Mak tolong buatkan susu untuk Farok, lepas tu mak mandikan dia terus -Dilema Nek Nab dan melayan kerenah menantu

Assalamualaikum..salam Ramadhan..pejam celik da masuk puasa ke 9 da kita da diharap semua puasa penuh ye.Aku perkenalkan diri nama aku Zainab,umur aku sudah menjangkau 59 tahun ni pada 5.6.2019.

ha,tarikh tu genap la umur aku 59 tahun.Aku lebih dikenali dgn panggilan Nek Nab,Opah Nab.Tapi kalau orang kampung jiran tetangga panggil aku Nek Nab je.

Aku nak tulis luahan ni pon ambil masa lebih kurang 4 hari.Dan cerita aku ni mungkin apa yang diahadapi oleh nenek seusia aku yang menjangkau kategori warga emas ni.

Selalu eh korang pinggirkan warga mcm kami ni eh?hihi..harap bersabar,almaklum lah Nek Nab nak type satu satu ni pon terkedil kedil cari huruf tak jumpa lambat.

Zaman Nek Nab dulu pakai type writer je,tak de nya laptop/PC ni bagai.Tapi aku rasa lagi senang guna robot ni kan. boleh padam2 kalau dulu kompom koyak kertas dan akan bertimbun 1 lori sampah kalau type salah.

Dunia sudah semakin maju,anak anak pon da semakin kedepan,tinggallah kami nenek dengan teknologi yang canggih sekarang. Laptop ni ha anak yang sulung yg hadiahkan dekat Nek Nab.

Hp (HandPhone kot brand nya seingat Nek Nab la)..mahal dia cakap dia suruh jaga elok2. Tujuan dia bagi laptop ni nak mengisi lapang Nek Nab tengok resipi masakan,layan u tube black pink,ram pampampam klls this love.

Tapi kalau setakat resipi semua tu dalam kepala Nek Nab je. Resipi turun temurun la katakana Nek Nab belajar dari mak dulu. Korang kalau free raya ni jemput lah datang ke rumah Nek Nab,area sungkai ni je keluar higway dekat je kampung Nek Nab.

Suami Nek Nab masih hidup dan sihat,tu ha baru je balik terawih tadi dgn Nek Nab dok pekena air kopi jantan,sat lagi tido la dia tu. Malam ni kami buat 8 rakaat ja, lenguh sendi lutut ni.

Sape ade ubat lengoh2 ni nnt pm tepi NeK Nab. Sebelum terlupa Nek Nab dianugerahkan 5 orang cahaya mata, Along, angah, kak cik, kaklang, kaksu.

4 orang dah berkahwin dan Nek Nab dikurniakan 4 orang cucu buat masa sekarang. Yang bongsu tu kalau takde pape insyaAllah sebulan lepas raya bakal dinikahkan dengan orang Perelih bak hang.

Ate jemput la datang nnt,kalau kesempatan Nek Nab bagi kad,bagi merioh sikit majlis kahwin nye. Nek Nab nok mulo dari mana pon pening,pijor mata nak menaip ni ha harap korang bersabar la dengan luahan Nek Nab ni.

Tadi Nek Nab cakap ada 4 ornag cucu kan.
Ok Nek Nab namakan cucu pertama Azri, kedua Azrin, ketiga Farok dan ke empat Farish a. Azri dan Azrin anak along manakala Farok dan Farisha anak angah.

Kaklang dan kak cik belum ada rezeki lagi. Mungkin mereka berjauhan dengan suami kot tu yang lambat sikit kot. Dalam 4 orang cucu ni Farok dan Farisha terpaksa dijaga oleh Nek Nab dgn suami sendiri dirumah kami.

Sebab angah dan isteri dia bekerja makan gaji dekat area2 tg malim.Si angah dan bini dia tiap2 hari ulang alik rawang – tg malim ni ha. Anak si along tu memang hantar pengasuh tiap2 pagi.

Farok berusia 3 tahun dan adiknya Farisha baru 1 tahun. Nek Nab juga kena jaga menantu Nek Nab dari dia berpantang sehingga la dia masuk kerja. Habis je pantang Nek Nab da jadi macam ‘ibu suruhan’ mereka walaupun mereka da tahu Nek Nab tak kuat dan tak larat mana nak jaga cucu Nek Nab ni

Tapi disebabkan sayang,Nek Nab akur da patuh kehendak anak2 Nek Nab terutama anak angah ni. Farok lasak,almaklum lah cucu lelaki, panjat sana sini,, bersepah barang2 mainan dia dalam rumah.Memang Nek Nab tak larat nak mengemas lagi.

Asal kemas je tak sampai 10 min mesti dia sepahkan dengan Lego kesayangan dia tu.Kononnya nak buat robot la,kereta kebal la,buat rumah la..hahah,Nek Nab layankan aje cucu sorang ni.

“Mat cool,matcool kawanku,mari kita ikut mat cool,main2 selalu”
Farok:Nek, Nak aiskrim Aiskrimmmmm tungguu

*Terkebil2 mata aku mana aku nak cekau duit ni,si farok nak aiskrim pula dah ni,ayah dgn mak dia pergi kerja pula tu..aduiii..

Nek Nab: Ini berapa luit apek? Lu cari sama dia aiskrim bawah selinggit la snng. *Meloncat-loncat si farok dapat aiskrim hari tu.

Yang jadi masalahnya pula meleleh aiskrim Farok makan 1 rumah,habis la lantai kalau pijak pakai kaki tu memang melekit la kau sampai ke dapur,1 hal lagi kerja Nek Nab bertambah. Kena la mop lantai nnt mmg tak selesa la.

Ini satu hal sape yang dah berkahwin dan jd suri rumah mesti paham situasi ni macam mana kan. Selalunya dalam pukul 5.30 si angah dan bini dia akan balik dari kerja.Kadang2 akan lewat sikit bila mereka buat over time.

Selalunya time ni Nek Nab punya tenaga da low,hehe biasalah da tua2 ni bukan 24jam kuat, bukan boleh minum redbull cas balik tenaga kang bukan cas, ke dalam terus kau nanti.

Tapi biasalah anak2 yang bekerja ni mesti ingat mereka ni lagi letih dari Nek Nab. Mreka ingat duduk rumah banyak rehat kalau tolong jaga cucu. Banyak kali juga Nek Nab merintih kadang2 mengadu kt si angah Nek Nab da tak tahan lagi nk jaga cucu.

Kadang2 tu rasa nak cabar je anak2 Nek Nab ni duduk rumah sebulan jaga mengasuh anak ,tengok apa mereka nk jawab? Satu masalah Nek Nab ni naluri keibuaan terlampau kuat.

Nek Nab tak boleh nak dengar anak2 mengeluh bekerja. Penat bila balik kerja Nek Nab tak dapat nk terima dgn hati yg terbuka, kadang2 tu biar la anak2 Nek Nab kecil sampai bila, senang Nek Nab nak jaga Tapi itu lah kan kalau boleh.

Masalah kepenatan lesu jaga cucu ni da banyak kali da Nek Nab cakap, tapi tak de sorang pon anak2 beli Pamoga ke, kacip patimah ke kan jeling2 juga Nek Nab dalam raga moto dia orang tu takde pon.

Nek Nab: Angah, mak sejak kebelakangan letih la nk jaga Farok,makin lasak dia ni mak da tak kuat macam dulu jaga korang kecik2.

Angah: OK mak, angah paham, mungkin seminggu lagi angah cari kan pengasuh lain dekat kawasan rumah kita ni. Angah minta maaf la angah menyusahkan mak selama ni, Angah minta maaf.

Ha inilah jawapan selalu si anagah sebutkan dekat Nek Nab. Rasanya da 2 tahun kot Nek Nab da lali dengan jawapan mcm ni, mula2 tu memang hati berbunga2 dngar jawpan angah lagi sminggu nk hantar anak2 dia pergi pengasuh.

Tapi ni da jadi lain,hari tnguu hari,mingu tunggu minggu,tahun tnggu tahun last2 Nek Nab juga jadi mangsa jaga anak cucu ni.

Part jaga cucu 1 hal, part bila anak2 da balik rumah masih lagi mengharap kan Nek Nab yang jaga anak mereka tu 1 hal lagi. Bayangkan bila si Farok dan Farisha nak tuka pampers ke nk kena mandi ke tergamak mereka suruh Nek Nab buat juga Masha Allah.

Angah: Mak tolong buatkan susu dekat Farok, angah tengah layan cita tamil ni rugi ni kalau bangun..tgh klimaks lawan ni mak.

*Bangkit lah NeK Nab terkehel lutut dgn masalah pinggang nya lagi terkedek kedek buat susu adoiya anak oh anak. Baru rasa nak relax2 jap bila anak2 da balik rumah inagt ringan la beban Nek Nab nk jaga cucu tapi oh tidak belu habis buat susu tiba2

Angah: Maakkk mak tgh buat apa tu? Mak sibuk tak? Mak tolong mandikan Farok boleh? (Muka sambil tersenyum kenyit2 mata kt Nek Nab)

*Arghhhh Tak sempat nak duduk bangkit la lagi Nek Nab selesaikan tugas mandikan cucu, digosok2 nya Nek Nab badan Farok seharian tak mandi. Lepas mandi, Nek Nab pakai pampers bedak wangi2.

Jauh dilubuk hati Nek Nab, rasa sedih rasa tanggungjawab ini sampai bila?sampai ke liang lahad ke? tapi semua Nek Nab terpaksa akur, Nek Nab sayang kan anak2 sayang kan cucu Nek Nab da tak kuat mcm dulu2 boleh berlari marathon, main jump skipping itu semua dulu tapi sekarang tak lagi.

Cuma sekarang ni Nek Nab hanya terfikir Allah panjang kan usia Nek Nab untuk lebih beramal dengan Nya, muhasabah diri time muda dolu2, dekat kan diri dengan Nya.

Bukan Nek Nab sibuk dengan hal duniawi ni lagi masa Nek Nab menjaga anak ni dah lama berlalu dah lama Nek Nab tinggal kan sekarang Nek nab kena dekatkan diri ibadah buat persiapan untuk alam akan datang.

Cuma itu lah, kadang perasaaan ni memberontak dalam hati saja, tak berani nak luahka dekat anak2. Cuma Nek nab ada meluahkan dekat yg anak yang bongsu tu je bakal kahwin tak lama lagi tu. Kalau nak cakap kn dekat si angah kesian dia dan bini dia pula nnti tapi hmmmm mereka pun kena paham Nek Nab.

Korang mesti tertnya tanya kan mana menantu dan bini si angah ni kan? Nanti Nek Nab free2 skit Nek Nab sambung balik ye Yang penting ibadat dibulan mulia ni jangan ditinggalkan Salam ramadhan buat semua hangit da kuih Nek Nab nnt ni. Assalamualaikum. Sumber :dunia kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *