Kesal suami malas solat. Satu hari waktu Subuh, aku bisik sesuatu di telinga suami “sayang…”, terus suami melompat bangun.

Aku bukanlah orang yang alim sangat pun, orang tengok personality pun mesti akan cakap, ye tak yelah ko ni.. haha.. cuma setiap hari sentiasa fikir macam mana nak jadi lagi baik dari kehidupan yang sekarang.

1.Memang dari sekolah rendah, sekolah menengah solat adalah benda yang aku buat bila nak exam je. Konon2 nak lulus dengan hebat la. Kesedaran nak solat tu masa akil baligh (read : bila dah period).

2.Masuk kolej, solat kadang-kadang. Kat rumah je. Bila keluar outing ngan family ke kawan2 ke, memang ke laut. Family aku – mak aku je yang tetap solatnya, ayah aku hmmm…solat raya je rasanya. Adik badik aku yang lelaki – pun sama. Yang pompuan – bila time insaf datang dia solatla.

3.Bila dah start bekerja, Alhamdulillah aku dikelilingi oleh orang2 yang sangat sangat menjaga solat mereka, baik lelaki mahupun perempuan. Boss aku especially, sangat rajin solat. Officemate aku, bff aku, geng travel/geng makan aku, sume jenis solat tak tinggal, jenis kemana2 pergi pun, solat adalah paling utama.

Berhenti RNR, carik surau, masjid untuk solat walaupun banyak aktiviti dan sebusy mane pun. So, aku jadi terikut. sebab malu sendiri la kan, orang lain sume kalut solat, takkan ko stone je. Sampai satu tahap, bila tak solat aku rasa something wrong. Ade benda tak lengkap hari tu.

4.Masa mula kenal suami, masa bercinta aku perhati jugak dia ni solat ke tidak. Bila keluar, aku try ajak dia singgah surau. So, dia follow jelah. Rupanya jenis on-off jugak, solat maghrib je yang dia sangat jaga.

Dalam hati aku, aku tak berapa la nak suka, bukan senang nak guide orang especially lelaki ni suruh solat kan. Cut it short, berkahwin jugaklah kitaorang, dan jeng jeng jeng.

Memang confirmlah, dia jaga solat maghrib je. Tapi aku tak putus asa, aku cuba ajak dia solat dengan cara aku sendiri.

5.First effort aku, masa memula dapat rumah sewa – aku dah set kan 1 bilik untuk jadikan bilik surau. kat situlah aku letak sejadah, Quran, surah Yasin/buku2 doa/Islamic, songkok, telekung etc semua.

Kalau tetamu datang pun boleh je solat kat situ. So, tak kacau privacy bilik tidur kitorang. Seboleh mungkin, aku pastikan yang kami akan solat jemaah solat subuh, maghrib dan juga isyak (zohor dan asar dekat ofis), tapi hari bekerja je, weekend still terbabas jugak.

Masa memula dia jadi imam tu memang nampak kekok jugakla, sebab dia kata tak pandai nak baca doa lepas solat. ok, takpe, baca je doa yang biasa2. Baca sendiri2 pun takpe and aku tak push hard sangat.

Lepas dari tu, aku google semua bacaan doa dan wirid selepas solat, wirid pendek, wirid panjang, doa-doa harian, aku compilekan, adela dalam 4 5 muka surat macam tu, aku print then aku tampal dekat dinding. Dalam jawi dan jugak rumi.

Suami aku jawi dia tak berapa lancar, so dia mintak aku print dalam rumi. ok, aku buatkan. Ade ayat dan doa yang aku search tak dapat dalam rumi, so, aku taip satu2.

Itulah kertas yang hari2 dia refer selepas solat, and tak sampai setahun, dia dah boleh hafal doa dan wirid without tengok kertas tu lagi. masa tu aku rasa syukurnya Ya Allah.

Oh ye, aku jugak set kan hari khamis malam jumaat adalah hari kitorang mengaji, baca surah Yasin dan bacaan wirid panjang, without fail, masih lagi rutin macam biasa, cuma bila anak2 meragam, aku tak dapat nak join.

suami mengaji sorang2. Alhamdulillah, suami aku ni jenis benda elok dia menurut je, takde nak mengelat ke nak marah2 ke ape ke. Lagipun, masa tu first year kahwin kan, of course la isteriku adalah segala-galanya.. hihi.

6.Ade rezeki, kami dapat beli rumah sendiri di tahun ke 3 kahwin. Aku set jugak 1 bilik untuk bilik surau. Tapi, solat kami masih belum sempurna. suami aku – subuh, kalo hari cuti burn, kadang aku pun terikut lelap sekali.

bangun pukul 10, 11 pagi, subuh ape kau? gajah pun tak hingin terlibat dalam subuh kau tu. tapi aku selalu cuba back on track balik, rasa berdosa sangat. bangun subuh masa cuti dan weekend adalah dugaan sangat okeh, weekdays tak rasa sangat sbb memang bangun pagi kan nak pergi keje.

Lepas aku selesai subuh, aku mesti kejutkan suami aku bangun solat subuh, lantakla dia nak marah ke ape ke. tapi so far, dia tak pernah la marah ke tunjuk perasaan ke, muka moncong je kena kejut dari tidur lena.

pastu adela sekali aku pakai pendekatan Noh ngan Mizz Nina, aku ade baca somewhere, Noh kejutkan Mizz Nina dengan bisik kat telinga dia “sayang, bangunla solat subuh.. kita nak masuk syurga sama-sama kan”, camtula lebih kurang. Well, it might works on them.

Sampai kat aku, lepas aku bisik kat telinga laki aku, aku rasa macam ‘apehal poyoman semacam ni’ hahahahaha.. yang laki aku pulak terus melompat bangun pegi amik wudhu’, terus pergi solat subuh.

Mesti dia ingat bini dia ni dah buang tebiat ni, ke malaikat maut bisik ni. Kahkahkah. Dahla aku ni bukan jenis lemah gemalai macam pompuan melayu terakhir, tu yang laki aku tanjat tu.

So, aku tukarla lepas tu, aku bisik kat dia camni ‘sayang oo sayangg, bangunla sembahyang subuh, dah nak abes waktu dah ni, nak masuk neraka ke?’ tapi samala jugak, dia melompat jugak… hahaha.. so, korang pilih la cara korang sendiri ye, janji dia bangun solat subuh.

7.Untuk waktu zohor dan Asar suami aku pulak, hari2 aku tanya dia without fail. solat tak hari ni, kat mane solat, kul bape solat. biar dia bosan nak jawab. sampai la ade 1 hari tu, bulan Ramadhan, aku cakap kat dia cani.

“sayang, awak ni kan, baik orangnye, puasa cukup dah, solat subuh, maghrib, isyak dah complete dah, tak rasa sayang ke zohor and asar tak buat? sia2 tau pahala puasa dapat ciputtt je, dapat lapar, dapat haus je, berbaloi ke?” suami aku diam je pastu.. Aku pun tak push further, pandai la dia fikir sendiri kan.

Until one day, aku call dia kat ofis, sambil2 borak tu, aku selit tanya, dah zohor ke? tetiba dia jawab dah zohor dah.. aku rasa mcm nak nangis. dia cakap, dia dah siapkan 1 tempat untuk solat kat belakang meja dia.

Allahuakbar, Alhamdulillah. Allah dengar doa2 kami. Waktu asar pulak, aku tanya dia bila dah smpai rumah, masa siap2 nak maghrib, tadi Asar kat mane? kat rumah ke kt ofis? dia jawab, sempat je balik rumah Asar, balik awal tadi.

Dan hari2 seterusnya, aku memang akan selit soalan2 dah solat ke? tadi solat kt mane? kalo dia jawab, ‘ohh, tadi singgah masjid jap’, ‘tadi tak dapat balik awal, solat kat ofis je’, ‘harini terkejar2 ckit zohor, ade meeting pulak’ and etc etc.

Kadang aku tak tanya pun, dia yang sendiri cerita. Sambil2 membawang pasal keje opis, dia selit la jugak pasal solat. So, aku tau dah, dia dah on track dengan solat Zohor and Asar dia.

8.Waktu Isyak pulak, dulu kami suami isteri selalu lompong sebab kadang terus tidur je. Tapi kadang2 bila maghrib tu dia jadi imam, terus je isyak sekali. Kadang kalau lapar, makan dulu. pastu tgk tv, pastu menguap. Kelaut la isyak. Kalau keluar makan pulak, jenis balik lambat.

Biasala, pergi makan jejauh, pastu sambung tengok wayang, pergi uptown, downtown, balik kul 12, 1 pagi, terus tido jela kan, haihh.. So, ape pendekatan yang ktorang buat, aku selalu bincang ngan suami aku. Macam mana ek kita nak bagi solat kita penuh ni sayang?

Aku suruh dia fikirkan.. suruh dia bagi solution. Aku tanak bagi arahan kat dia, ok, kita buat camni camtu. I need his opinion, sebab dia suami, pemimpin. Then, idea dia, ok camni. Kena kurangkan keluar malam.

Masak je kat rumah, kalau tak sempat masak, kita keluar lepas setel solat Isyak je. Takpela keluar lambat sikit pergi makan. Kalau lapar sangat, kita tapau je makan kat rumah. Takpun makan sikit2 dulu buat alas perut. So, aku ikut. so far, it works well.

9.Lagi keadaan bila tinggal solat, bila keluar berjalan. Pegi mall, balik kampong. Memang jarang la nak singgah mane2. So, sekarang takde dah. Ape2 hal, set timing nak travel tu, masuk waktu, jom benti solat, singgah mane2 surau, masjid, RnR ke.

Nak keluar pun mesti carik timing sesuai, tanak clash waktu solat, kena tau tempat solat tu ok ke tak, dengan ada anak kecik, kena solat gilir-gilir, tak senang, tapi tak jugak susah.

Sekarang kitaorang set timing keluar pergi mall pagi (baca : pukul 10 la mall bukak). Orang tak ramai lagi and senang carik parking, lepas breakfast terus pegi, so cepat setel window shopping and aktiviti anak2, balik umah dalam kul 2-3 camtu, zohor and asar kat rumah je. Lagi selesa tau, siap leh tido baring lagi pastu, pakej.

Tahun ni tahun kesepuluh dah kitorang kahwin dengan sepasang cahaya mata. Alhamdulillah. So korang, kesimpulannya, jangan pernah putus asa untuk perbaiki diri tau, especially bab solat.

Macam mane pun kita ni, solat jangan sesekali tinggal, paksa la diri walau tak pernah ikhlas, InsyaaAllah, nanti ada satu tahap ko solat tu ada rasa sayu je, tak sedar air mata meleleh, baca surah pun tersekat2.

Pada korang yang ada pasangan rajin solat tu, hargailah dowang, korang sangat beruntung sebenarnya tau. Nak2 kalau yang sang suami tu mmg jenis solat, kalau dia tegur, dia ajak solat, rahmat besar sangat. Jangan ego, jangan rasa malu, jangan rasa diri tu hipokrit, buat je.

Panjang pulak cerita aku kan. Tu jelah nak share. Semoga bermanfaat tau. Tak mintak banyak, korang doakan mak ayah aku, aku, suami, zuriat dan seluruh keluarga keturunan aku sihat tubuh badan, istiqamah dalam solat dan dalam segala kebaikan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan, dan aku doakan semoga dikembalikan semula doa2 baik korang tu untuk korang jugak tau. Aminnn, –Cik Puan Lisa via edisiharian.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *