“Dia akan mengejar mangsanya dengan meluruskan tangan ke hadapan sambil melompat seperti pocong” – Jiangshi Puntianak Cina

Rambutnya panjang mencecah pinggang dan ditocang ke belakang, wajahnya pula pucat manakala kukunya panjang, tajam serta berwarna kehitaman.

Seperti yang biasa dilihat di kaca televisyen, hantu cina itu akan mengejar mangsanya dengan meluruskan tangan ke hadapan sambil melompat seperti pocong.

Memakai pakaian tradisional daripada sutera yang dipanggil Changsan serta perhiasan kepala, hantu tersebut lebih dikenali sebagai Jiangshi dalam lagenda masyarakat Cina.

Berdasarkan mitos, Jiangshi ialah orang yang telah mti tetapi tidak melalui upacara pengebumiian yang sempurna. Ada juga versi yang mengatakan Jiangshi dihidupkan semula dalam upacara Xiangxi Ganshi.

Ini bagi membolehkan myat tersebut mencari jalan ke tanah perkuburan. “Ia satu kaedah kuno yang diamalkan oleh masyarakat Cina terdahulu sekiranya ada saudara mara mereka mti jauh daripada pangkuan keluarga.

Sekiranya ahli keluarga tidak mampu menyewa kenderaan untuk mengambil myat berkenaan, mereka akan mengupah seorang sami yang mengamalkan ajaran Tao untuk menghidupkan myat tersebut,” kata seorang penduduk tempatan.

Menurut mitos itu lagi, Jiangshi akan dibebaskan untuk mencari jalan pulang pada waktu malam. “Loceng akan dibunyikan terlebih dahulu sebagai pemberitahuan kepada orang awam supaya mereka dapat bersembunyi di dalam rumah.

Ia dikatakan petanda malang jika mereka terserempak dan bertentangan mata dengan Jiangshi ketika lembaga itu sedang berkeliaran,”katanya.

Upacara Xiangxi Ganshi yang bermaksud ‘membawa pulang mayat’ dilakukan supaya roh si mati dapat disemadikan di tempat asalnya agar dia tidak berasa rindu terhadap kampung halamannya kelak.

Sembunyi ditempat yang gelap
Jiangshi memperoleh namanya daripada perkataan ‘Jiang’ yang bermaksud keras atau kaku dalam bahasa Mandarin. Menurut kepercayaan, ekoran tidak mampu menggerakkan sendi-sendi yang keras.

Jiangshi bergerak secara melompat dan ia dikatakan boleh menyerap tenaga kehidupan yang dipanggil ‘qi’ daripada masyarakat di sekelilingnya.

Tidak seperti puntianak, Jiangshi tidak menghisap drah atau memerlukan drah untuk hidup selama-lamanya. Pun begitu, terdapat versi berbeza dalam menggambarkan Jiangshi sebagai myat hidup yang gemar menghisap drah manusia.

Menurut seorang cendiakawan China, Ji Xiaolan dalam bukunya yang berjudul Yuewei Caotong Biji, hantu itu dipercayai wujud pada abad ke-18 ketika zaman Dinasti Qing.

Jiangshi memperoleh namanya daripada perkataan ‘Jiang’ yang bermaksud keras atau kaku dalam bahasa Cina Katanya, memandangkan Jiangshi bersifat seperti zombi.

Ia akan bersembunyi dalam keranda atau tempat yang gelap seperti gua pada waktu siang dan keluar mencari mangsa pada waktu malam.

“Tidak ubah seperti puntianak, Jiangshi membvnuh mangsanya dengan menggigit leher bagi menyedut keluar drah. Ia dikatakan suka meminum drah manusia untuk menyedut ‘qi’.

Mangsanya juga dipercayai akan berubah menjadi Jiangshi apabila sudah tidak bernyawwa,” jelasnya. Seperti dipetik buku tersebut, Xiaolan memberitahu, myat yang kembali hidup dan bertukar menjadi Jiangshi boleh jadi orang yang baru sahaja mti lalu kembali hidup atau myat yang telah dikuburkan tetapi tidak membusuk.

“Myat yang tidak busuk mungkin disebabkan oleh komposisi kimia di tanah perkuburan yang tidak sesuai dengan organisma hidup sehingga tiada bakteria yang hadir dalam proses pereputan.

“Rambut dan kuku tumbuh semakin panjang dan lama-kelamaan, myat akhirnya bertukar kepada Jiangshi dari semasa ke semasa. Ada juga kepercayaan yang mengatakan ilmu hitam digunakan oleh ahli sihir untuk menghidupkan kembali orang mati menjadi Jiangshi.

Takut cermin
Selain itu, orang yang mti membvnuh diri sehingga rohnya terperangkap dalam tubuh sendiri juga boleh bertukar kepada Jiangshi.

“Ada kepercayaan lain yang mendakwa myat yang tidak dikuburkan dengan sempurna, ia boleh hidup semula jika disambar petir atau sekiranya ada kucing hitam melintas diatasnya.

Myat ini kemudiannya menjadi Jiangshi dalam kepercayaan kuno masyarakat Cina,” katanya. Berdasarkan kepercayaan, sekeping kertas azimat yang sudah dibacakan jampi serapah diletakkan di dahi Jiangshi supaya ia patuh pada arahan sami.

Bagi menjauhkan gangguan Jiangshi, sekeping papan berukuran 15 sentimeter yang hujungnya dipaku diletakkan dibawah pintu untuk menghalang Jiangshi daripada memasuki rumah.

Kertas azimat ditampal pada dahi Jiangshi agar ia patuh pada arahan sami yang menyerunya bangkit daripada kemtian. Cermin juga dikatakan boleh menakutkan-nakutkan Jiangshi kerana ia dikatakan takut melihat refleksnya sendiri.

Selain itu, Jiangshi dikatakan takut pada kokokan ayam jantan selain penyapu dan kapak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *