Bapa Ainul Mardiah juga merupakan pengusaha kedai “Halalmart” dendiri di Melaka

Melaka – 11 April, baru- baru ini hangat diperkatakan berita mengenai adik Ainul Mardiah yang menghidap satu penyakit kronik. Justeru itu , ramai netizen dari pelbagai kaum yang turut sama bersimpati dan membantu meringankan beban keluarga Ainul dengan memberikan pelbagai bentuk sumbangan, ada juga yang ingin membantu membiayai kos rawatan secara penuh.

Tetapi tak semua Netizen tahu bahawa Bapa Ainul Mardiah juga mempunyai satu perusahaan kedai Runcit Di Melaka. Mari Kita lihat laporan Penuh berkenaan situasin keluarga mereka itu dari tuan Ahmad Safiuddin (Bapa) menerusi laman fcebooknya:

Salam. Saya tidak mahu orang salah faham terhadap keadaan saya dan keluarga.
Selama 8 bulan yang telah saya harungi bersama isteri dan anak, saya tidak pernah memohon sumbangan dari segi kewangan untuk rawatan Ainul. Ada juga rakan rakan di fb yang tawarkan bantuan, tetapi saya balas cukup lah dengan doa dan inshaAllah saya masih mampu.

Saya minta mereka cukup sekadar mendoakan saya supaya dicukupkan rezeki. Untuk makluman, saya ada perniagaan halalmart di melaka, usia perniagaan itu sama seperti umur ainul iaitu 8 bulan. Sebab pada hari pembukaan halalmart saya, Ainul di NICU berusia 5 hari.

Tiga bulan pertama, memang saya kerap ulang-alik melaka ke HKL sebab ainul ditahan di sana. Jujur saya katakan, dengan usia perniagaan masih baru, duit saya cukup-cukup sahaja. Tapi saya yakin, rezeki anak itu ada.

Kemudian, selepas Ainul balik ke rumah, ubat-ubatan Ainul yang ratusan dan ribuan ringgit pun saya belikan sehingga lah beberapa bulan lepas saya diuji dengan keciciran duit sebanyak RM5k.

Waktu itu, Allah sahaja tahu betapa runsingnya hati saya memikirkan macam mana nak kumpul duit itu semula. Rakan rakan di FB saya tahu kisah kehilangan tu. Ketika itu pun mereka sudah mula simpati dan mahu beri sumbangan.

Waktu itu saya masih menolak sehingga lah satu hamba Allah ini ( rakan saya ) mengatakan begini kepada saya: ”Engkau jangan menafikan rezeki Ainul. Kami nak bagi bantuan ni jangan sombong, ini rezeki anak kau, rezeki kau dan keluarga.

Aku tahu kau mungkin masih mampu, tapi jangan hampakan niat baik aku. Aku kesian dekat kau dan aku ikhlas nak bantu”. Sejurus selepas itu, bermula lah saya untuk berlapang dada dan mula menerima sumbangan jika orang nak sumbang untuk Ainul Mardhiah.

Tapi masih lagi dalam keadaan yang tertutup di kalangan keluarga terdekat dan terkawal sebab saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. .

Tetapi hari ini, saya tidak tahu mengapa begitu ramai sekali umat manusia nak beri sumbangan buat Ainul tidak kira melayu, cina, india dan saudara saudara dari sabah sarawak.

Tak henti-henti orang call/whatsapp saya sehinggakan ada hamba Allah offer nak biayai semua kos rawatan ainul sekiranya masih ada peluang untuk Ainul dirawat. .

Selama 8 bulan ini, saya diam dan tidak pernah berkata apa apa. Saya sabar, saya cari duit sendiri, saya doa supaya Allah cukupkan rezeki saya untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai ayah kepada Ainul. .

Tapi kuasa Allah, entah bagaimana hari ini tersebar no acc saya di media sosial. Orang ramai mula hulurkan bantuan. Saya sampai dah tak mampu berkata apa apa, hati kecil berbisik adakah ini yang Allah mahu tunjukkan setelah 8 bulan saya dan isteri bertahan mengharungi segala perit getir sendiri?

Pada saat ini, saya hanya mampu ucapkan ribuan terima kasih kepada kamu semua yang bermurah hati. Tiada kata lain saya mampu ucapkan kecuali jutaan terima kasih.

Doa adalah senjata paling utama. Selitkan lah nama Ainul dalam setiap doa kamu semua. Saya yakin, di langit sedang bergema nama Ainul Mardhiah kerana doa kamu semua. .

Mudah-mudahan ada di antara kita yang doanya dimakbulkan Tuhan.
Kepada individu-individu yang mahu menjual harta kesayangan dan duit jualan itu kamu beri kepada Ainul, kamu semua telah buat saya mengalirkan airmata.

Kamu sanggup menjual barang yang kamu sayang untuk Ainul Mardhiah walhal kamu sendiri tidak pernah bertemu dengan Ainul.

Semalam saya sempat berbisik dekat Ainul yang sekarang ini dia ada ramai emak dan ayah. Semua sayang dekat ainul baik yang dekat ataupun yang jauh, baik yang kenal mahupun yang tidak pernah kenal.

Sekali lagi saya ucapkan, doa lah yang paling diperlukan. Minta Allah hantarkan bala tenteranya untuk angkat semula penyakit ainul seperti mana Allah menghantar tentera burung membawa batu dari neraka menghancurkan tentera bergajah. Sekian, Assalamualaikum. Sumber : the melaka kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *