“Amin tu kawan aku. Dia cari orang yg bernama Syakila. “Kesiannya dia. Siapa yang siihir dia?” Masa tu dahi aku terus berkerut. Aku tak sebut langsung pasal sihiir ke apa.

Assalamualaikum dalam sejahtera kepada semua. Macam mana kisah kawan aku si Amin tu? Kisah Friend Request tu la. Seram? Seram mata membaca, seram lagi tuan badan memikulnya.

Seminggu selepas pertemuan aku dengan Amin, aku ambil satu langkah alternatif untuk berjumpa dengan Syakila. Adakah betul si Syakila yang diceritakan oleh Amin tu, adalah kawan satu sekolah dengan aku kira-kira 10 tahun dulu,.

Dia adalah Syakila yang menyihir Amin melalui panggilan online menggunakan Fb Messenger, seriously susah aku nak percaya. Syakila yang aku kenal tu, bukanlah seorang yang pendendam.

Aku skrol fb aku, mana tahu kot-kot dia adalah salah seorang friend. Tak ada. Tak ada nama Syakila langsung. Tapi, aku ternampak satu nama. Fatin. Aku kenal Fatin ni. Dia kawan baik Syakila masa dekat sekolah dulu.

Aku klik nama Fatin pada Chat dan memulakan perbualan. Cis! Fatin ingat aku nak ajak dia join MLM. Bengong. Setelah berborak beberapa ketika, Fatin akhirnya bagi nombor telefon Syakila pada aku. Fatin kata, dia sendiri tak pasti nombor tu Syakila masih pakai ataupun tak.

10 tahun bukannya jarak masa yang singkat. Manusia pun boleh berubah, apatah lagi nombor telefon.
Aku beranikan diri call nombor yang Fatin bagi.

“Hello, ni Syakila ke?”“Ye, saya.” “Kila,ni aku Wan. Wan kelas 5 Biologi masa sekolah dulu.“Wan?” dia mula meneka-neka.“Takkan tak ingat. Wan. Kita dulu satu team teater.”“Haa, kau Wan! Lamanya tak dengar cerita pasal kau.Kenapa call aku ni?”

“Aku ada hal nak jumpa kau ni. Penting.”
“Hal apa? Kalau Tone Excel aku dah pakai.”. “Bukan la.”. “Hahahaha..habis tu?”. “Pasal Amin.”. “Amin? Amin mana?”
“Kita jumpa dulu lah. Nanti aku cerita. Kau kat mana sekarang?”. “Aku dekat Shah Alam sekarang. Kerja sini.”

Dalam kepala aku masa tu. Apsal dekat Shah Alam? Dari cerita Amin, si Syakila tu dia jumpa dekat Kuantan. Dekat McD Telok Cempedak. Eh, confius pula aku rasa.

Seperti yang dijanjikan, aku pergilah jumpa Syakila. Tempat pertemuan, Restoran Hakim dekat Seksyen 7. Bukan yang dekat Unisel tu, tapi dekat dengan Pakli Kopitiam tu. Aku teringin nak makan nasi lauk ayam goreng kuah m4du juga sebenarnya. Hahaha.

Aku datang seorang. Aku tak bawa Amin sekali. Aku ajak Amin ikut, dia memang nak ikut tapi dia ada hal lain pula dah. Terpaksa lah aku pergi sorang. Dalam masa yang sama aku nak pergi pesta buku. Jadi, takde lah aku pergi Shah Alam ni membabi buta je.

Masa aku sampai dekat meja Syakila, aku nampak Syakila duduk sorang. Lepas aku tegur dia, Syakila pelawa aku duduk. Dia senyum je, tanda ceria jumpa kawan lama. Aku tengok Syakila dah kurus. 10 tahun. Yang gemuk pun boleh kurus. Betul ke Syakila yang ni yang Amin jumpa tu?

Sambil aku melepaskan rindu dengan ayam goreng Hakim tu, kitorang berbual hal lain dulu. Hal buat apa sekarang, kerja apa, kerja mana, dah kahwin belum, kisah budak-budak sekolah yang lain sekarang buat apa, kisah aku sekejap lagi nak pergi book fair dan barulah masuk part Amin.

“Amin tu kawan aku. Dia sakit baru-baru ni. Dia cari orang nama Syakila. Dia kata budak Syakila yang dia nak jumpa tu satu sekolah dengan aku, sebab tu aku teringatkan kau.” “Kesiannya dia. Siapa yang sihir dia?”

Masa tu dahi aku terus berkerut. Aku tak sebut langsung pasal sihir ke apa. “Kila, aku tak sebut pun pasal sihir.”
“Eh, bukan ke kau ada sebut tadi?”
“Tak de.” aku dah mula macam sinis sikit. Aku nampak dia macam larikan pandangan dia. Masa ni aku dah syak sesuatu.

Mungkin betul dia yang sihirkan Amin.
“Kau sihirkan Amin ye?” aku terus tuduh.
“Weh, apa ni? Kita sepuluh tahun tak jumpa, tiba-tiba kau ajak aku lepak, lepas tu tuduh aku sihir orang ni. Tak best la macam ni.”. “Kau tiba-tiba sebut pasal sihir, padahal aku tak ada sebut pun, memang la aku syak bukan-bukan.”

Kila ambik nafas. Dia sedut air teh o ais limau depan dia. Lepas tu dia pandang sekeliling. Jam pukul 11 pagi masa tu. Tak ramai sangat orang dekat restoran tu ketika tu.

“Wan, kau percaya pasal benda ghaib tak?”, tiba-tiba Syakila tanya aku macam tu. Muka dia serius. “Entah. Kenapa?”, aku berbohong. Gila tak percaya. Kalau lah kau baca Fiksyen Shasha, kau baca kisah Si Celupar, dan aku reveal dekat kau siapa Si Celupar tu, konfem kau tak tanya soalan tu.

“Susah lah kalau kau tak percaya.” Dia macam kecewa. “Apsal? Cerita je la. Aku suka cerita-cerita seram ni. Takkan kau tak ingat kes dewan besar sekolah dulu.”
“Ha’ah la. Aku ada dengar juga junior-junior kita pun ada kena macam-macam kat dewan tu.”

Terkekeh-kekeh aku dan Syakila gelak mengenang balik memori zaman kami jadi budak teater sekolah dulu.bDan Syakila pun mula fokus bercerita apa yang sepatutnya dia ceritakan.

Aku dengar dengan kusyuk. Daripada cerita dia barulah aku dapat simpulkan perkaitkan antara Syakila dengan Amin. Here we go.

KISAH SYAKILA
Lepas habis SPM, aku sambung STPM dekat sekolah yang sama. Ramai kawan-kawan sebaya aku dah masuk ke universiti, matrik, asasi termasuklah best friend aku, Fatin.

Aku? Masih mereput dekat sekolah ni. Mungkin belum rezeki aku untuk masuk ke IPT. Rezeki aku, sambung STPM dulu. L Disebabkan aku tak dapat masuk IPT, tapi nak feel belajar berdikari sendiri, aku buat keputusan untuk tinggal dekat asrama sekolah.

Sekolah aku adalah sekolah harian biasa tetapi ada asrama. Asrama sekolah aku ni, untuk pelajar tingkatan 6 diberikan keistimewaan sikit. Satu bilik cuma empat orang je. Dibandingkan dengan dorm pelajar lain sampai 10 ke 12 orang untuk satu dorm.

Dan kami ada bilik mandi sendiri di dalam bilik. Lebih menarik lagi, pelajar tingkatan 6 yang nak tinggal di asrama ketika tu tak berapa ramai. Sampaikan bilik aku cuma ada 3 orang penghuni sahaja.

Ketika ni la aku mula kenal dengan Salina. Salina ni dulu sekolah lain, dia sambung masuk tingkatan 6 dekat sekolah aku ni. Sorang lagi rakan sebilik aku nama dia, Rihana. Kami bertiga ada satu persamaan = gemuk. Tak la gemuk yang tahap obesiti sangat tu.

Cuma berisi tembam sikit cubby cubby gitu la. Masing-masing kuat makan. Sebulan pertama, kami semua hidup dengan aman. Mungkin sebab masing-masing masih lagi hidup dalam kepura-puraan, jaga hari masing-masing. Bila dah masuk bulan kedua, “boom!!” masing-masing tunjuk perangai.

Salina ni aku sedar dia tak pernah solat. Dia pandai, dia rajin kemas bilik, dia suka belanja aku makan, dia tak pandai mencarut. Senang cerita dia memang ada semua ciri-ciri seorang gadis yang baik kecuali satu, dia tak pernah solat.

Sejujurnya, aku tak pandai nak tegur orang terutamanya dalam bab-bab agama. Aku biarkan Salina terus hanyut. Tapi, Rihana lain. Dia yang rajin suruh Salina solat. Tapi suruh sekadar suruh je la. Salina, bangun dari katil pun tak. Dia akan dengar lagu dekat handphone dia. Masa tu Sony Ericsson Walkman tengah top.

Kecuali waktu maghrib, pelajar wajib solat dekat Surau sekolah. Selain dari tu, pelajar boleh solat sendiri dekat bilik. Jadi, hanya waktu maghrib je Salina ni akan solat. Selain dari tu, jangan harap nak nampak dia berdiri atas sejadah.

Satu hari, Rihana dan Salina gaduh. Sebab Salina bukak lagu kuat-kuat masa Rihana tengah solat. Aku baru balik dari bilik kawan aku masa tu. Hari ahad, nak outing malas. So, bertandang ke bilik orang je la kerjanya.

Bila aku balik ke bilik, aku nampak Rihana baru siap solat zohor. Dia cabut je telekung, terus dia tengking Salina. “Kau tak reti bahasa ke orang tengah sembahyang?!! Memakak tak habis dengar lagu s3tan!!”

Lagu s3tan tu bukanlah bermaksud Salina dengar lagu blackmetal ke apa, cuma lagu Inggeris. Macam yang aku cakap tadi, bila dalam bab agama, Salina akan buat dek je. Dia pakai earphone lepas tu sambung dengar lagu. Rihana tengah panas masa tu, dia pakai tudung, capai beg dan keluar, pergi bilik kawan dia. Sebelum keluar sempat lagi dia membebel,

“Harap perangai je baik. Tak solat merangkak la kau dalam neraka. S3tan s1al!”. Budak Rihana tu pun boleh tahan juga mulut dia. Salina tenang je. Sambung dengar lagu buat tak tau. Macam yang aku cakap la. Dia ni perwatakan semua baik. Bercakap lembut, senyum manis, lawa pun lawa.

Aku sebagai orang ketiga, aku tak buat apa-apa. Aku taknak keruhkan keadaan. Tapi, jangkaan aku tentang Salina bahawa dia seorang yang baik dan tenang, silap. Aku salah menilai.

Aku dan Rihana balik dari kelas. Salina belum balik lagi. Dia ada perjumpaan kelab. Sekali bila Rihana buka locker dia, “aaaaaa!!!” terus menjerit minah tu bila dia nampak ada berpuluh-puluh ekor lipas dalam locker dia. Lipas hidup pulak tu.

Bila dia buka locker tu terus lipas-lipas tu merayap-rayap lintang pukang keluar. Ada yang merayap naik atas tangan. Yang terbang pun ada. “Salina bab1! Salina bab1! Salina bab1!”, itu yang tak habis-habis dia ungkapkan.

Bila Salina balik dari perjumpaan kelab, memang kecoh la satu asrama. Semua bertenggek kat koridor pandang-pandang Rihana tengah meroyan. Rihana jerit-jerit marah Salina, dia tarik tudung Salina.

“Kau munafik! Munafik macam kau tak layak pakai tudung ni!!”, dia hembur depan muka macam tu je. Dia tolak-tolak bahu Salina. Aku dan beberapa lagi kawan setingkatan masa tu, tarik Rihana tak bagi dia buat lebih-lebih dekat Salina. Dibuatnya lunyai budak tu Rihana kerjakan, dah jadi kes polis.

Tapi Salina diam je. Menunduk. Tak melawan langsung. Siap cakap dia tak tahu apa-apa. Innocent gila. Sumpah kalau sesiapa tengok, orang akan ingat yang jahat ketika tu adalah Rihana, bukan Salina. Aku masa tu, sejujurnya memang kesiankan Salina lebih dari Rihana.

Bila dah memekak macam tu, sah-sah la warden akan ikut campur. Warden kata Rihana salah sebab tak ada bukti yang Salina masukkan lipas-lipas tu. Disebabkan taknak apa-apa berlaku, Rihana ditukarkan bilik hari itu juga. Tinggallah aku dan Salina dalam bilik tu.

Berdua. Dan bermulalah kejadian-kejadian pelik yang selama ni aku tak pernah nampak. Bila dah tinggal berdua, barulah aku nampak benda-benda pelik yang Salina buat. Paling jelas, dia suka cabut sehelai rambut dia lepas tu letak dalam balang kuih raya yang penutup merah tu.

Dalam balang tu ada ranting kayu kecik balut dengan kain kuning dan seekor lipas maati. Dia letak bawah katil. Ada satu hari tu, dia cuci bilik air. Dia jumpa banyak rambut. Sah-sah lah tu rambut aku atau rambut dia yang gugur. Dia happy lain macam beb. Masukkan semua rambut-rambut tu dalam balang tadi.

Ada satu malam tu pula, dia tengah baca novel. Dekat tangan dia ada gelang getah yang warna oren tu. Tiba-tiba dia bangun dan “zup!!” dia lastik ke atas. Seekor cicak jatuh.

“Dapat pahala bvnuh cicak malam jumaat ni.” Dia kata macam tu. Dalam hati aku, pahala solat kau tak kutip, pahala bnuh cicak kau sibuk-sibukkan.

“Kau mengata aku ke?”, tiba-tiba dia tanya aku macam tu. Muka dia nampak serius sambil pandang aku dengan tangan dia tengah genggam cicak yang m4ti tadi.

“Mengata apa? Aku bercakap pun tak.” Aku jawab sambil tersengih. Masa tu aku macam meremang juga la. Takkan la dia boleh baca fikiran aku pula?

“Okay!” dia balas balik lepas tu tersenyum. Dia naik atas katil lepas tu letak bngkai cicak tadi atas bantal. Lepas tu dia belai-belai, usap-usap belakang cicak tu macam belai kucing.

Ada satu malam tu. Yang ni agak scary. Aku tengah tidur, tiba-tiba aku rasa macam ada tangan meraba-raba tangan aku. Aku terus terbangun. Tapi, kepala aku ditolak ke bantal semula.

“ssshh” Salina buat bunyi macam suruh aku Senyap. “Tidur, tidur. Sshhh. Tidur ye.” Dia cakap macam tu. Dia ada dekat atas katil aku, tidur sebelah aku. Dia gosok-gosok lengan aku macam belai aku suruh aku tidur. Jntung aku masa tu dah degup degup laju dup dab dub dab dah. Kejadah apa?

Pernah juga aku cuba lawan, aku marah dia. Aku cakap, aku rimas dia tidur sebelah aku. Dia bangun lepas tu menangis dekat bucu katil dia. Bunyi menangis dia tu seram sangat. Macam bunyi pont1anak tengah menangis.

Ada satu Subuh tu, aku bangun nak solat. Aku buka lampu tengok Salina tak ada dekat atas katil. Aku pelik la, ke mana pula budak ni. Sebab masa tu hari sekolah. Bukan hujung minggu. Aku buat tak tau, aku pergi la ambik wuduk kemudian solat.

Masa aku tengah solat dekat tepi katil, masa sujud rakaat pertama, terperanjat beruk aku dibuatnya bila ekor mata aku nampak Salina tengah senyum menyeringai bawah katil pandang aku solat.

Terus aku stop solat dan menjerit macam orang gilla. Perlahan-lahan Salina keluar dari bawah katil tu. Dia terus pandang aku sambil tersengih. Ikutkan hati aku, aku nak terajang je muka dia tu, tapi muka dia sumpah seram. Aku rasa macam, kalau aku sepak muka dia, dia gigit kaki aku.

Bila hujung minggu, aku basuh baju, aku akan sidai baju dekat bawah. Dekat ampaian banyak-banyak belakang hostel. Dari situ, boleh nampak tingkap bilik aku. Ada satu hari tu, aku nampak Salina berdiri je dekat tingkap tu tengok aku sidai baju. Mata dia bulat. Masam. Sesekali dia senyum.

Itu tahan lagi. Ada sekali tu, aku nampak dia dekat tingkap tu, tiba-tiba dia muncul kat bawah bawak bakul kain dia juga. Dalam masa yang sama dekat tingkap tu masih ada ‘dia’ tengah pandang aku.

Macam-macam lagi benda pelik yang Salina buat. Yang aku hairan dia makin berani sejak Rihana keluar. Aku tak tahan dengan perangai Salina yang pelik tu, aku mintak dekat Warden, tukarkan aku ke bilik lain.

Aku cakap Salina ni ada habit-habit pelik. Paling aku tak tahan, suka meraba aku ketika tidur. Tiba-tiba je dia ada atas katil aku. Macam biasa, warden tak percaya. Pada pandangan mata orang ramai, Salina budak baik.

Salina memang pandai buat-buat baik dengan orang ramai. Tapi dekat bilik, hanya sorang je yang percaya aku masa tu – Rihana. Tapi, mujurlah masa naik Upper 6, aku dapat bilik lain.

Masa berlalu pantas. STPM tamat. Keluar result, aku dapat above 3 pointer. Ok la. Aku sambung degree dekat UiTM Shah Alam. Tak disangka-sangka, Salina pun dapat belajar dekat sini juga. Aku terjumpa dia dekat dewan exam, hujung semester 1. Apa lagi, terus si Salina tu ajak aku cari rumah sewa, duduk sekali bila buka sem baru nanti.

Aku dah faham perangai dia mestilah aku taknak. Tapi, situasi agak komplikated masa tu terpaksa juga lah aku menyewa dengan dia dan 4 lagi kawan-kawan dia. Kami berenam menyewa dekat flat PKNS seksyen 7 tu.

Tapi, awal-awal lagi aku cakap aku taknak sebilik dengan dia. Aku berterus terang dengan dia, aku cakap aku rimas dengan perangai dia masa sekolah dulu. Kalau dia nak juga aku menyewa sekali dengan dia, aku nak bilik lain. Dia ok kan je.

Seperti yang dijangka, roommate dia pun tak tahan agaknya, budak tu pun pindah rumah. Tinggal kami berlima je dalam rumah tu. Dia duduk sorang-sorang satu bilik.

Bilik dia tu pagi petang siang malam tak pernah buka lampu. Gelap je bilik dia. Pernah juga sekali aku test buka lampu bilik dia tu masa dia keluar, kot-kot la terbakar ke apa. Aku tekan je lampu, masyaAllah! Ada benda duduk atas katil dia, berbulu hitam lebat, tengah jilat-jilat tulang macam tulang kaki lembu sup gearbox tu.

Aku menjerit la. Nasib baik ada housemate lain masa tu dekat bilik masing-masing. Semua berlari keluar bila dengar aku menjerit. Aku tunjuk-tunjuk dekat dalam bilik Salina. Aku cakap ada hantu raya! Ada hantu raya! Sambil menangis. Bila diorang masuk bilik tu nak check, tak ada.

Malam tu jugak aku dan semua housemate kecuali Salina, sebab Salina keluar, buat bacaan Yasin. Kitorang semua tak la pandai sangat bab-bab agama ni. Jadi, apa yang terfikir nak buat masa tu cumalah buat bacaan Yasin beramai-ramai kami empat orang.

Tapi, tak sempat habis, pintu bilik Salina tiba-tiba tertutup laju. Terus kitorang berhenti baca. Ada yang dah menangis dah. Nasib baik tak ada sesiapa histeria. Kalau tak, lagi susah dibuatnya.

Bila kitorang sambung baca, bilik tu mula berbunyi macam-macam. Bunyi ada benda lompat atas katil la, bunyi buku-buku kena baling la, bunyi jari terkena bilah kipas meja la. Alik-alik kitorang stop dan duduk ramai-ramai dalam bilik aku. Semua dah takut masa tu. Ada yang dah plan esok nak ponteng kelas pergi cari ustad mana-mana.

Esok pagi. Masa subuh. Aku tengok Salina dah bangun duduk dekat sofa kat ruang tamu. Dia tengah study, katanya ada test. Aku masuk bilik air ambil wuduk nak solat subuh. Bila aku keluar, Salina tercegat depan pintu. Dia cakap,

“Cakap kat budak-budak rumah ni! Jangan mengada-ngada nak panggil ustad. Dengan ustad-ustad tu nanti aku kerjakan!!”, muka dia bengis. Lepas tu dia terus berjalan masuk bilik dan hempas pintu. Takut punya pasal memang kitorang tak panggil ustad pun. Nampak tak betapa lemahnya iman.

Satu sem kitorang hidup tak tenteram. Ada je benda yang datang dan pergi kat rumah tu. Singgah say hai hai, ketuk-ketuk tingkap padahal rumah kat tingkat 4, ada benda merayap dalam selimut.

Dan yang paling tak tahan, kalau roommate aku tak ada dekat rumah malam tu, mesti Salina datang teman aku tidur dan mulalah tangan dia merayap. Nasib baik tangan dia tak merayap ke tempat pelik-pelik. Cuma tangan aku je. Kadang-kadang je dia peluk kat pinggang.

Satu hari. Masa tu dah hujung-hujung study week. Kitorang berkumpul ramai-ramai dekat ruang tamu. Siang masa tu. Lunch ramai-ramai dekat rumah. Masak tomyam. Kitorang ajak Salina, dia taknak. Mungkin dia segan. Di duduk je dalam bilik.

Lepas habis makan, kitorang masuk bilik dia bagitahu yang kitorang decide nak menyewa tempat lain sem 3 nanti. Rumah ni dah tak best. Dan kitorang dah jumpa rumah baru tapi ada 4 kekosongan je.

Dia bantai menangis satu hari dekat dalam bilik. Sayu punya menangis weh. Meremang kalau dengar. Sama macam dia menangis masa sekolah dulu. Ada yang cuba pujuk tapi tak jalan. Duduk mengadap dinding dekat bucu katil, menangis mendayu-dayu.

Sampaikan ada makcik jiran-jiran situ ketuk pintu tanya siapa menangis. Malu pula rasanya. Terpaksa la cakap ada housemate kena tinggal kat boyfriend dia. Dengar je macam tu, makcik-makcik tu terus blah.

Nak dijadikan cerita, masa kitorang duduk dekat ruang tamu, berbincang macam mana nak pujuk si Salina tu, tiba-tiba je si Salina masuk ikut pintu depan siap bawa beg baju masuk rumah. G1la! Siapa kat dalam bilik tengah menangis? Bunyi menangis tu pun terus berhenti bila Salina masuk.

“Kenapa muka korang macam takut?”. Semua terkedu. “Kau dari mana Salina?”, aku tanya dia takut-takut dalam masa yang sama mata aku tinjau-tinjau pintu bilik Salina yang terbuka. Padahal tadi tertutup.

“Laa..kan aku bagitahu kau minggu lepas. Aku balik kampung study week seminggu ni.” Meremang weh bila dia cakap macam tu. Selama seminggu ni aku nampak je dia ada dekat rumah. Tu siapa pula?

Aku stop sini dulu. Makin misteri cerita ni. Betul ke Syakila wujud? Mana Syakila,Siapa Syakila.. Aku pun tak tahu…!!( Macam pernah dengarkan ). via Fiksyen Shasha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *