Isteri aku cantik dan solehah. Satu hari aku pergi keja, senyap2 aku park motor C70 dirumah kawan supaya isteri tak tahu yang aku.

Saya ni seorang suami, telah dianugerahkan Allah sebagai tanda kasih-Nya nikmat kemewahan berupa isteri cantik dan solehah dan anak-anak yang saya cintai. Merekalah jannah duniawi saya, merekalah firdaus hati dan naim hidup saya.

Saya hanyalah watak mikro bekerja memerah keringat membanting tulang di sebuah kilang papan 10km dari rumah di Jerantut.

Biasanya saya menunggang C70 uzur tapi menyimpan sejuta jasa ke tempat kerja. Sayang sejak menerjah naik harga minyak kurang dua purnama saya terpaksa pura-pura menunggang motor depan isteri saya selepas subuh.

Diam-diam saya tumpang depan rumah kawan saya dan saya menapak 8km. Alhamdulillah dapat jimat minyak dan menambah pendapatan sebab sepanjang perjalanan saya kutip tin-tin kosong dan kotak di kedai-kedai untuk menambah pendapatan.

Tawke pon tak marah sebab saya kemaskan balik. Beza bangsa hati masih jernih merahnya manusiawinya. Perit metamorfosis hidup menjadikan saya lebih kuat untuk terbang menumpang disudut alam.

Duit kutip tu saya tabung untuk beli jam tangan casio kecil idaman isteri saya untuk ulangtahun kami lima bulan lagi. Walau dia tak meminta saya tahu inginnya dan saya tetapkan harinya.

Hari indah hari lafaz seribu makna, hari halalnya cinta dan hari diberkati sang bidadari. Tak tahu cukup kah bila tiba waktu. Sekadar usaha dan tawakal pada Sang pemilik masa.

Satu hari isteri terjumpa tabung tu dan tanya saya, saya rasa bersalah sangat macam cuba sorokkan duit dari dia. Tapi dia tak merungut cuma pesan ‘asalkan halal terserahlah abang’.

Pagi –pagi saya saya tak makan dirumah sampai kadang-kadang isteri saya merajuk. Mungkin terasa perihnya memasak tak berjamah. Tapi saya tak makan sebab memikirkan anak-anak yang kian membesar mereka lebih memerlukan.

Harga mahal yang harus dibayar bila bergelar Abah. Saya bukanlah jenis lelaki yang tunjuk susah depan isteri bagaimana payah, bagaimana sakit, bagaimana perit getir dan lapar dahaga biarlah saya seorang.

Pantang ternampak dan didengar oleh anak isteri. Selagi hidup selagi bertenaga saya usaha sendiri. Biarlah tak bercahaya dimata insani umpama berlian tapi lebih darinya seutuh wurtzite boron nitride.

Kadang- kadang dalam diam dalam senyumnya, isteri suka sorokkan jugak tupperware nasi goreng dalam beg untuk dimakan di kantin kilang.

Selalu kena perli dengan kawan-kawan makan berbungkus. Alhamdulillah saya bersembunyi dibalik senyuman saja. Dugaan dan cabaran menambah semangat untuk terus gagah menghadapi terik dugaan dunia.

Bila kawan-kawan habis makan saya paling lambat untung-untung dapatlah sisa ayam goreng sambil buat-buat mengemas meja. Sebab kalau isteri masak ayam saya cakap tak suka makan ayam.

Bukan tak bersyukur pada nikmat tapi lebih gembira tengok dia dan anak-anak makan ayam. Makin hari makin besar dugaan barang lepas naik-naik lagi. Duit gaji saya beri semua pada isteri.

Isteri yang agih-agih untuk parent saya dan dia selebihnya belanja keluarga. Jauh dari mewah, berlari mengejar cukup, tetap berpayung kesyukuran.

Kadang-kadang saya kesiankan isteri saya walau tak merungut tapi pada kelip matanya nampak jerih dan perit hidupnya. Di senyumnya terasa pahitnya dugaan.

Wajah yang terlalu lembut tabah menghadapi kerasnya cabaran. Di setiap tahajjud saya sering doakan semoga semua pemimpin-pemimpin kita diberi kemudahan oleh Allah dapat memudahkan peritnya derita rakyat.

Kami ini orang biasa bekerja bukan minta bantu simpati cukuplah sekadar peduli. Suatu malam saya pulang berteman lelah dan letih. Sampai dirumah itulah kali pertama sejak saya bergelar lelaki.

Tangis mengalir deras membanjiri pipi… Maaf galaxy young saya hampir habis bateri kalau ada yang masih sudi nanti saya sambung MrMK. Smber : KRT via edisiharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *