyusahkan hidup orang. Itu ayat yang family Aku selalu lontarkan kepada Aku sampai Aku dah muak.

Serious, jika diikutkan rasa stress Aku Tak nak tengok muka family Aku. Tapi Aku pujuk hati. Aku masih ada ibu bapa. Suka Tak Suka itu ibu bapa Aku. Aku mesti jaga kebajikan mereka. Walaupun kebajikan Aku kadang2 Tak Ada siapa yang jaga.

Aku kerja kilang. Disebabkan hidup Aku yang Tak Ada warna-warni Maka Aku bekerja siang malam. Walaupun badan Aku letih tetapi sekurang2nya itu lebih baik daripada telinga Aku mendengar sindiran tajam daripada family Aku. Poket Aku pun tebal.

Bila poket tebal, Aku mewahkan ibu bapa Aku. Aku labur sungguh2 untuk mereka. Mereka sebut sahaja apapun, pasti Aku tunaikan. Yang Tak sebut pun Aku bagi. Kereta ayah Aku bayar. Duit minyak Aku bagi. Untuk mak Aku bagi duit belanja 4 angka. Tinggal untuk Aku sikit pun Tak apa.

Ada Baki sikit2 lagi Aku labur Pula untuk ahli keluarga yang lain. Hujung tahun lepas kakak Aku minta “sumbangan” untuk majlis kahwin anak dia. Aku plan nak bagi beberapa ratus sahaja. Tapi dari riak wajah kakak, Aku tahu dia mengharapkan lebih. Aku turutkan Demi ikatan kekeluargaan.

Tak apalah.. Aku bagi untuk adik-beradik Aku bukannya orang lain. Anak buah Aku nak masuk universiti, kakak Aku yang lain Pula datang tersengih2 minta sedikit saguhati katanya. Sedangkan kakak Aku tu barang kemas sahaja sampai ke siku.

Tapi datang juga menadah tangan Kat Aku atas alasan Aku dah tolong along Masa kenduri anak dia.. so sekarang Aku Kena tolong angah Pula. Anak angah pun anak buah Aku juga.. Serious Aku rasa macam nak maki. Tapi Tak apalah… Demi anak2 buah Aku.

Mak ayah sakit demam?? Beralu2 call Aku dapat suruh beli itu ini. Panadol sepapan pun Aku yang Kena beli. Sedangkan kakak abang aku bukannya Suri Dan sura rumah. Semua bekerja. Semua cerdik-pandai.

Ketika mak aku terjatuh tangga Surau Dan patah paha mak aku tak boleh beralan 4 Bulan. Aku kerja siang malam. Kakak abang aku muncul sesaat dua melawat mak kadang2. Jadi aku suarakan hasrat untuk mengupah mak cik aku untuk jaga mak.

Tugas mak cik cuma mandikan Dan masak untuk mak ayah. Cadangan aku dibalas dengan seguni maki-hamun oleh along. Kata along sebab kau yang pandai2 offer mak cik jaga mak, kaulah yang bayar. Kakak Dan abang yang lain pun buat bodoh juga.

Whatsapp sekadar blue tick. Sepatah Haram Tak reply. Last2 aku juga yng kikis Sana sini bayar upah mak cik walaupun mak cik menolak. Kata kak ngah, mak cik bukan nak upah pun.. dia ikhlas jer tolong. Mak adik ipar dia. Kau tu yang lebih2.. Ok, Tak apalah aku yang lebih2.. asalkan aku tahu nilai Budi orang.

Macam2 lagilah kalau aku nak cerita. Senang cakap semua benda atas bahu aku. Kalau Raya macam aku sorang anak mak ayah. Semua yang lain busy di rumah masing2. Rumah mak ayah Tak payah risau. Si gemuk pemalas ni Ada. Akulah yang Tak tidur malam Raya.

Akulah yang Tak pernah pakai Baju Raya di pagi Raya. Kadang2 Baju Raya pun Tak beli untuk diri sendiri. Dari beli barang, memasak, hidang, cuci semuanya aku. Tapi di mata family tetap aku ni si gemuk pemalas.

Kenapa aku ungkit itu ini? Adakah aku tidak ikhlas? Entahlah.. aku pun tidal pasti ikhlas itu perasaannya macam Mana. Tetapi ikhlaskah aku jika.. Baru balik kerja tengah Hari Dan baru nak merebahkan diri sebentar, tiba2 kakak aku datang rumah mak. Aku dengar perbualan mereka.

Mana ***??? Tanya kakak aku.
Mana lagi… Tidurlah.. itu sahaja kerja dia, balas mak aku.
Patutlh gemuk. Pemalas. Asyik tidur jer! Tambah kakak aku.

Allah.. Tergurisnya hati aku..Aku tahu aku gemuk tetapi aku baru balik kerja. Petang nanti aku masuk kerja lagi. Salahkah aku berehat seketika? Aku bekerja keras untuk memperoleh duit yang banyak Dan duit itu aku taburkan untuk family.

Tak kan mereka tidak nampak termasuk mak aku sendiri?. Ketika berkumpul dalam majlis ahli keluarga, tiba2 aku dipanggil dengan panggilan gemuk selantang2nya.. itu sudah biasa. Depan2 orang aku dicerita Suka tidur petang. Malas memasak. Tahu Makan jer. Anak dara Tak laku. Itupun sudah biasa. Telinga sudah kebal. Hati juga sudah tepu.

Tapi yang peliknya, baru sebentar tadi kutuk aku macam2, tiba2 Tanpa rasa bersalah boleh Pula cakap begini: Esok Kita Makan ramai2 di rumah mak. Kau balik kerja singgah beli ayam, udang, …. Beli juga …. Dan mcm2 yang dioder. Sedangkan tadi baru sahaja gelakkan aku secara berjemaah. Hina aku. Tapi Bila Bab nak keluar duit terus aku jadi mulia!

Pernah aku berkawan dengan seorang lelaki yang aku betul2 sayang. Entahlah macam Mana suatu Hari aku terserempak dengan abang aku ketika dating. Bayangkan, di depan2 kawan aku tu abang aku panggil aku gemuk. Gemuk! Kau dating ekkkkk?

Ayat seterusnya, Abang aku kata, Tak sangka gemuk pun Ada orang nak. Ya Allah sedihnya aku.. aku Malu Gila. Kawan lelaki aku tu Cuba pujuk aku. Dia kata aku bukan gemuk sangat pun. Dia kata dia sayang aku. Tapi entahlah. Aku malas nak teruskan sebab aku rasa lama2 dia pun stress jika dia tahu macam mana aku lalui kehidupan dalam sindiran ini sejak kecil.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menyepikan diri. Biarlah.. Aku memang tidak layak untuk semua itu. Beberapa Hari lepas Ada majlis Hari jadi anak buah aku. Kek Tema kartun tu aku yang sponsor. Memang aku lapar sebab time tu aku baru balik kerja.

Aku jarang Makan di kantin kilang sebab aku selalu letih. Disebabkan aku lapar aku ambil kek dahulu. Aku potong agak tebal sedikit. Serta merta kakak aku menyindir..

Amboi tebalnya kek.. Nak topup lagi ke lemak Kat badan tu?? Kalau sakit semua orang susah nak Urus kau. Boleh Tak dalam hidup ni jangan susahkan hidup orang lain?

Allah aku terkedu… Terguris sangat hati aku. Aku Tak jadi nak Makan kek. Aku letak balik potongan kek tu. Aku masuk bilik sampai ke sudah. Tak Ada siapa pun yang perasaannya aku tidak Ada dalam majlis tersebut. Biarlah.. dah itu nasib aku.

Itu sahaja cerita daripada aku Korang baca ke cerita aku ni? Tak baca pun tak apa.. Bukan best pun. Cuma aku nak pesan, Hati2lah dengan lidah Kita. Kerana kata2 yang tidak baik itu lebih2 tajam daripada pisau.

Dan belajarlah untuk berterima masih sesama makhluk. Semoga hidup Kita sentiasa diberkati, aminn. Doakan aku tabah.– Minah Kilang Gemuk via iium. Disunting oleh terlajak viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *