Hanya Kerana Membakar Belacan Di Perancis, Polis Datang Ketuk Pintu Kerana Dapat Aduan Jiran

Setiap orang mesti ada insiden yang mencuit hati dekat dapur. Especially kalau yang pertama kali masuk dapur tak kira lelaki atau perempuan.

Kalau admin, pernah jadi jugalah masa tu nak goreng nugget. Selamba je masukkan dalam kuali waktu nugget tu sejuk lagi keluar dari peti ais. Tak ke berlaku cetusan gunung berapi tu?

Tapi, pengalaman yang admin nak cerita ni lagi mencuit hati rasanya. Viral dekat Twitter kelmarin bila ada seorang lelaki share cerita kelakar pasal kawan dia.

Sambal belacan punya pasal

Kata Zul, cerita tu adalah pengalaman kawan kepada isteri dia dekat dapur. Kejadian tu berlaku dekat Perancis sebab kawan tu tinggal dekat sana.

Kalau dah Melayu, mestilah tak boleh hidup tanpa sambal belacan kan. So, satu hari ni dia ada dapat belacan, apa lagi buat sambal belacan lah! Ikut petua orang dulu-dulu, kalau nak sedap kita kena bakar dulu belacan tu.

Pengalaman kawan wife aku yang tinggal kat France, dia excited dapat belacan, lepas tu grill belacan kat apartment sebab nak buat sambal belacan”

Tapi, orang Perancis kan tak familiar dengan belacan, so terjadilah satu peristiwa. Belacan kan ada bau yang sangat kuat, so waktu dia bakar tu memang bau la sampai rumah jiran-jiran. Apa yang kelakarnya, jiran dia ingat tu bau benda lain!

Sekali polis ketuk pintu nak siasat sebab ada terima report dari kejiranan ada bau m4yat ”

Alahai tak pasal-pasal kena soal dengan polis. Sambal belacan punya pasal!
Netizen yang baca post tu dekat Twitter masing-masing terhibur dengan pengalaman kawan dia. Ada yang share jugak pengalaman kalau dekat Turki kena tunggu semua orang dah tidur baru boleh menumis.

Pastu ada juga cakap pasal makanan lain dari Malaysia yang ada bau kuat juga. Mau pengsan dibuatnya orang Perancis tu kan? Haha!

“Kalau bawa durian mau dorang repost kata ada gas ber4cun.”

Bau belacan memang busyukkk sikit. Tapi rasa dia sedap bhaiiii. Belacan kalau letak dalam certain masakan memang paduuuu, lagi umphhh! Siapa setuju?.

Guna Belacan + Ubat Gegat Untuk Halang Haiwan Per0sak Tanaman
Kehadiran monyet dan haiwan perosak lain di kebun mahupun laman bukan sekadar memusnahkan tanaman, malah membahayakan keselamatan. Kalau kebun sayur anda dah diserang khinzir, apa pun tak tinggal.

Monyet pula suka memusnahkan bukan sekadar tanaman, malah haiwan ternakan seperti ayam dan itik pun habis telurnya dicuri.

Kebiasaannya, langkah pencegahan yang paling berkesan adalah dengan menggunakan sejenis sebatian yang menyerupai bau kencing harimau yang terdapat di pasaran.

Kalau kita sembur cecair ini di sekitar parameter kediaman ataupun kebun, mesti haiwan-haiwan pemusnah dan perosak ini dah tak datang lagi.

Tapi, pati atau sebatian yang menyerupai bau kencing harimau ni bukan murah tau. Jadi sebagai pilihan, anda boleh cuba buat sendiri sebatian kencing harimau dari 2 bahan yang murah seperti yang telah dikongsikan oleh Fana Syuhud Fana

Bahan-bahan:
Belacan
Ubat gegat (Tak kisah jenama apa pun)

Cara-cara:
1.Bakar belacan untuk menaikkan lagi aromanya dan hancurkan jadi kepingan kecil
2.Hancur ubat gegat menjadi butiran kecil

3.Sediakan botol mineral yang telah di lubangkan di bahagian atas dan masukkan belacan dan ubat gegat tadi. Kuatitinya bergantung kepada anda. Banyak lagi bagus.

4.Tutup ketat botol dan ikat tali pada tengkuk botol sebagai tempat untuk gantung.

5.Letak botol yang berisi ubat gegat dan belacan tadi di sekitar kebun mahupun kediaman. Buat lah beberapa botol. Lebih banyak, lebih bagus.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber dari Lobak Merah via Gelombang Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *