Mak, Ayah Meniggal. Tiba2 keluarga sebelah ayah paksa kakak kawin dgn pilihan mereka. Aku hanya hidup berdua adik berumur 2 tahun sampai sekarang.

Pada tahun 2011 adalah Hari yang bersejarah dalam hidupku. Orang tua ku meniggal di saat aku meningkat menjadi remaja. Tinggallah kami 3 adik beradik.

Along, angah dan adik yang berusia 2 tahun. Allah kami rebah pada sapa lagi kami berteduh. Selepas pengebumiian keluarga sebelah ayah berbincang untuk menggambil kami dijagaan mereka.

Bukan tidak syukur tapi kami tahu itu hanya bersebab. Keluarga mak dah tak ada dia anak tunggal. 3 bulan masih meratapi pemergian orang yang tersayang.

Kakak baru selesai mengambil peperiksaan SPM. Aku masih di tingkatan 4 dengan tidak dijangka keluarga ayah telah membuat keputusan untuk menjodohkan kakak dengan pilihan mereka atas dasar menjaga maruah dia.

Iya kakak seorang yg cntik ada rupa dan digilai ramai lelaki. Mahu atau tidak dia kena terima. Bermula episod airmata. Kami tak mampu untuk menghalang. Hari pertunangan makin tiba kakak semakin resah. Pertunangan berjaya.

Pada tahun 2012, Sepatut nya adalah tahun aku mengambil SPM. Tapi disebabkan masalah peribadi ketika itu aku terpaksa melupakan hasrat tersebut. Kakak membawa kami keluar dari rumah neraka.

Atas bantuan fariz, kekasih kakak yang tak direstui. Kami dapat menyewa rumah dengan pendahuluan dibayar olehnya. Sungguh mulia hatimu abang fariz. Dia berjanji untuk menjaga kami sehingga dewasa.

Aku merasa tenang dan bersyukur sekiranya kakak dapat bernikah dengan fariz. Boleh lah kami menumpang kasih seorang abang.

Kakak mendapat kerja berdekatan memandang keputusan SPM belom keluar abang fariz hampir setiap hari bertanya khabar dan mengambil berat. Kakak kini mengambil alih sebagi mak ayah. Siang kerja malam menjaga.

Disebabkan itu aku menjaga adik yg masih terlalu kecil utk menghadap kehidupan ini. Kami bersyukur dengan apa yg ada asalkan kami hidup bertiga. Result kakak dah keluar dia dapat straight A tapi dia abaikan demi kami. Kakak telah menjadi kerani disalah satu syarikat.

Tahun 2013 Aku sudah 18 tahunn tanpa SPM. Tapi tidak mengapa. Tahun ni dua peristiwa berlaku, kakak terpaksa akur dengan pilihan keluarga. Abang fariz meningggal duniia akibat kemlangan. Rebah dan taktahu kemana hala tuju aku teruskan hidup.

Menumpang rumah di rumah kawan kakak. Kak lia, dia lah mencarikan aku kerja. Ya cleaner. Aku terima dan tak kisah. Janji aku dapat tampung hidup aku dan adik. First day. Aku rasa bersyukur dapat bos yg memahami. Bagiku walaupun bos cina tetapi dia sangat faham keperluan orang Islam.

Bermulalah perjalanan kisah aku sebagai cleaner dan makayah kepada adik aku. Hujung minggu aku kerja cuci pinggan di salah sebuah restoran bersama dengan adik. Cukup rm350 sebulan. Alhamdulilah.

Hari demi hari aku lalui dengan adik. Dia xpernah bertanya mengapa dan apa yg terjadi. Dia sangat memahami bila dia terpaksa mengiut aku ke sana sini. Maafkan akak dik. Tak mampu jadi yg terbaik.

Dalam setiap solat aku mengadu kenapa takdir diri ini sebegini. Tuhan xmenjawap tapi dia mendengar. Air mata aku dah kering. Alhamdulilah sepanjang perjalanan hidup Allah permudahkan. Kakak moga kau berbahagia dengan suamimu.

Pada tahun 2014 pula,Adik dah melangkah masuk ke tadika. Dan aku kena berusaha untuk tampung hidup. Owh beginilah rasanya bila seorang ibu tunggal lagi2 muda menanggung hidup.

Aku terlalu muda. Kakak dah selamat berkahwin dengan pilihan keluarga dan menetap di luar negara atas desakan suami bukan pilihannya.

Kami terpisah sudah setahun lebih. Satu perpisahan yang sangat memeritkan. Kami totally lost contcat. Sakitkan kau hanya ada adik seorang. Aku bukan nak buang keluarga tapi aku dah rasa dipinggirkan dan terabai oleh darah daging sendiri.

So, aku ambik keputusan untuk membawa diri bersama adik. 2015 aku Masih kerja cleaner dan parttime cuci pinggan . Adik dah melangkah ke tahun 1. Iya aku mak aku ayah aku abg aku kakak kepada sorang adik yang manis dan tabah.

Tipulah kalau orng lain tak tanya. Boss aku bertukar orang. Perempuan. Dia menyangka aku seorang janda muda. Bukan mudah aku nak ceritakan apa-apa dengan orang. Biarlah aku simpan. Owh ya setakat ni aku hanya mampu bawa adik jalan2 taman dan kl naik train.

2016 adalah Tahun yang bermakna kerana seorang lelaki yg baik yang aku kenali. Tapi tak lama perasaan tu aku kena pendam disebabkan status dan taraf kami berbeza. Dia selalu menungguku pulang dari kerja. Selalu tolong kesana sini. Kami mula menaruh harapan.

Tapi mak dia xsuka dan datang kat aku untuk sedarkan diri aku ni siapa. Aku mulai jauh kan diri dari dia. Aku sayang dan ikhlas terima dia tapi aku tahu batas aku. Dia perlahan lahan pergi.

Alhamdulilah. Perasaan ini Allah simpan utk yg layak. Aku teruskan hidup dengan hati yang tenang. Tiap-tiap raya aku bawa adik ke kuubur makayah. Hanya itu tempat yang boleh dilawat.

Yes, 2017 Aku dah 22 tahun, adik 8 tahun. Alhamdulilah masih berdua. Menyewa sebuah bilik di rumah sewa perempuan. Berbekalkan hati dan jiwa yg kuat aku mampu untuk tanggung adik seorang.

Impian aku nak tgk dia berjaya dan capai apa yang dia nak jadi. Melihat dia happy sampai lupa peristiwa-peristiwa yang ada depan mata dia sebelum ini. Aku tahu silap aku tak pernah tanya khabar family ayah tapi mereka tetap di hati aku. Dalam doa semoga berubah hati.

5 tahun kerja cleaner dan partime jual kuih muih. Alhamdulilah sepanjang perjalanan hidup Allah sentiasa ada dan permudahkan. Aku rindu belaian kasih syg orang tua. Tiap bulan aku akan luangkan masa di rumah orang tua.

Aku cuba untuk happy kan mereka walhal aku sendiri rebah hauskan kasih sayang mereka. Tahun ni aku dah dapat beli kereta cash(kancil) dan sebijik motor.Dah tak perlu ulang alik naik bas.

2018 aku Rindu pada kakak yang dah lama hilang. Moga kau berbahagia kak. Kami disini baik-baik. Adik makin memahami bila aku terpaksa kerja keras utk tampung hidup. Bukan tanak cari kerja lain tapi apakan daya aku dah sayangkan kerja aku.

Dapat kawan kerja yang okai dan bos yang memahami dah cukup bagiku. Owh ya, tahun ni aku dapat sewa bilik dekat rumah company kongsi dengan staff perempuan bujang. Alhamdulilah. Senang utk ulang alik kerja.

Allah permudahkan. Aku masih menjual kuih muih di pagi hari. Duit poket utk adik sambung belajar kelak. InshaaAllah doakan kami. Teruskan hidup tanpa mengeluh. Mak ayah kakak, angah dah jadi manusia yang terbaik untuk adik. Doakan angah kuat untuk adik.

Semoga kita bertemu di syurganya. Aku tak pernah cerita kisah hidupku dengan orang lain sebaiknya aku luahkan melalui cara seperti ini. Terima kasih kerana sudi membaca. 2019 aku masih tetap sama dan masih tidak jumpa kakak aku. Doakan kami ya– Hana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *