Salah Aku Layan Balik Kekasih Lama. Hubungan Aku Dengan Isteri Semakin Hambar, Kewangan Tak Stabil. Aku Akui Hampir Tergilincir Dengan Ujian Ini

Aku nak kisahkan dugaan yg aku hadapi sepanjang tempoh jadi suami orang ni. Mula2 nikah semua manis, tapi tu la, Allah bagi dugaan duit cukup2 makan. 3 bulan nikah, bini dah mengandung.

Aku mintak dia resign, sebab kitorang pjj, aku nak dia dekat dengan aku. Aku yakinkan diri duit gaji aku cukup untuk sara hidup. Terus terang, bini aku bijak, cantik, sempurna.

Tapi ye lah, dah godaan syaiton, semua yg haram tu nampak baik. Perempuan2 dekat media sosiial aku layanan. Ni lah dugaan dan kesilapan terbesar aku. Betul

la orang cakap, lepas nikah, perempuan lain semua nampak lagi baik dari bini yg halal. Tahun kedua perkahwinan, aku diuji dengan kehadiran bekas makwe aku. Dia seorang wanita yg baik, aurat terjaga, bertudung labuh, bekerjaya, serba serbi ok.

Mula2 kitorang friend dekat fb, start dari tu dia selalu like dan komen post2/status2 yg aku up, tak kisah la pasal apa pun dia mesti ada.

Mula2 aku takde la nak fikir apa, tapi dah orang selalu muncul, aku pun layan la. Kitorang jadi rapat balik dan mula berhubung Bekas makwe aku ni siap chat bini aku bagitahu pasal hubungan kitorang, walaupun sebenarnya aku takde declare apa2 pun dengan dia.

Dari mana entah dia dapat number bini aku pun aku tak tahu. Bini aku tak bagitau aku, aku sendiri terbaca wasap tu. Kenapa bini aku tak bagitau aku? Kenapa dia diamkan? Masa ni aku pun tak tau dan aku pun buat tak tahu. Aku tunggu je bini aku sound, tapi tak, dia diamkan.

Hidup dengan anak bini aku rasa dah jadi mcm hambar. Dengan kewangan tak stabil, serba serbi tak kena. Aku hampir berputus asa. Nak dikatakan kitorang tak solat, aku jaga solat, hari2 duk imamkan bini.

Sampailah satu hari ni, lepas je solat jumaat aku terjumpa dengan sorang kawan lama, tak sangka dia dah jadi ustaz. Sembang2 sampai aku luahkan pasal kehidupan aku yg serba tak kena. Free2 aku kena tarbiah tapi alhamdulillah satu persatu punca terungkai dan aku sedar.

Walaupun aku jaga solat, aku tak jaga hubungan aku dengan bini aku mak ayah aku dan keluarga bini aku. Bini aku, aku tak sedar, aku tak pernah nak luangkan masa dengan dia, setiap kali dia nak ajak aku sembang aku buat tak layan, aku lebihkan handphone, dengan media sosial, chat dengan bekas makwe.

Masa tu semua pasal bekas makwe aku tu aku rasa indah banding bini sendiri. Mujurlah kena tarbiah, kalau tak, manakan aku nak sedar aku dah terjebak dengan wanita yg harm buat aku walaupun dia serba serbi ok, tapi dah terang2 dia tahu aku ni suami orang, kenapa nak trigger aku dengan add friend, likes dan komen2 kat fb, dan chat aku?

Siap ajak aku nikah tau, sanggup nak jadi bini kedua aku. Perwatakan baik, aurat terjaga, tapi ni lah yg orang kata indah khabar dari rupa. Inilah jenis wanita yg tarik lelaki ke neraka. Mata hati aku dikaburi dengan kebaikan dia tapi dalam diam dia cuba utk menghancurkan rumah tangga aku.

Seorang wanita yg baik tak kan buat semua tu. “Letak bini kau kat tempat dia. Bini kau ade buat tak ape yg perempuan tu buat? Dia ade tak cuba berhubung dengan bekas kekasih dia? Kau nak tak bini kau jd wanita seperti itu?”

Aku sangat tersentap dengan ayat kawan aku ni. Aku tersedar, sejak nikah, bini aku sangat menjaga kehormatannya. Dia sangat menjaga hubungannya dengan kenalan lelakinya walaupun hanya di media sosial.

Jika dibandingkan dengan bekas makwe aku yg hanya pada luarannya baik, betapa tingginya taraf bini aku. Bukan aku nak letakkan salah pada bekas makwe aku tu sorang je, ye salah aku yg gatal duk layan jugak, tapi ye lah, aku ni lelaki biasa mana nak tahan godaan syaitan lagi2 yg bertopengkan wanita baik2, sape tak nak.

Balik rumah tu aku terus peluk bini aku, beranikan diri bertanya pasal wasap yg aku terbaca dari bekas makwe aku ke dia Bini aku jawab Saya jaga hubungan sy dengan Allah, sy yakin Allah jaga hubungan sy dengan awak.

Saya tahu semua yg awak buat, awak layan perempuan semua sy tahu. Saya cuma berdoa Allah kuatkan hati sy, tak kan buat seperti apa yg awak buat ke sy. Saya bersyukur awak imamkan sy hari2.
Saya bersyukur rezeki kita, anak kita.

Saya syng awak, kalau awak jodoh sy, tetap akan jadi jodoh sy. Saya berserah dengan Allah”. Gugur air mata jantan aku, betapa mulianya wanita yg aku kahwini. Mak ayah aku, dari dulu aku ni jenis susah sangat nak call mak ayah. Balik kampung pun susah.

Hulur duit pun kadang2 je. Aku lupa tanggungjawab aku kat mak ayah aku. Keluarga bini aku, kalau ada perayaan atau majlis apa2, aku susah sangat nak muncul. Senang citer, memang aku tak gaul sangat dengan family bini aku.

Mak ayah mertua aku pun jarang sangat aku nak jumpa, hulur duit tu ada la sekali dua. “Jaga hubungan kau dengan mak ayah, mertua dan keluarga baru kau. Jangan lupa nafkah mak ayah, mertua tu usahakan lah. Senangkan hati dorang, hidup kau pun senang.”

Alhamdulillah, ni dah masuk tahun keempat hidup bersama isteri. Sejak dari tu, aku dah banyak berubah. Walau hal sekecil zarah sekalipun aku kongsikan dengan bini aku. Dialah teman aku dunia akhirat.

Hubungn dengan mak ayah, family bini aku dah perbaiki, perlahan2. Alhamdulillah sekarang anak dah 2, rezeki pun melimpah rumah. Harap2 korang boleh ambik pengajaran cerita aku ni.Kepada lelaki dekat luar sana, buanglah miang tu kalau dah nikah.

Jangan contohi aku. Kepada perempuan dekat luar sana, para isteri, contohi bini aku. Hehehe. Yang belum kahwin, jagalah maruah diri, jangan contohi bekas makwe aku. Haha. Buat kawan aku yg dah tarbiah aku, terima kasih tak terhingga. Allah je boleh balas jasa kau kat aku. Sekian.

Harap cerita ini dapat beri pengajaran kepada pasangan suami isteri agar lebih berhati dengan kewujudan orang ketiga. Jika tak pandai keadaan mungkin rumah tangga yg anda telah bina akan hancur begitu sahaja.

Jika ada yg baik jadikan pengajaran dan yg buruk dijadikan iktibar. Jika bermanfaat sila sebarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *