Kronologi kes kehiilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Khariina yang mengejutkan ramai

8 Mei 2019 RABU
Siti Khariina Mohd Kamarudin, 40, bekerja sebagai Ketua Jurvrawat di Hospital Serdang sejak lima tahun lalu, tinggal berjauhan dengan suami dan tiga orang anak perempuannya berusia 10 hingga 14 tahun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Namun, Siti Khariina dilaporkan tidak pulang ke rumah dan tidak melaporkan diri ke tempat kerja oleh rakan serumahnya sejak 8 Mei, Rabu.

Rakan serumah memaklumkan perkara itu kepada keluarganya pada jam 10 pagi dan usaha ahli keluarga cuba menghubungi Siti Khariina juga gagal.

Kali terakhir Siti Khariina dilihat berada di kawasan parkir Hospital Serdang pada jam 4 petang dan masih pakaian kerja berwarna biru dan memandu kereta model Honda City berwarna putih dengan nombor pendaftaran BEY1361.

Suaminya menjelaskan, mereka berdua tidak ada masalah keluarga dan kali terakhir dia bercakap dengan isterinya pada Rabu lalu di mana Siti Khariina memaklumkan dia akan pulang ke Kuala Pilah selepas tamat bertugas pada hari itu.

13 MEI 2019 ISNIN
Masih tiada khabar berita dan tiada sebarang petunjuk mengenai kehilangan Siti Khariina. Usaha mencari Siti Kharina giat dijalankan di beberapa kawasan seperti Seri Kembangan, Nilai, Cyberjaya, Serdang dan laluan ulang alik ke Kuala Pilah dan serta kawasan sekitarnya. Namun, usaha mereka menemui kegagalan.

Polis juga tidak berjaya mengesan di mana keberadaan Siti Khariina. Pihak berkuasa dan keluarga mohon bantuan orang ramai mengesan Siti Khariina.

14 MEI 2019 SELASA
Tersebar maklumat yang mendakwa Siti Kharina telah ditemui selamat. Tetapi dakwaan itu disangkal oleh ahli keluarga mngsa.

Usaha mencarinya diteruskan, keluarga mngsa turut menggesa orang awam membantu mencari Siti Khariina.

15 MEI 2019 RABU
Myat seorang wanita ditemui di sebuah rumah sewa di Cyberjaya pada petang Rabu, jam 2.30 petang.

Myat ditemui oleh pemilik rumah datang ke kediaman itu untuk melakukan pemeriksaan selepas penyewanya gagal dihubungi sejak seminggu lalu.

Myat ditemui dalam keadaan reput, dipercayai sudah meniggal dunia sejak seminggu lalu dan terdapat kesan kelar di leher dan dada mngsa. Myat dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat.

16 MEI 2019 KHAMIS
Dua suspek, lelaki Pakistan dan wanita Nigeri berusia 38 dan 35 tahun ditahan awal pagi tadi selepas meneliti video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kondominium yang disewa mngsa.

Setelah disoal siasat, polis kini sedang memburu suspek lelaki warga Nigeria yang dikenali sebagai Aliwajuwon Gilbertalowoniem yang disyaki svspek utama.

JAM 3 PETANG
Svspek utama ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Cheras Sentral, Kuala Lumpur.

Tiga suspek terbabit akan direman bersama dan Polis sedang menyiasat motif sebenar kejadian dan menolak kemungkinan mngsa dirompak kerana barang berharga milik mngsa tidak hilang dan tiada sebarang kesan pecah masuk.

Polis sedang menunggu laporan bedah siasat sama ada mngsa dirgol atau sebaliknya.

Jnazah mngsa telah dibawa pulang ke Kampung Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dikebumikan selepas Asar.

Ahli keluarga mngsa menggesa pihak berkuasa mengheret pelaku ke muka pengadilan. Sumber: Harian Metro via thereporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *