“Kereta berhantu tagih nywa”. Lima pemilik, meniggal secara misteri selepas menaikinya

Trag3di tidak diduga ini bermula pada pagi 28 Jun 1914. Pasangan diraja, Franz Ferdinand bersama isterinya dit3mbak mti sewaktu berada di dalam kereta ketika sedang mengadakan kunjungan ke Sarajevo yang ketika itu merupakan wilayah dalam kekuasaan Austria.

Franz merupakan pewaris raja Austria-Hungary. Kem4tiannya telah menyebabkan pengisytiharan p3rang oleh Austria terhadap Serbia yang akhirnya mencetuskan Perang Dunia Pertama.

Namun, bukan kisah Franz yang hendak diceritakan, tetapi kereta berkapasiti enam penumpang yang dipandu sewaktu aj4lnya tiba. Sejak kali pertama meragut ny4wa bangsawan diraja itu, kereta ini terus menagih mangsa.

Kereta ini dibina pada tahun 1910. Ia direka khas dengan bumbung terbuka untuk kegunaan keluarga diraja. Asalnya ia dimiliki oleh Count Franz Von Harrach, seorang pegawai dalam pengangkutan tentera Austria.

Pada hari kejadian, kereta yang asalnya berwarna merah itu dipinjamkan untuk kegunaan pasangan diraja itu melawat Sarajevo. Selepas kem4tian Franz, kereta itu digunakan oleh seorang jeneral Austia.

Malang mula menimpanya. Bukan saja mendapat malu kerana tenteranya kalah dalam medan peperangan, jeneral itu mengalami masalah mental dan m4ti dalam keadaan gila.

Kemudian, kereta itu diambil oleh seorang kapten ketenteraan. Sewaktu sedang memandu, dia telah melanggar dua orang petani dan menyebabkan keretanya terbabas dan merempuh pokok. Ketiga-tiga mereka menemui aj4l.

Kereta itu telah berpindah kepada pemilik baru iaitu seorang Gabenor Yugoslavia. Semasa dalam tempoh menggunakan kereta tersebut, gabenor itu telah mengalami empat kemalangan berasingan yang turut meng0rbankan sebelah lengannya.

Akhirnya dia tidak mahu terus menyimpan kereta itu kerana berpendapat ia telah ‘disumpah’ dan sesiapa yang menggunakannya akan mendapat musibah.

Temannya Dr. Srikis tidak percaya lalu membeli kereta itu. Hanya dalam tempoh enam bulan menggunakannya, doktor itu terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kereta itu terbalik lantas meragut ny4wanya.

Seorang peniaga barang kemas yang kaya raya kemudian membeli kereta itu. Pun tidak lama apabila kemudiannya dia membvnuh diri. Sekalipun dikaitkan dengan ‘badi’, kereta itu masih menggamit pembeli. Pemilik baru, seorang pelumba kereta berbangsa Swiss.

Dia turut kem4langan dalam satu perlumbaan ketika memandu kereta tersebut. Dia menemui aj4l apabila tubuhnya tercampak keluar lalu terhentak pada dinding batu.

Tidak lama untuk kereta itu berehat apabila mendapat pemilik baru, seorang petani berbangsa Serbia. Kerana kereta itu ada masalah untuk dihidupkan, dia mahu menunda kereta itu untuk dibaiki.

Entah bagaimana tiba-tiba kereta itu tersengguk-sengguk lalu meluncur dan melanggarnya sehingga menyebabkan petani itu terbvnuh.

Tiber Hirshfield, merupakan orang terakhir yang menjadi pemilik kereta ‘penagih ny4wa’ itu. Sewaktu pulang dari majlis perkahwinan seorang rakan, Tiber memandu kereta itu.

Turut sama empat rakan baiknya. Sewaktu sedang memecut untuk memotong kenderaan lain, tiba-tiba kereta itu hilang kawalan menyebabkan kereta itu berpusing-pusing dan akhirnya berlanggar dan meragut ny4wa kesemua lima orang sahabat itu.

Satu demi satu kem4tian yang dikaitkan dengan kereta itu. Akhirnya pihak berkuasa tidak membenarkan lagi kereta itu bertukar pemilik baru. Sebaliknya, kereta itu ditempatkan di sebuah muzium di Vienna untuk pameran.

Jika ada pengunjung yang bertanya bolehkah mereka memanjat naik ke dalam kereta itu, jarang petugas muzium mengizinkan. Jelas petugas itu, kereta itu telah mencetuskan peperangan Dunia Pertama yang telah meng0rbankan lebih 20 juta ny4wa.

Setiap pemiliknya pasti akan ditimpa bencana dan menemui aj4l. Kereta masih ‘berhantu’ dan tidak akan pernah berhenti menagih ny4wa jika ada sesiapa yang cuba menaikinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *