Tidak timbul semula lepas selamatkan sekeluarga daripada lmas

Kuala Terengganu: Seorang wanita, anak perempuannya serta dua cucunya diselamatkan oleh tiga pemancing yang segera terjun ke Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan, selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm yang mereka naiki menggelungsur ke dalam sungai itu.

Bagaimanapun, seorang daripada tiga pemancing itu dikhuatiri lmas selepas menyelamatkan wanita berkenaan bersama-sama anak dan cucunya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa dikenali sebagai Abdul Bari Arshad, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu bersama tiga lagi yang lain terjun ke dalam sungai sejurus kejadian untuk membantu menyelamatkan keluarga berkenaan.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Bomba, Mazimi Mohamad berkata, bagaimanapun, tiga lelaki yang lain berjaya naik ke darat, manakala mngsa dikhuatiri lmas. Beliau berkata, sebelum kejadian empat mngsa berada di dalam kenderaan berkenaan sebelum ia terjunam ke dalam sungai.

“Sebelum kejadian isteri pemilik kenderaan berusia 50-an mahu mengalihkan kenderaan itu tanpa menyedari ia berada dalam posisi gear mengundur sebelum menghidupkan enjin. “Ia dipercayai menyebabkan kenderaan itu yang diparkir secara mengundur meluncur ke dalam sungai.

“ Ketika kejadian, pemilik kenderaan berusia 50an berada di tepi kenderaan,” katanya. Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan.

“Kita menggunakan kaedah selaman membabitkan tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi mencari dan menyelamat mngsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang daripada tiga penyelamat, Omar Abdul Aziz Othman, 27, ketika kejadian, dia bersama ahli keluarga baharu tiba ke pulau berkenaan untuk beli belah kira-kira jam 9.30 malam. “Kira-kira sepuluh minit selepas itu saya terdengar jeritan orang minta tolong dan segera ke lokasi sebelum terjun ke sungai.

“Saya berjaya menyelamatkan dua wanita yang hampir lmas kira-kira lebih 50 meter dari tebing, manakala tiga lagi diselamatkan penyelamat lain.

“Ketika itu saya dapati mangsa yang juga penyelamat pertama dalam keadaan tenggelam timbul,” katanya. Semua lima mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut. Sumber:beritaharian

Hilang ketika selamatkan pikap terjunam ke sungai
Seorang lelaki dikhuatiri lmas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, 9.30 malam tadi.

Difahamkan, mngsa, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum Mitsubishi Storm diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelungsur dan terjunam ke dalam sungai.

Difahamkan, selain Bari, dua lagi lelaki turut terbabit menyelamatkan penumpang kenderaan itu, namun hanya kedua-dua lelaki itu selamat naik ke darat.

Lima penumpang dalam kenderaan itu turut selamat.
Menurut ibu mngsa, Masitah Awang, 60, anak lelakinya itu keluar dari rumah selepas Asar untuk memancing bersama rakan baiknya.

“Bari memang suka memancing. Jika ada masa terluang dia akan keluar bersama memancing dengan kawannya di merata-rata tempat yang menjadi lubuk pancing.

“Pagi tadi, awal-awal lagi dia sudah keluar memancing dan balik ke rumah untuk solat dan makan tengah hari sebelum keluar semula selepas Asar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Masitah, beliau hanya mengetahui tentang kejadian malang itu selepas dimaklumkan suaminya, Mohd Mustafa, 66 yang menerima panggilan daripada polis pada 10 malam.

Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu masih melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi kejadian. Kredit :inforoadblock

Status fb mngsa

Antara Komen netizen :
Mti lmas mti syahid.. Dah la mti dalam keadaan tolong orang lain. Allah.. Semoga syurga tempat mu..

Bsar pngorbanan dia…demi slmtkan 5 nyawa dia sggup mnggadaikan nyawa sndri..smoga dpermudahkan urusan pncarian

Sumber: fb pokrok
Kredit: viral gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *