Part 2: Ko ni mia, asal time waktu solat je hilang, habis solat je ko muncul balik, dahla berniqab 24 jam. Haissh, misteri betul la ko ni mia

Aku tak tahu nak mula macam mana. Hm. Korang ingat tak semalam aku perli Mia pasal dia tak solat tu? Dia cakap dia uzur kan? Ingat tak dia ada cakap dia nak tunjukkan bukti kat aku? Siap nak tepek drah itu kat muka aku lagi? Pengotor sungguh.

Tapi kan, korang perasan tak dalam bilik air takde pun kesan yang dia uzur. Maksud aku, tong sampah kosong je. Ok lah. Aku positif maybe dia cuci terus dan flush. Malam tu, aku kan tidur awal. Sedang nyenyak aku tidur, tiba-tiba aku dapat satu mimpi ni.

Aku pergi dekat satu tempat, macam tasik lah. Tapi, yang pelik nya, air tasik tu warna merah! Lepastu, aku nampak seseorang serba hitam sedang berdiri menghadap tasik tu. Tengok dari arah belakang, macam Mia. Jadi, aku pergi lah tegur.

Ijja : Weh Mia. Apa ko buat kat sini sorang diri?
Mia : Saja. Ambil angin. Aku nak tunjukkan kau sesuatu ni, Ja.
Ijja : Apa dia? Ko nak tunjukkan wajah kau ke?

Mia mendiamkan diri. Lama dia berdiam. Tiba-tiba, dia membuka niqab nya. Dia menunjukkan wajah nya yang sebenar. Aku terkejut! Wajahnya pucat macam takda drah. Sesekali dia tersenyum kepadaku. Senyuman yang lebar sampai ke telinga. Macam joker.

Haha. Pada masa ni, aku dah cuak lantas aku terc1um sesuatu yang hanyir macam bau drah. Rupanya bau itu datang nya dari tasik tersebut. Tiba-tiba, Mia berpaling memandang aku. Mata nya tepat memandang ku tanpa berkelip walaupun hanya sesaat. Aku takut weh. Aku nak panggil Fitri dan Ana, tapi aku tak mampu.

Seolah-olah aku tak dapat nak gerakkan badan aku sendiri. Semakin dekat Mia mendekati ku, semakin aku mengundurkan diri daripadanya sehingga lah aku terjatuh ke dalam tasik berdrah itu. Aku menjerit meminta tolong. Tetapi, Mia langsung tidak mempedulikan pertolongan dari ku.

Ijja : Miaaaaa! Tolong aku, Mia. Tolonggggg ~
Mia : HAHAHAHAHAHAHAHA! Padan muka kau! Inilah balasan untuk kau yang bermulut puaka! Mandilah kau dengan drah kotor aku! MUAHAHAHAHAHAHA!
Ijja : (Setan nya gelak kau).. To.. To.. Tolong… Akuuuuuu ~

Mia : Kau nak sangat tengok wajah aku yang sebenar kan? INILAH WAJAH AKU! MUEHEHEHEHEHEHE. (Mia tersenyum puas menampak gigi nya yang tajam dan rongak.)
Ijja : Allah!

Aku rasa aku dah l3mas sehingga lah aku terdengar azan Subuh dari hanphone Liya. Alhamdulillah. Semuanya hanya sekadar mimpi. Ngeri weh! Svmpah ngeri! Aku takut sangat. Korang tahu tak air dalam tasik tu air apa? Bukan air tapi drah h**d! Geli! Yalah kan. Aku perli dia sebab dia tak nak solat.

Hati tisu ke budak tu? Tadi, lepas aku berenang di Manukan, aku pergi lah ke tempat meja kita sebab aku nak minum air dan ambik handphone untuk selfie. Korang tahu dia cakap apa kat aku?

“SERONOK TAK BERENDAM DENGAN DAARAH H**D AKU? MUEHEHEHEHE ~ “
Tersembur air yang aku minum! Faham tak perasaan aku macam mana ketika itu? Nak nangis weh! Tambah lagi dia gelak hanat camtu. Lepastu, aku terus bagi alasan aku nak sambung berenang.

Aku terpaksa berada di air sementara menunggu korang balik ke darat. Tak nak aku nak duduk berdua dengan dia kat situ. Jam sudah pun menunjukkan hampir pukul 2pm. Kami pun bergerak untuk balik ke hotel. Sesampai di hotel, Mia tiada di bilik.

Pelik. Tadi kata nak rehat, tapi bayang pun tiada. Dah kemana budak ni pergi? Aku perhati je~ Seram. Setelah selasai membersihkan diri dan solat Zohor, tiba tiba Mia datang.

Aku : Ko dari mana, Mia? Kepala kau dah ok? Sakit lagi ke?
Mia : Aku pergi 7 Eleven tadi. Beli panadol. Ijja, kau ok? Hehe.
Ijja : Haa? Aku? Hm. A..ku…ooo..kay…

Ijja hanya menundukkan diri tidak berani untuk bertentang mata dengan Mia. Mungkin masih trauma dengan mimpi yang di alaminya semalam. Kami hanya merehatkan diri di hotel akibat terlalu penat bermain air di pulau. Sambil berehat, sempat juga kami face time dengan Nor.

Bermacam cerita kami kongsikan dengan Nor. Terserlah kecemburuan di wajah Nor. Nanti kita jumpa tau, Nor? Ko kena pujuk laki ko supaya dia suruh ko ikut kami melancong lepas ni. Haha. Selepas solat Asar, kami bercadang untuk pergi ke waterfront sambil melihat matahari terbenam.

Wuuu syok~ Menjelang Maghrib, kami pergi ke Masjid Terapung untuk menunaikan solat Maghrib. Macam biasa, Mia menghilang. Asal masuk waktu solat je, mesti dia hilang. Dia akan muncul kembali sewaktu kami menunaikan rakaat yang terakhir. Hm. Lantak ko lah. Janji ko tak kacau aku je.

Hari berganti hari, tiba lah sudah hari terakhir kami di Sabah. Awal pagi lagi kami sudah check out dari hotel. Kami menuju ke Kampung Air (Water Village) untuk membeli cenderamata sebelum terbang kembali ke Kuala Lumpur sebagai kenang-kenangan.

Suasana sangat meriah dengan suara para penjual dan pembeli. Kami pun seronok lah merambangkan mata untuk membeli pelbagai barangan. Tiba-tiba, aku di sapa oleh seseorang iaitu kawan lama aku sewaktu belajar di Uitm dulu. Namanya Azfar. Berwajah kacak, tinggi, rambut sikat tepi (pakai pomade agaknya) dan innocent.

Orang sabah semuanya memang kacak semulajadi kan? Sumandak Sabah pun cantik. Insecure kejap~
Azfar : Aihh? Macam kenal jak ni. Ko si Fitri ka? Hai!

Aku : Eh. Hai. Kau Azfar? Kau buat apa di sini? Bukan kau di Sandakan ke?
Azfar :Aku tolong2 mama ku ni berjual sementara menunggu dapat panggilan kerja. Hehe. Ko tengok ni aku jual apa. Selipar sama kasut. Haha.

Aku : Ohh. Makin tagap kau ye. Abang Hadzar kau mana? Sampaikan salam aku sama Abang Hadzar kau ya. Hahahaha. Eh lupa pula ni, kawan2 aku.
Azfar : Bole bah kalau ko~ Hehe. Santik kawan2 kau, Fit. Hm. Hai semua. Aku Azfar. Empat orang jak kamu, Fit?

Aku : Hah? Empat? LIMA lah, Far. Kami berlima ni. Perkenalkan ini Ijja, Ana, Liya dan Mia.
Azfar : Okay Fit. Sebelum ko balik, nah aku hadiahkan ko selipar sebagai kenangan. Haha. Pink gitteww. Bebulu pula tu. Hahahaha.

Aku : Terima kasih, Far. Ko dari dulu lagi memang baik dengan aku. Hehe. Aku pergi dulu. Gerak lu pape roger.
Azfar : Bah. Palan2 ko. Hati2. Haha.

Aku pergi meniggalkan Azfar. Aku perasan riak wajah nya berubah selepas aku mengatakan kami berlima bukan berempat seperti yang dia nampak. Aku taknak ambil peduli pasal tu semua. Mungkin dia salah kira. Positif saja bah. Haha. Selesai membeli-belah dan makan tengah hari, kami pun bertolak menuju ke lapangan terbang.

Jam menunjukkan pukul 2pm. Penerbangan kami ke Kuala Lumpur pada pukul 4.45pm. Ada 2 jam lebih lagi sebelum terbang. Lama lagi lah nak boarding. Gumam ku di dalam hati. Kami pun masing-masing melakukan aktiviti sendiri. Ijja, macam biasa kerja nya hanya berselfie. Ana dan Liya membaca novel. Rajin betul lah mereka berdua ni.

Aku? Layan video Hidayahanat lah di facebook. Hehe. Sedang aku gelak sakan dengan si Hidayah ni, tiba-tiba aku menerima satu notifikasi dari Azfar melalui Whatsapp.

Azfar : Fit, kau suda terbang ka?
Aku : Belum lagi. Flight aku pukul 4.45pm. Kenapa, Far?
Azfar : Betul ka kamu orang berlima? Bukan berempat saja ka?

Aku : Lima lah, Far. Kenapa kau ni? Pelik semacam je.
Azfar : Fit, ko dengar apa aku mau bilang sama kau ya. Mungkin kau tidak percaya sama aku. Svmpah! Aku hanya nampak kawan2 ko hanya ada 3 orang saja. Ijja, Ana dan Liya.

Siapa Mia? Tadi, ko ada sebut nama Mia. Tapi, aku tak nampak kawan ko yang bernama Mia tu bah. Aku dapat merasakan sesuatu yang aneh antara kalian. Ko hati2 sana, Fit.

Seen. Bluetick. Tanpa balasan. Aku mendiamkan diri. Tidak mahu menceritakan apa yang berlaku kepada mereka. Sebelum boarding, kami mengambil gambar bersama-sama buat kali terakhir di Sabah. Sedihnya berpisah dengan mereka. Perjalanan kami ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 2 jam 40 minit.

Alhamdulillah, kami selamat mendarat. Sebelum berpisah, kami berpelukan sesama sendiri sambil meluahkan perasaan masing-masing. Mengalir air mata ku berpisah dengan mereka. Semoga kita berjumpa lagi, sahabat. Kenangan yang cukup bermakna dalam hidup ku! Kami pun menuju ke tempat masing-masing.

Merehatkan diri sebelum bermulanya rutin harian pada keesokan harinya. Berakhirlah sudah kisah kita~ Selesai menunaikan solat Isyak, aku hanya menghabiskan masa di atas katil sambil melihat gambar-gambar yang di ambil sepanjang di Sabah. Alahai, rindu Sabah ~ Sedang aku asyik melihat gambar satu per satu , aku menangkap satu gambar kami berlima.

Eh. Jap? Lima? Tapi, kenapa ada empat orang je dalam gambar ni? Aku perhati dengan teliti. Checkmate! MIA TIADA DI DALAM GAMBAR! What? Aku tak puas hati. Aku tengok lagi gambar yang lain termasuk gambar yang aku dah upload di instagram dan facebook.

Its true! Aku terkejut! Betul ke apa yang aku nampak? Jadi, apa yang di katakan oleh Azfar adalah betul? Omg! Terlopong kejap tak tahu nak cakap apa. Huhu.

Aku buka group whatsapp. Aku cek member list. Nama Mia tiada di dalam list! Aku cek balik contact phone aku, memang sah tiada contact orang yang bernama Mia. Wow! Meremang bulu roma aku. Aku masih tidak puas hati. Aku buka facebook.

Aku tengok friends list aku dan mencari akaun fb yang bernama “Mia Ahmad”, apa yang aku dapat? Result not found! Goosebump weh! Speechless aku. Mungkin benar apa yang di katakan oleh, Azfar. Aku buka group whatsapp kami lagi, aku hantar gambar kami bersama. Aku tanya mereka “Sila perhati betul-betul apa yang pelik di dalam gambar ini?”

Ana : Miaaaaaaa?? Takde dalam gambar?? Seram wehhh.
Ijja : Serammmm! Setan betul lah budak tu. Huh! Siapa dia sebenarnya weh?
Liya : Wait! Selama ni aku berwhatsapp personal dengan siapa? Bukan Mia ke? Jap. Aku cek balik conversation kami.

Nor : Korang borak apa weh? Dah lah aku sejenis yang lemm
Liya : Ok guys! Conversation kami hilang! Satu pun tiada. Ya Allah! Macam mana boleh jadi macam ni?

Aku : Guys, betul apa yang member Sabah aku cakap ari tu. Dia ada cakap yang dia tak nampak Mia sepertimana apa yang kita nampak. Jadi, maksudnya Mia tak wujud ke?

Krik krik krik krik ~ -,-”

Jika di ingatkan kembali, Mia tidak pernah menunjukkan wajahnya, Mia tidak pernah solat, Mia tidak bermain air bersama kami. Sewaktu di rumah hantu di Imago Mall, para hantu tidak menakutkan Mia di sebabkan mereka tidak nampak Mia.

Tiket yang di beli oleh Ana juga menunjukkan bahawa Ana tidak pernah membeli tiket untuk Mia. Lagi? Orang sekeliling tidak nampak Mia kecuali KAMI kami sahaja yang nampak! Kesimpulannya? Pening aku.

Beberapa bulan telah berlalu. Sehingga kini, kami masih tidak menemui jawapan siapa sebenarnya Mia. Puas sudah kami menjejaki di manakah Mia. Nombor telefon dia pun tidak pernah wujud bila di hubungi. Siapakah dikau, wahai Mia Ahmad? Hm. Adik beradik Faz Ahmad ke? Eh. Ok gurau. Maafkan aku. Perempuan berniqab yang penuh misteri~

Alhamdulillah, persahabatan kami ‘berempat’ masih utuh sehingga sekarang. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila bila. Mia? Aku tidak tahu di mana kau berada sekarang sama ada kau manusia ataupun kau memang betul2 tidak wujud di muka bumi ini, aku harap kau baik baik saja. Itu je.

Terima kasih admin sekiranya cerita aku di terima. Segala baik buruk datang nya dari diri kita sendiri. Minta maaf sekiranya ada terkecik hati, terkasar bahasa, dan tersilap langkah. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu. Persoalannya, Siapakah Mia? Fiksyen Shasha. Teh? Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *