“Rupanya Perut Dhalia Dah Xbole Hadam Susu Ibu” –Terdetik Pakaikan Anak Baju Putih, Bayi ‘Pergi’ Selepas 56 Hari, Luahan Ibu Buat Ramai Sebak

Siapa tidak sedih apabila anak yang dikandung 9 bulan pergi terlebih dahulu sebelum ibu bapanya. Dhalia Nur Imanni yang baru berusia 56 hari disahkan mempunyai masalah kebocoran pada injap jantung ketika dalam kandungan lagi.

Pada awalnya, ibu ini tidak sedar memandangkan anaknya menjalani kehidupan normal seperti bayi lain. Suatu hari, anaknya tiba-tiba lemah longlai dan biru. Luahan ibu ini buat ramai sebak. Semoga terus tabah.

Kisah sehari sebelum anak pergi. Dhalia Nur imanni dalam kenangan.
Assalamualaikum Hari ni baru ibu ada kekuatan… Bukan untuk meratapi pemergian anak syurga ibu.. Cuma ini rentetan betapa mudahnya dhalia pergi.

Sehari sebelum dhalia pergi. ibu perasan dhalia macam letih. x aktif seperti biasa. tapi ibu xterfikir pon yang dhalia sebenarnya tak sihat. dhalia tak nak menyusu.

dhalia tak nak bermain macam biasa. ibu ingat dhalia penat sebab x cukup tdr. walhal malam tu dhalia tidor lena sangat.

ibu n abah memang x terfikir langsung dhalia tengah menahan sakit waktu tu… Sebab dhalia lahir sihat walafiat… Cukup bulan… Sempurna.

Sepanjang 56 hari dhalia hidup. dia sihat.xde sebarang masalah pape. pembesaran dia pon normal. berat badan dia naik cantik. ndan paling istimewa pasal dhalia.

seawal umur seminggu dia dah pandai senyum bila ibu abah agah dia. bila ibu panggil nama dhalia nur imanni… Ibu berpantang sendiri buat pertama kali bila lahirkan dhalia.

terlalu senang jaga dhalia. anak yang baik, kuat dan tak banyak ragam. sumpah dhalia memang budak yang baik. murah dengan senyuman

Semasa Dhalia umor sebulan, ibu perasan yang kuku dhalia selalu biru, ibu n abah ingat dhalia mungkin sejuk, dhalia kerap berpeluh di dahi, ibu n abah ingat Dhalia panas sebab cuaca sekarang panas.

Ibu nampak Dhalia selalu tercungap2 bila susu. ingt kan i susu ibu laju sangat sampai dhalia mengah bila menyusu…

Sumpah sayang… Ibu n abah tak terlintas walaupon sebesar zarah pon yang dhalia sebenarnya sedang bertarung nyawa untuk hidup. terima kasih anak…

Sebab sepanjang hayat dhalia dia xde menunjukkan sebarang tanda pon yang dia tak sihat. rutin harian Dhalia seperti biasa. pagi bangun mandi, susu, main sekejap, bersembang senyum² pastu dhalia tidur.

selalunya dhalia akan tdr sendiri. kadang2 tengah bersembang pon dhalia bole tertidur. allahu. mudahnya sayang. Pada malam sebelum kejadian tu, Dhalia berak.

Bapak bnyak jugak la. dan abah tukar pampers dhalia. Nampak muka Dhalia masalah lega sangat. dan dhalia kembali ceria seperti biasa. main2 n dhalia tdr.

malam tu selepas abah tukar pampers Dhalia. ibu pakai baju tdr serba putih untuk Dhalia. Ibu xtaw kenapa. tergerak hati nak pakaikan serba putih..

selalunya baju tu ibu macthing dengan stoking hijau. xtaw kenapa malam tu ibu macthing warna putih. nampak cantik n bersih sangat malam tu.

dan sebelum tidor macam biasa ibu bedungkan Dhalia pon ngan lampin serba putih. selalunya lampin yang ada corak. Selepas siapkan Dhalia. ibu tetiba perasan yang Dhalia dh besar sangat.

baju putih tu pon macam dh sendat dah. Terlanjur ibu bgtaw abah. “bah. Dhalia dh besar dah. xmuat dah nak pakai baju ni. Lepasni bole la basuh² simpan”. pastu tetiba ibu terdetik. aihh kenapa pulak ibu cakap macamni.

Anak semakin pucat dan biru
17-04-2019. Rabu, hari Kejadian. Dhalia bangun seperti biasa pagi tu kol 630 pagi. selepas siapkan kakak nak ke sekolah. ibu susukan dhalia sprti biasa. lps susu dhalia ceria sangat. 10mini kemudian dia tdr lena sangat masa tu

Pastu kol 9 dhalia terjaga nak susu. tapi dia minum sikit je. dan dia sambung tidor semula. ibu pon seperti biasa sambung kemas rumah. tapi pagi tu ibu rasa lain sangat. ibu x sedap hati.

buat kerja semua x sempurna. X menjadi. nak kata berdebar2 tengok dhalia tidor lena je macam biasa. phea pon ok je. tp hati berdebar2 je dok ingatkan dhalia xtaw kenapa. 1001 rasa ada. risau, takut, berdebar2, macam² ada

Tapi ibu pikir positif. xde pape pon. anak2 n suami semua sihat je… kol 10 pagi tetiba dhalia menangis. kuat sangat, Lain macam dia nangis. Masa ibu angkat dhalia tu.

Dia nangis kuat sanagt n badan dia berpeluh².. pastu dhalia berak.. berak pulak banyak yang amat sangat..masa nangis tu dhalia pandang ibu..

Seolah2 dia nak bgtaw sesuatu.. dia genggam tangan ibu kuat sangat..ibu sempat tukar kan pampers dhalia.. masa tu tuhan je yang tahu..

dhalia tetiba lemah longlai..terkulai layu.. dhalia mengerang macam dia sakit sangat waktu… Ibu memang panik waktu tu..

Ibu call abah suh balik sekarang sebab nampak dhalia semakin biru n suara semakin perlahan.. waktu tu dhalia dh nyawa² ikan.. ibu berlari ke klinik desa sebelah blok perumahan ibu.. waktu tu ibu memang panik sangat.. sampai d KD abah dhalia sampai.

Terus bawakan dhalia ke kecemasan Hospital Tengku Anis.. sampai kat sini Dr terus cek n intube sebab dhalia dah lemah sangat.. lepas tu Dr bagi ubat tidor bia dhalia rehat..

sebab oksigen dia kurang masa tu.. dlm sejam lebih kurang dhalia dah stabil.. lega sangat2 waktu tu.. syukur alhamdulillah sangat.. dhalia kuat..

lepas tu Dr buat xray n scan jantung dhalia.. n result dia amat mengejutkan sangat.. rasa mcam..Allah… Ujian apakah ini..

Dr cakap jantung dhalia bengkak sangat n paru² dia pon dh ada jangkitan kuman. Dr cakap dari apa yang dia cek, jantung baby membesar sebegitu rupa bukan dalam masa sehari 2,mungkin dah lama dah jantung dia bengkak sikit².

Bila sampai 1 tahap jantung dia dh xleh nak bertahan n dhalia tetiba colleps, x cukup oksigen dalam badan. dan Dr sahkan dhalia ada masalah pada injap jantung.. ada 1 kebocoran pada injap dia dari dalam kandungan lagi..

dan kebocoran tu terlalu kecik. sehingga sepanjang hayat dhalia Dr tak dapat detact. kami berserah n redha dengan ujian ini.. dhalia mampu bertahan xkan ibu n abah xleh jadi kuat…

Allahu… Kuatnya kamu anak.. kuat nya kamu berjuang untuk hidup, bertahan demi melihat ibu abah bahagia.. kuat sangat langsung x tunjukkan yang dia sakit… Dia sihat..

Lepas dah bincang ngan dr n pakar.. dr terpaksa transfer dhalia ke icu usm.. kerana kat sana ada pakar kanak² n pakar jantung.. sampai kat red zone usm.. pakar sambut dhalia dengan xde nadi dah..

dr bagitau ibu yang dhalia tengah kritikal untuk kali ke2.. andai jadi pape ibu kena redha.. Dr cuba yang terbaik.. dr buat cpr selama 15/20 minit, dan nadi dia kembali..

Tapi sekejap je.. ibu dh lemah longlai dh masa tu.. dan Dr mintak izin ibu n abah.. nak cuba cpr sekali lagi atau xnak.. kami izin kan dengan harapan dhalia akan kembali kepada kami seperti semalam.. sihat macam biasa..

Tapi ketentuan Allah siapa dapat menghalang.. Allah dah tentukan dhalia kembali kepada Dia pada umur 56 hari pada pukul 5.47 petang.. sekejap je dhalia sakit.. dia xnak susahkan ibu abah n kakak² dia..

Dia pergi cukup mudah.. pagi td last dhalia menyusu ibu.. patut la dari semalam dhalia minum susu, setengah jam kemudian susu tu keluar balik elok2 je lagi.. rupanya perut dhalia dah xbole hadam dah susu ibu…

Dr maklumkan dhalia memang budak yang kuat.. 56 hari dhalia bertahan untuk hidup.. dhalia selalu senyum sebab dia xnak ibu n abah risau pasal dia..

terima kasih anak.. terima kasih sayang.. dhalia kuat demi ibu, dhalia kuat demi abah, dhalia kuat demi semuaorang yang sayangkan dhalia..

Pergi la sayang.. pergi la ke taman syurga.. bahagia la kat sana.. kat sana dhalia dh x perlu tanggung sakit macam td, ibu redha sayang.. ibu halalkan susu ibu selama hayat dhalia..

Dhalia anak syurga.. bidadari ibu.. cantik sangat dhalia sebelum ibu n abah hantar dhalia ke syurga.. ibu hantar dhalia kepada pemilik asal.. kepada pencipta dia.

Maafkan ibu sayang.. mungkin sepanjang hayat dhalia ibu n abah ada buat salah.. andai terkurang kasih sayang ibu pada dhalia, tarik la tangan ibu, tangan abah n kakak² dhalia kesurga Allah nt.. maafkan ibu sayang.. maafkan ibu sepanjang hayat Dhalia. Sumber : Hasni Hasan via Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *