Masuk je tandas terdengar bunyi bergesel-gesel atas lantai. Terus pergi tengok bunyi tu. Luruh jantung, lemah lutut nampak perempuan tu.

Aku Anne dan aku bru graduated dari salah sebuah universiti dekat pantai timur. Aku just nak share pengalaman aku dekat hostel uni aku dulu. Sejak kecil, aku mmg mudah untuk dengar benda2 yang orang lain tak adangar.

Macam bunyi orang nangis, tapak kaki orang bjalan dan banyak lagi. Tapi sejak aku masuk hostel ni aku dah start nmpk benda2 yang aku pun tak nak tengok sebenarnya.

Cite pertama toilet hostel
Satu malam ni aku pegi t0ilet dalam pkul 2 pagi kalau tak silap sebab masa tu memang orang xdak dalam t0ilet. Sunyi je. Then aku ada dengar benda bergesel gesel atas lantai t0ilet dekat bahagian belakang t0ilet dan nak dijadikan cerita, lampu belakang tu memang malap sikit, so dekat belakang tu mmg nmpk creepy skit.

Aku xtau jadi ape dekat aku masa tu, aku terus jalan laju je pegi belakang nak check bnde ape sebenarnya. Sebab selalu jadi macam ni, aku just dengar je, tp aku tak kan nampak ape2. Sampai je dekat bahagian belakang t0ilet tu, allah.

Rasa nak luruh jantung dan lemah lutut dibuatnya lepas aku nampak ada satu susuk tubuh perempuan ni pkai bju putih penuh darrah dan rambut pjg sdg meniarap elok je atas lantai. And benda yang aku xleh lupa adalah aktiviti yang benda tu dok buat. Hmmm.

Geli pun ade nak cite, alang2 dah luahan aku cite je la ye. Benda tu tengah jilat darrah yang ade dekat atas lantai t0ilet tu. Btw, aku pun xtau darrah tu dtg dari mana. Alhamdulillah aku xnampak muka benda tu, aku just nampak dia dari belakang.

Lepas tu aku terus patah balik jalan nak keluar t0ilet tu. Sepanjang jalan nak keluar t0ilet tu ada cermin panjang, so kita akan nampak diri kita masa jalan keluar. Time tu aku perasan ada something tgah tengok aku.

Aku just jeling tengok cermin tu. Allahu aku nampak diri aku yang tengah tengok aku sebenarnya. Korang faham x? Maksudnya masa aku jln tu aku just pandang depan je, tp bila aku jeling dekat cermin tu, muka aku dalam cermin tu menghadap ke arah aku.

Adoii, sambil senyum pulak tu. Masa tu aku pun menyumpah seranah dekat diri sendiri kenapa la berani sgt pegi sorang2 kt belakang t0ilet tadi. Pa dan muka ko Anne.

Cite kedua jalan2 lewat petang.
Masa ni dalam pkul 7 ptg. Aku dan kwn aku baru balik dari beli makan. And masa tengah dok jalan sambil borak2 kosong, kitorang ade dengar tapak kaki dekat belakang kitorang.

Macam ade orang jalan dekat belakang tp dia macam seret sikit kaki dia tu, then aku dan kwn aku serentak tengok belakang. Kwn aku cakap tak ada orang pun. Allah.

Aku rasa macam nak pitam masa tu, ape yang aku nampak, sorang pakcik tua pakai baju buruk dan xpakai kasut. Muka dia buruk sgt dan mata dia lain dari mata manusia biasa, mata hitam semua tp ada darrah keliling mata.

Mula2 aku ingat pakcik ni accdent or nak mintak tolong tp bila kwn aku cakap dia tak nampak apa2 so aku tau dah pakcik ni bukan manusia.

Korang tau, masa kwn aku toleh belakang tu, muka dia berhadapan dengan muka pkck tu. Jarak jauh dalam 2-3 cm je. Aduhh romantik la pulak kn, kalau la kwn aku nmpk pkck tu masa tu confirm dia pengsan sebab dekat sgt, jerawat pun bole nmpk.

Masa tu aku terus tarik tgn kwn aku balik hostel dan masa aku toleh belakang aku nmpk pkck tu still jalan tp slow2 dan dia tempang rupannya.

Dan aku rasa dia tau yang aku nampak dia, sebab dia lambai2 tgn kt aku masa tu. Hmm, nak lambai balik orang kata gila pulak dok. Haha, balik je hostel aku demam 3 hari.

Cite ketiga study lewat malam.
Aku stay up malam tu sampai pkul 3 pagi. Aku study sambil dengar lagu guna earphone dan bilik masa tu gelap just bukak lampu study je. Tgah syok study dan dengar lagu, tetiba lagu aku tukar sendiri dan bila aku tengok phone aku.

Allah… ada orang yang tengah main phone aku dan sudah semestinya orang tu bukan aku sebab aku x sentuh pun phone masa tu.

Aku nampak dia bukak lock phone aku, dia tekan next lagu yang aku tgah dengar, masa tu berdebar debar ya allah. Mmg menakutkn tp aku buat2 relax je aku tak nak dia tau yang aku takot, tp bila dia start bukak message dan taip message dekat aku.

Hoiii, ini dah melampau!! Yang sempat aku baca dia tulis ‘jangan la’n xsempat dia habiskn ayat dia tu terus aku off phone. Haha pa dan muka ko, beli la phone sendiri, nak jugak main phone aku. Lepas off phone terus aku simpan phone dalam laci dan aku tido.

Cite keempat selamat pagi dunia.
Macam aku gtau tadi, kem tu dijalankn dalam hutan tp kitorang x duduk dalam khemah. Kitorang duduk dalam bilik2 macam hostel tu. Satu bilik boleh 4 orang duduk sebab ade 2 katil dua tingkat.

Masa kitorang smpai, dah ptg dah masa tu dan malam tu just ade aktiviti yang light2 je. Ade briefing skit dan ceramah (bapak boring gila ceramah ni, aku ingat lagi. Hahaha).

Then hbis je smua tu, kitorang pun balik bilik masing2 dan terus tido. Mmg tido xjaga la, letih kn. Anneext morning tu, aku orang yang first bgun pagi. Xsilap aku dalam pkul 6 pagi.

Masa tu mmg aku rse tenang gila. Ye la hutan kn, dengan suasana yang hening, bunyi cengkerik dan adik beradik dia tu smua aku suka.

Calm dan peace gitu. Xtau kenapa aku tergerak hati nak pegi bukak pintu bilik aku pagi tu. Dengan rsa xbersalah dan yakinnya aku bukak pintu bilik sambil mengucapkn selamat pagi dunia yang indah.

Tetiba aku nmpk satu pokok besar dekat depan bilik aku. Yup, mmg ade pokok ni depan bilik aku mse aku smpai tadii, tp kali ni ade something yang xkena.

Aku tgok betul2 pokok tu dan aku perasan yang batang pokok tu nmpk putih dan cerah lain macam. Bila aku tgok lama2, aku rasa batang tu macam dibalut dengan kain putih sebab batang pokok tu bergerak gerak bila ditiup angin.

Then tiba2 aku rasa meremang. Xsedap hati, xsedap jantung, xsedap ginjal. Pendek kata xsedap semua la. Aku xnk tgok ape yang ade atas pokok tu sbnarnye tp disebabkn perasaan ingin tahu dan ingin mencuba aku tgok sekilas pan dan g.

Ya allah. Knape la aku suka buat bnda2 macam ni. Cari pasal betul la ko ni Anne. Aku nmpk sorang perempuan tgah tergantung dekat pokok tu dan baju dia panjang sgt.

Knape aku cakap pjg? Ye la, tadi kain putih yang boleh lilit satu batang pokok besar tu baju dia la. Huu. Cepat je aku pegang pintu nak tutup balik. Xsempat aku tutup, bnda tu dah start gerak dh.

Yang aku xley blah dia terbang pusing2 pokok tu (ye la kn, dah tadi bju dia lilit elok dekat btg tu, so now dia nak bukak balik lilitan tu la kot).

Aku dah ketar lutut dah, tmbh pulak habis je dia pusing2 tu terus dia dtg terpacak atas tanah depan bilik aku. Mak aii. Lpas tu aku pun xingat dah ape yang terjadi huhu. Ye la cmne nak ingatnya kalau dah pengsan.

Haha. Aku sedar masa kwn aku dtg kejut aku, dia cakap. Ko kenapa ni tido depan pintu? Huhu. Aku cakap perkara biasa ni. Sleepwalking. Haha. Tu la ko Anne selamat pagi dunia sgt. Amek sejibik.

Cite kelima jalan2 cari pasal.
Masa ni kitorang ade jungle trekking waktu malam. Bukan aktiviti burung hantu ye kwn2, kitorang just jln2 dalam hutan bsama kwn2 pada waktu malam with limited torchlight.

And macam yang kita tahu, if ade aktiviti dalam hutan masa waktu malam of course akn ada gangguan dri renjer hutan or pekerja2 diorang dekat sana.

So at that moment, aku set dalam mind aku, if aku nmpk ape2 malam ni mmg bnde tu adalah lakonan diorang semata mata. Then start je jungle trekking tu mmg kitorang kena kacau la dengan diorang.

Diorang pkai telekung lah, kain putih lah, belakon jd poc0ng lah. Macam macam. Bila kitorang dtg dekat je dekat diorang, diorang akn jerit untuk takotkn kitorang. Lepastu kitorang teruskn perjalanan.

Masa ni aku nmpk ade satu bnda warna putih tggi sgt smpai nak sama tingginya dengan pokok2 dalam hutan tu. Aku pun gtau la kt kawan aku, terer gila diorang berlakon jadi hantu tu. Tinggi gila kot, cane ea dorang buat.

Pastu kwn aku tnye dekat mane? Aku pun tunjukla ke arah bnda putih tinggi tu. Then kwn aku cakap, ko ni agak2la nak melawak pun Anne.

Mulai saat tu, aku dpt merasai yang bnda tu mmg xlawak. Anne aku bertekad yang aku xkkn tgok lagi bnda tu. Tapi cane aku nak jln lalu depan dia ni.

Berdebar debar hanya allah yang tau. Semua surah aku baca, berpeluh peluh dibuatnya. Alhamdulillah aku selamat sampai ke bilik malam tu. Aku rase bnda tu hantu galah kot. Aku xbrapa nak sure sebab aku xpnah tgok sbelum ni, ni 1st dan last time aku hrap. Haha

Cite keenam bunga2 khayalan.
Dekat kawasan hostel yang aku duduk tu ade satu tmn bunga yang cantik sgt. Macam macam bunga ade, warna warni. Wangi sgt bila lalu kt situ. And aku perasan ade sorang pkck ni slalu siram pokok, bersih2kn tempat tu. So aku rsa dia tukang kebun situ la kot.

Tapi aku xsempat nak pegi ke taman tu. Last day dekat sane, lpas kemas2 brg, aku cepat2 turun dan pegi kt tmn tu. Ye la, nak balik dah kn. Sampai je dekat taman tu aku nmpk pkck tu tgah potong2 ranting pokok kt situ.

Aku pun tegurla dia, cantik tmn ni pakcik, bersih. Byk bunga cantik dekat sni. Pkck keja sini ke? Pkck tu tkejut tgok aku, dia cakap adik nmpk tmn ni? Errr. Soalan apakah itu?

Tiba2 aku dgar kwn aku panggil nama aku. Pastu dia dtg tnye aku. Ko buat ape kt sni? Aku pun gtau la yang aku dtg nak tgok2 tmn bunga ni. Then kwn aku cakap tmn bunga ape? Bila aku toleh je belakang.

Allah… again. Dan again. Its happened again. Huu. Xde pun tmn bunga dekat situ sbnarnye, just ade tasik yang lama dah ditinggal kn. Xwangi pun sbnarnye.

Anne pkck tu pun tak ada. Huu, aku nmpk tmn bunga tu dri first day aku smpai situ kot. Smpai last day still aku nmpk. Kitorang dok sana 3 hari 2 malam, so 3 hari la aku berfantasi sorang2.

Hahahauntuk pengetahuan korang, aku tak nampak benda2 ghaib ni tiap tiap hari or tiap tiap masa. Just certain time je, dan aku xtau certain time tu bila. Hahaha. So tu jela story yang aku nak share dekat korang.

Tapi disebabkn ade reader yang cakap 3 cite je? So kali ni aku share satu extra story kt korang. Benda ni jadi time aku naik bas dri pantai timur ke negeri kelahiranku.

Cite akhir seat kosong.
Aku beli tiket single seat malam tu. Seat tu dok tgah2 dan bila aku masuk tu mmg dah ade orang dekat seat belakang aku. Tapi seat depan aku kosong tak ada orang. Then bas tu start gerak dan berhenti banyak tempat untuk ambik orang.

About 2 hours after perjalanan, aku jenguk seat depan aku still kosong. Masa tu mmg aku rsa seat tu akn kosong la sebab bas pun xkkn berhenti ambik orang dh. Aku pun letak beg aku dekat atas seat depan tu.

Lepas tu, aku dah start ngantok, dah nak pejam mata, tetiba seat depan aku turun sendiri. Maksud aku macam ade orang tekan button dan tolak belakang seat tu macam nak tido tu.

Korang faham kan? Seat tu turun smpai kena lutut aku kot. Adoii. And at that time, aku tak nampak sapa sapa pun yang duduk dekat seat depan aku tu, just ade beg yang aku letak tadi je.

Anne smua orang dalam bas tu pun dah tido dh, bas pun dah tutup lampu dh. Huhu. Masa tu aku pun xtau nak buat apa. Seram la jgak, gila tak seram. X normal nmanya tu. Haha.

Then aku rsa macam aku dah kacau tempat ‘someone’ yang seat depan aku ni. So, slowly aku ambil balik beg aku dan aku cakap ‘soryla, ingatkan tak ada orang tadi’… hee, aku harap dia terima maaf aku tu. Dalam 5 mnit kemudian, seat tu slowly naik balik sendiri.

So the moral value is, jangan sesuka hati kacau seat orang kay. Okay guys. Aku dah penat taip dan lapar pulak rasa. Haha, aku harap korang enjoy dengan stories aku ni. Xlarat la nak taip lagi. Enjoy ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *