“Ceramah Sana Sini, Makan Sedap-Sedap, Hidup Pun Senang Lenang. Tapi kau duduk dekat sini.” – Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Remaja Sebatang Kara ‘Berumah’ Bawah Jambatan

Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew yang sering berkongsi pengalamannya berjumpa dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Sifat peribadinya yang mulia sering mendapat pujian netizen yang rata-rata kagum dengan keikhlasannya berdakwah.

Terbaru, dia berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang remaja yang tinggal di bawah jambatan. Apa yang menyedihkan apabila remaja itu sebatang kara dan tidak mempunyai keluarga.

Bangun tidur cium tangan saya
Sebak ya Allah hati ini tadi turun jambatan. Terkejut tiba -tiba ada seorang terbaring macam ni. Cuba pergi dekat hati kuat berdebar rasa sesuatu.

Sekali panggil banyak kali lepas tu saya kuatkan hati pegang dia dan kejut dia. Rasa nadi dia. Dia tidur ni. Saya sangka dia akan marah nanti.

Sekali dia tak marah. Bangun tidur terus salam cium tangan saya. Dia pernah jumpa saya. Bersih muka dia.. Ustaz. Terima kaseh ustaz. Saya tanya berapa lama kat sini. Dah 2 bulan.

Dulu masa 2 tahun ikut ayah merantau kl ni. Sekarang duduk seorang diri jer bawah jambatan ni. Tunjuk belakang kepala dia baru kena pukul terbelah sikit. Ya Allah.

Berdosa hidup senang lenang sedangkan
Saya tengok ic saja nak kenal. Ya Allah baru 20 tahun umurnya. Selalu jumpa anak muda dari kecil tiada siapa sangat dalam hidupnya. Tiada mak ayah. Tiada adik beradik. Takde sesiapa.

Mula hidup di jalan dan lorong-lorong. Saya minta maaf padanya. Ustaz ni berdosa sangat kat kau. Ceramah sana sini. Makan sedap-sedap. Hidup senang lenang. Kau duduk dekat sini.

Apalah saya nak jawab nanti Allah tanya. Tak sangka anak muda begini tidur bawah sini. Pasti ada masalah besar dalam hidupnya. Berdosa rasa pada adik. Ya Allah…Takper ustaz.

Ustaz sudi cari saya di bawah sini. Ustaz selalu cari kami macam ni dekat bawah longkang ni. Saya jadi sedih sangat. Tak tahu nak buat apa.

Saya kotor busuk ustaz
Kau nak kerja tak adik? Nak ustaz. Nanti ustaz tolong carikan kau kerja. Kau kerja elok-elok yer..nak ustaz tolong yer cari saya kerja. Kalau ada asrama boleh saya duduk dekat situ.

Sedih lak rasa. Saya nak peluk dia. Ustaz. saya kotor busuk. Ustaz pakai jubah. Ish takper adik. Kau mulia baik Allah sayang. Ustaz ni kotor berdosa biarkan kau dekat sini. Dia tak berhenti cakap terima kaseh dan lambai saya.

Saya hadiahkan sedikit duit padanya dan makanan. Nanti saya cuba fikirkan bagaimana nak bantunya. Ya Allah tuhanku maafkanlah diriku ini.

Apa nak jawab pada Allah dan apa nak jawab pada Nabi saw…maafkanlh diriku ya Allah..-ebitlew #doortodoorebitlew #astroAosis

Antara komen netizen:
Nik Faiz –ustaz, saya ada kerja untuk adik ni di restoran. apa2 boleh whatapps saya, 0169736579.vsaya urus restoran warung cikgu sekitar Puchong, USJ dan Sri Kembangan. ada hostel utk pekerja. boleh laa untuk sy jaga dan bimbing dia.bNik Faris take note. cari adik ni.

Jasrina Mansor –Ustaz elok jd menteri pembangunan dan masyarakat smpai ke bwh jambatan ustaz pergi melihat menteri pun x smpai mcm tu nk tgk rakyat.

Syah Ismail –Masya Allah. Tiba2 saya pun rasa berdosa. Di saat kita selesa tidur di katil empuk, makan makanan sedap ada lagi saudara kita yang tidur bawah jambatan, makan sekadar ada Allah ampunkan aku .

Noor Risa Hussain –Ustaz, kalau blh.bminta bantuan Baitulmal utk sponsor belajar di Giatmara. Sbb di Giatmara.bx perlu sijil.. hanya perlu 3M = menulis, membaca, mengira. Skrg industri makanan sgt memerlukan pekerja Islam..

terutama bg sykt yg ingin mendapat sijil Halal. Sbb antara syarat sah utk dpt sijil ialah.. mesti ada pekerja Islam. Ramai anak2 muda lelaki yg kerja sbgai chef di plantar minyak atau kapal laut.. dpt gaji lumayan smpai rm3-5 ribu.

Amelia Mokhtar –terkesan dgn ayat last ustaz.bapa aku nak jwb pd Allah dan Rasulullah. kalaulah semua pemimpin begini pemikirannyaabtak apa lahbmari kita mula dr diri kita sendiri usaha bantu mereka yg memerlukan Sumber : Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *