Kisah Misteri Kemunculan Semula Kapal Terbang Ini Selepas Hilang Hampir 55 Tahun

Pada tahun 1995 dunia digemparkan dengan berita tentang kemunculan semula sebuah kapal terbang jenis DC-3 yang hilang pada tahun 1939 berikutan laporan daripada sebuah akhbar iaitu Weekly World News pada tahun tersebut.

Penerbangan DC-3 dari Rio de Janeiro ke Havana itu telah hilang, dan hanya muncul 55 tahun selepas itu, mendarat di lapangan terbang Bogota, Colombia, pada disember 1994.

Kapal terbang tersebut membuat pendaratan tanpa menghubungi pusat kawalan trafik udara dan hampir bertembvng dengan sebuah kapal terbang yang lain.

Pihak keselamatan bergegas ke lokasi, dan telah menemui sesuatu yang menakjubkan, dimana terdapat 36 rangka manusia didalamnya. Bagaimana sebuah kapal terbang yang hilang pada tahun 1939 dan muncul pada tahun 1994, membuat pendaratan selamat, dan hanya rangka manusia didalamnya?

Memetik laporan daripada Herman Guevara yang merupakan salah seorang daripada 100 orang pakar penerbangan yang menyiasat fenomena ini:

“Misteri yang sangat hebat, sejak kehilangan kapal terbang DC-3 pada tahun 1939, mereka mendarat, dan menemui 36 rangka manusia, kopi yang masih panas, dan jenama rokok Old Gold yang sudah lama tidak wujud.

Salah seorang penumpang mempunyai surat khabar bertarikh 16/04/1939, tetapi telah kekuningan serta masih berbau cetakkan.

“Saya berharap agar dapat memberi penjelasan kepada fenomena ini, tetapi saya juga seperti mereka yang lain, tidak dapat merungkai perkara sebenar disebalik kejadian ini.”

Selain dari mereka yang mendakwa kapal terbang tersebut telah merentasi masa, separuh dari pakar tersebut juga mempercayai bahawa fenomena ini mempunyai kaitan dengan makhluk asing (Alien).

Dimana secara logiknya pendaratan secara automatic adalah mustahil, dan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan satu alat kawalan jauh yang besar untuk mendaratkannya.

8 kes kehiilangan pesawat penuh misteri dalam sejarah

Air France Flight 447
Pesawat Air France Flight 447 berlepas dari Rio de Janeiro menghala ke Paris pada 31 Mei 2009 hilang hubungan dengan menara kawalan sekitar enam jam kemudian.

Bangkaii pesawat hanya ditemui selepas dua tahun bersama-sama perakam data dan sebahagian besar myat mangsa. Kesemua 228 krew kapal dan penumpang dilaporkan terk0rban.

Pihak berkuasa Perancis beranggapan pembekuan ais mengganggu pelarasan kelajuan kapal terbang lantas menyebabkan sistem autopilot terputus hubungan.

Helios Airways Flight 522
Pada tahun 2005, anak-anak kapal Helios Airways Flight 522 dikatakan telah mengabaikan semua transmisi radio walaupun telah menyimpang sedikit dari haluannya iaitu dari Cyprus ke Greece.

Selepas 19 percubaan untuk menghubungi pesawat gagal, dua jet F-16 berlepas untuk memeriksa keadaan. Kedua juruterbang mendapati kerusi juruterbang tidak diduduki manakala pembantu juruterbang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Topeng oksigen dilihat tergantung dari siling.

117 penumpang dan krew kapal dilaporkan sesk nafas beberapa jam selepas pesawat berlepas. Sistem autopilot terus menerbangkan Helios Airways Flight 522 sebelum terhmpas di lereng bukit di Greece.

Boeing 727-223
Boeing 727-223 dilaporkan hiilang di ruang udara Luanda, ibukota negara Angola. Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Quatro de Fevereiro pada 25 Mei 2003 dan menghala ke Burkina Faso.

Terdapat laporan bercanggah mengenai jumlah individu yang menaiki pesawat itu namun jurutera penerbangan, Ben Charles Padilla dipercayai salah seorang daripadanya.

Pesawat itu dikatakan berlepas dengan lampu yang tidak menyala serta transponder yang tidak berfungsi. Boeing 727-223 tidak pernah dijumpai malah tiada sebarang maklumat mengenai lokasinya diketahui sehingga kini.

Egyptair Flight 990
Egyptair Flight 990 pada mulanya dijadualkan berlepas dari Los Angeles, membuat persinggahan di New York sebelum meneruskan penerbangan ke Kaherah pada 31 Oktober 1999.

Namun pesawat jenis Boeing 767 itu dilaporkan terhmpas di lautan Atlantik selepas terjvnam hampir 14,000 kaki dalam tempoh 36 saat.

Pihak berkuasa Mesir menyatakan kegagalan mekanikal menjadi penyebab utama namun pergelutan dalam kokpit serta kes bvnuh diiri juruterbang atau pembantu juruterbang turut dimainkan sebagai teori n4has.

Aer Lingus Flight 712
Siasatan rasmi merangkumkan satu insiiden luar biasa menyebabkan n4has Aer Lingus Flight 712 pada tahun 1968 yang meng0rbankan 61 orang.

Pemeriksaan terhadap ekor kiri pesawat mencadangkan satu lekuk terhasil dari hent4man yang kuat. Pada mulanya dianggarkan pertembungan dengan seekor burung menyebabkan perkara itu berlaku namun beberapa saksi mendakwa melihat misil British men3mbak jatvh pesawat penumpang itu.

Kerajaan British menafikan penglibatan mereka dalam n4has berkenaan namun bukti terkumpul tidak menolak andaian yang sama.

British Stardust

Kehilangan pesawat British Stardust hampir tujuh dekad lalu menjadi berita hangat lantaran usaha mencari dan menyelamat menemui jalan buntu. Pesawat malang itu berlepas dari Buenos Aires dan menuju ke Chile pada 2 Ogos 1947.

British Airdust
Lima krew kapal beserta enam penumpang dilaporkan terk0rban dalam insiiden pada 1947 itu. Pencarian tetap diteruskan selama 50 tahun dan akhirnya pada 2000 b4ngkai pesawat ditemui tertiimbus mendap dalam glasier di kawasan pergunungan Andes di Argentina.

Kod Morse terakhir yang dihantar Stardust adalah perkataan ‘STENDEC’. Maksudnya masih dianggap misteri sehingga ke hari ini.

Flight 19
Penerbangan 19 merujuk kepada lima angkatan pengebom Tentera Laut Amerika Syarikat yang hiilang di luar pantai Florida pada 5 Disember 1945. Seorang jurulatih penerbangan bersama empat juruterbang lain mengemui angkatan itu.

Transmisi terakhir radio menunjukkan bahawa angkatan Flight 19 sesat apabila kompas didapati tidak berfungsi. Hubungan terputus sebelum masalah utama dikenalpasti mahupun diselesaikan.

Pesawat peronda yang dihantar untuk mencari juga turut hilang. Tiada kesan mahupun petunjuk ditemui yang boleh menjurus kepada perjumpaan angkatan Flight 19.

Pesawat Tentera Udara Diraja British
Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja British yang sesat terh3mpas di padang pasir Sahara, Mesir pada 28 Jun 1942. Pesawat jenis P-40 Kittyhawk itu dianggarkan hilang ekoran usaha mencari gagal membuahkan hasil.

Pada tahun 2012, seorang pekerja syarikat petroleum menemui b4ngkai pesawat terbabit selepas tujuh dekad nahas berlaku. Sebahagian besar pesawat masih dalam keadaan yang baik dengan fiuslaj, sayap, ekor dan kokpit tidak terlalu terjejas. Namun tiada perkhabaran mengenai juruterbangnya mahupun punca nahas.

Amelia Earhart
Kehiilangan pesawat yang dikemudi Amelia Earhart merupakan salah satu misteri paling popular dalam sejarah penerbangan dunia.

Juruterbang berusia 39 tahun itu berazam untuk menjadi wanita pertama terbang mengelilingi dunia pada tahun 1937 menaiki menaiki pesawat Electra yang dikuasakan dwi-enjin.

Transmisi radio dan laporan terakhirnya kurang jelas dan tidak dapat ditafsir maksudnya. Kerajaan Amerika Syarikat menghentikan pencarian selepas usaha mencari yang menelan belanja AS4juta dan meliputi 250,000 batu persegi lautan gagal menemui apa-apa petunjuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *