“Ada ‘benda’ lain pun hidup disini.” -Kehilangan peserta larian Ashraff, adakah ada unsur mistik. Ini Penjelasan Penduduk Di Situ.

Sudah masuk hari ke-5, namun masih tidak ada lagi berita mengenai Mohammad Ashraff Hassan, iaitu salah seorang peserta larian anjuran Gopeng Ultra Trail yang hilang ketika aktiviti dijalankan.

Bagaimanapun, misi mencari dan menyelamat masih lagi giat diteruskan sehingga ke kawasan Batu Putih, difahamkan mangsa adalah antara peserta 10 terawal tetapi agak aneh dia tidak sampai ke garisan penamat.

“Dia Ada Tolong Seseorang Ambil Gambar Atas Bukit”
Menerusi perkongsia di Facebook Gopeng ULTRa, pengurus larian memaklumkan beberapa tempat lokasi akhir Ashraff sebelum hilang, malah pihak mereka juga berharap akan ada pelari yang perasan dan ingat akan keberadaan mangsa.

Menurut salah seorang peserta bernama Dewi, sebelum hilang dia ada meminta tolong Ashraff mengambil gambarnya dan setelah itu mereka meneruskan larian.

Petikkan Dari Page FB Gopeng ULTRA:
“We have a break regarding Ashraff final whereabout by info gathered from fellow runners who were able to identify him during the event. Based on the photos and videos we received, Ashraff was spotted at the peak of Bukit Batu Putih.

He helped a runner named Dewi to take a photo of her at the Peak. After her photo was taken, Dewi continued the race, meaning she was ahead of Ashraff after Bukit Batu Putih.

Another runner named Marcel remember overtaking Dewi after coming down from Bukit Batu Putih, however he didn’t remember overtaking Ashraff. By chronology, most probably Ashraff was between these two runners after Bukit Batu Putih.

Bukit Batu Putih is the most challenging part of the race. This is to confirmed that he did make it to the Peak. He can be identified in the video.

The reason we are sharing this info is with the intention that other runners might be able to remember/identify running along side Ashraff. Therefore we can close in on his final where about.

We would like to thank Dewi, Marcel & the photographers from adventuredotmy for sharing their information with us. If you have any info, please share with us first before posting it on social media.

Currently we are working closely with the SAR Team to close-in on his final whereabout. Therefore each and every info matters.

In addition, the search-and-rescue mission today was assisted by Angkatan Tentera Malaysia (ATM), abseiling team and more volunteers have come forward to help with the search. Radius of search completed from Bukit Batu Putih to Gua Tempurung.”

Once again we would like to remind everyone, if you have any information regarding Ashraff, please private message us on facebook instead of publishing it on social media.

Please respect the privacy of the parties we mentioned above. The reason they are mentioned is because other runners might be able to remember them and indirectly Ashraff too. Your support is highly appreciated by us. Thank you.

Keluarga berkumpul, solat hajat untuk Ashraff
Difahamkan,keluarga Ashraff serta pasukan GUT tiba di tempat kejadian bagi melakukan solat hajat dalam usaha mengesan lokasi sebenar Ashraff berada.

Petikkan Dari Page FB Gopeng ULTRA:
Search-and-Rescue (SAR) mission to locate missing runner Mohd Ashraf continues today. Among locations covered were Kampung Chulek, Kampung Jahang, Gua Tempurung, rivers near the 25km route and rivers from Kampung Jahang leading towards Kampar.

Also today the authorities, GUT crew, Dewi-one of our 25km participants and Mohd Ashraf’s family members will visit the location where he was last seen, to perform special prayers. Please continue to pray for the safe return of Mohd Ashraff. Hang in there Acab, be strong, we are coming to get you.

Disorok bunian?
Sukar untuk dipercayai namun ada kemungkinan kehilangan Ashraff berkait rapat dengan unsur mistik kerana, selalunya jika ada yang sesat pasti dapat ditemui sekurang-kurangnya dalam masa sehari.

Menurut salah seorang penduduk di situ, ada sebuah penempatan makhluk halus di kawasan tersebut malah ada saksi yang mengatakan ternampak kelibat sekumpulan lelaki dan wanita naik ke bukit dengan membawa obor.

Semoga segala usaha yang dilakukan dapat mengembalikan Ashraff kepada keluarganya, berharap dia dalam keadaan selamat walau dimana pun dia berada kini. Sumber : Sinar Harian , Facebook Gopeng ULTRA

Hilang di denai. Apa yang mungkin terjadi? Ini Penjelasan Dari FB Dr Faizul Jalal

Sedih dan terkejut bila dgr berita kehilangan seorang peserta Gopeng Ultra baru2 ini. Peserta acara 25km, flag off waktu siang, hilang pun waktu siang. Dikatakan cuaca agak panas semasa hari acara.

Ada yang menyalahkan penganjur kononnya, kurang trail marker… Ada juga yang menganggap peserta mungkin tak cukup persediaan sehingga boleh ‘hilang’.

Hearsay mengatakan peserta bukan orang baru dalam running, malah memang aktif dengan hiking

Kita tolak tepi dulu blaming game.
Sebenarnya macam2 boleh terjadi, walaupun penganjur sudah buat sebaik mungkin, dan peserta juga suda cukup segala persiapan.

Kalau sesat, macamana boleh sesat? Apa yang menyebabkan seseorg yg secara fizikalnya sihat dan bersedia tapi tiba2 boleh sesat..

Saya teringat satu masa dulu semasa menjadi petugas perubatan untuk jemaah haji di tanah suci tahun 2014. Di Mina, cuaca amat panas dan kering sehingga lebih 40 celcius.

Ramai jemaah haji kita yang ditemui sesat, kebanyakkan mereka adalah orang tua yang berseorangan. Bila ditanya apa yang terjadi, mereka seperti keliru, tidak tahu mereka dimana, dengan siapa mereka bercakap dan kemana mereka pergi.

Bila ditanya “pakcik kemana tadi?” pakcik jawab “pakcik cari kambing pacik di kebun”. Pemeriksaan menunjukkan mereka sangat dehydrated. Mungkin tidak cukup minum air dalam cuaca yang panas.

Bila mereka segera diberikan intravenous drip, lama kelamaan boleh nampak mereka kembali ‘waras’. Mereka tahu dimana mereka berada, mereka kenal siapa disekeliling mereka dan tahu apa tujuan mereka di sana.

Severe Dehydration dan electrolyte imbalance adalah satu sebab kenapa sesorang itu boleh mengalami ‘delirium’. Hal ini lebih mudah terjadi pada golongan tua, lebih2 lagi jika mereka juga ada sejarah menyakit kronik lain. Walaupun begitu, tak mustahil delirium boleh jadi pada orang muda yang sihat.

Itu sebab sangat penting seseorg runner samaada yang baru atau lama utk mengambil berat tentang keperluan air dan electrolyte badan sendiri. Sebab bila badan mengalami dehydration dan electrolyte imbalance yang teruk, macam2 boleh terjadi, bukan sekadar muscle pain dan cramp sahaja.

Hilang ke alam ghaib? Itu kita serah pada yang pakar untuk ulas…sebagai org islam yang beriman kita tahu itu juga tidak mustahil. Apa2 pun kita doakan semoga segalanya dipermudahkan dan yang hilang itu dijumpai dengan keadaan selamat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *