Hari adik meniggal, org yang “buat” adik aku, datang rumah macam biasa. Semuanya berubah 360 darjah lepas tu.

Dah lama aku simpan kisah ni. Kisah di mana adik aku dishir. Soalnya, wujud ke benda-benda macam ni zaman sekarang? Adik aku orangnya di senangi ramai. Itu yang aku tahu la.

Selama ni, tak pernah aku dengar dia bermusuh / bergduh dengan sesiapa.Aku kakak kepada 5 adik beradik.Yang aku nak ceritakan ini mengenai adik perempuan aku yang nombor 3,kira anak ke-3 dari adik beradik kami.

Dia berkawan dengan husband dia dah lama. Alhamdulillah jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin. Selama berkawan tak pernah aku nampak atau tahu yang dia tidak disukai oleh keluarga mertua dia.

Hurmmm.. husband dia boleh dikatakan anak yang mendengar kata. Sebab adik beradik yang lain tu jenis tak ambil kisah pun hal mak bapak sendiri. Kebanyakkannya mengharapkan husband adik aku.

Selepas berkahwin, mereka duduk menyewa sendiri. Aku tak nafikan yg adik aku dan husband dia jarang bermalam di rumah mertua. Sebab jarak antara rumah dorang pun dekat.

Jika nak bermalam, tiada bilik kosong pun untuk dorang. Selepas beberapa bulan kahwin, adik aku disahkan pregnant. Dah tentunya berita gembira bagi semua orang kan? Untuk mertua dia, wallahualam, aku tak tahu.

Nak dijadikan cerita, masa pregnant, adik aku skit. Sampailah ke bersalin. Selepas bersalin, “skit” adik aku makin teruk. Bermula dari situlah kami tahu kisah shir tu. Aku bukan tak percaya benda-benda ni.

Aku tahu semua tu wujud. Bahkan ada diantara ahli keluarga yg lain pernah terkena. Dan dah pernah berubat. Pergi hospital, tiada skit yg dapat dikesan.

Berubat rawatan Islam, lain pula kisahnya dan Alhamdulillah ahli keluarga yg terkena tu sembuh.So macam mana aku nak menafikan semua ni bila benda ni terjadi pada adik aku?

Ianya di kesan selepas adik aku cuba mendapatkan rawatan Islam melalui seorang sahabat. Kata sahabat tu, ada “benda” pada gambar mereka (adik aku dan husband dia).

Dalam masa yg sama, keadaan adik aku ketika itu dah pun truk. Satu persatu jadi yg membuatkan kami satu keluarga rasa dia memang dah terkena.

Kami decide untuk bawak dia berubat dgn org yg pernah berubatkan ahli keluarga aku yg pernah terkena gangguan shir ni. Kata ustaz tu, dah lama “benda” tu ada pada adik aku.

dari zaman bujang lagi org tu cuba pisahkan mereka. Tapi mungkin Allah swt tak izinkan, apa yg dia buat tu tak berjaya sampai lah adik aku berkahwin.

Dan selepas bersalin, dia teruskan lagi misi dia dan semua sedia maklum, badan org lepas bersalin selalu dalam keadaan lemah. Agak mudah untuk terkena gangguan.

Seperti biasa, ustaz yg ubatkan org takkan beritahu siapa punya kerja. Tapi kata ustaz, org yg buat tu, org terdekat, tak jauh pun.. bukan orang lain katanya.

Tapi hint-hint yg dia bagi menguatkan lagi firasat hati mak bapak aku. Mak bapak aku bukan la jenis yg suka tuduh org sembarangan. Salah tuduh, tanggung la azabnya nanti.

Tapi terlalu banyak kejadian yg jadi sepanjang adik aku skit, yg membuatkan mak bapak aku rasa, dia adalah orang nya.

Sampailah satu hari tu, kesihatan adik aku makin drop, dan ada pulak kejadian pelik berlaku kat rumah kami.. dan mak bapak aku tak semena terus berjumpa dgn ustaz tu.

Tak tertanggung dah kata bapak aku. Lepas berjumpa, barulah tahu kisah yg sebenarnya. Mak bapak aku orgnya tabah dan kuat. Kenapa aku ckp macam tu?

Dorang tetap tenang lepas tahu kisah sebenar. Kata dorang, biarlah orang buat kita. Kita jangan buat orang. Kita doa banyak2 kat Allah swt moga dia bertaubat kata mak aku.

Dan masa tu apa yg kami boleh buat ialah sentiasa mendoakan kesihatan adik aku. Tapi, Allah swt lebih sayangkan adik aku. Adik aku pergi jua mengadap Ilahi. Hari dia meniggal, org yg dikatakan “buat” adik aku datang rumah macam biasa.

Yela..org terdekat kan..mestilah datang.. Tapi, nampak betul perubahan ketara org tu. Datang, duduk tanpa sebarang kata. Kami sekeluarga tidak dipandang. Tak bertegur. Walau aku ada je disebelah dia.

Sedangkan selama hari ni, bila berjumpa, berpeluk, laga pipi bagai. Tapi tidak masa hari adik aku meniggal. Semuanya berubah 360 darjah. Macam tak pernah kenal sebelum ni.

Aku? dalam hati aku yg ada hanya perasaan mrah. Mrah yg sampai aku rasa nak balas semua benda yg dia dah buat dekat adik aku. Dekat keluarga aku. Tapi tu lah..Kita ada Allah swt. Macam mana sabarnya mak bapak aku, macam tu jugak la aku cuba ikut.

Mak aku tegur dia masa tu. Tapi sikit pun dia tak pandang mak aku. Mak aku ke yg buat salah dgn dia? Dengan aku adik beradik apa tah lagi. Pandang pun tidak.

Setitis airmata pun takde pada dia. Yang aku nampak, muka puas hati adalah. Tak pe lah. Dah “menang” kan..? Dia dah dapat balik kot apa yg dia hilang selama hari ni.. iaitu anak lelaki dia. So korang boleh agaklah siapa punya kerja kan..

Beberapa hari lepas arwah adik aku pergi, dia ada datang rumah. Nak melawat cucu.. Dengan penuh drama bersalaman dengan family aku. Tiba turn aku, dia cium tangan aku.

Apa jadahnya org tua cium tangan aku? Dan terpacul la dari mulut aku “Eh ada pulak org tua cium tgn org muda? tp dalam hati aku berkata2, ko nak aku maafkan ko dgn apa yg dah jadi ke?.. tp tu semua dalam hati je la..

Masa tu dia hanya jawab “Eh tak Dela. saja. dah macam anak sendiri. ” katanya. Ada ke mak bapak cium tangan anak lepas salam? Aku tak pernah nampak. Kalau ada, bagitahu aku ye.

Sampai sekarang, aku terbayang2 lagi apa yg jadi selama hari ni.. Dan aku seboleh2 sentiasa berfikiran positif pasal org tu. Dan aku juga sentiasa mengelak dari berjumpa dgn dia.

Aku hanya mampu doakan semoga dia bertaubat sebelum nyawa dia ditarik. Dan janganlah dia cuba untuk mengganggu keluarga aku semula.Cukuplah dengan apa yg dah dia buat pada adik aku.

Pasal shir tu, bapak aku selalu pesan..setiap semua yg jadi, sentiasa ada izin dari Dia swt. Kita sebagai manusia, kalau di uji macam ni, kena sentiasa tabah dan kuat.

Dan jangan sekali2 membalas. Balas2 ni kerja Allah swt, bukan kerja kita. Kita doakan je la untuk orang tu.. Terima kasih korang sebab sudi baca kisah ni. Tolong doakan juga semoga keluarga aku sentiasa dilindungi oleh Nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *