Depan aku, sambil mak gosok tapak kaki dia dan cakap Din hanya layak duduk kat tapak kaki dia je.

Salam semua.. lepas terawih tadi memang aku teringin nak cerita luahan aku kt sini. Semoga korang dpt bg idea yg bernas dan komen yg baik bg aku.Aku Ina (bukan nama sebenar).

Umur 30 dah. Anak no 2. Belajar sampai master. Dulu aku kerja as pensyarah. Kat kolej swasta. Gaji pun boleh la tahan. Tak rendah sgt dan tak la mewah mana.

Akhir tahun 2016 yg lepas, aku ambil keputusan nak bukak bisnes sendiri. Berlatar belakangkan pendidikan. Alhamdulillah. 2019 ni merupakan tahun ketiga aku berbisnes.

Income bersih ada la lebih kurang 12k ke 15k sebulan. Aku tau ramai lagi businessmen yg berjaya kt luar sana. Aku still merangkak slow2 utk berjaya. Moga dipermudahkan.

Alhamdulillah. Again.. Hidup aku almost lengkap. Nak dibandingkan dgn org lain yg ramai lagi yg susah kt luar sana. Mak ayah aku pun sihat lagi walaupun dah cecah 60++. Aku pun tinggal dgn diorg.

Since kerja aku agak terjamin dah sekarang, byk masalah kewangan keluarga yg aku boleh and mampu tolong. If adik beradik aku yg lagi 3 org perlukn bantuan, aku always ada utk support diorg.. Alhamdulillah. Allah mudahkan..

Cuma satu je yg merosakkan emosi and mental aku dari dalam. I fall in love with my own student. Beza 3 tahun drpd aku.(bukan anak ikan i ok) Kan aku ada ckp tadi.

Aku pernah jadi pensyarah. Situ la aku kenal Din (bukan nama sebenar). Kitorg dh serius akhir tahun 2015. Dan kami kekal berhubung sampai la sekarang.

Kenapa aku tak kawin lagi? Sebab mak aku.. Dia tak boleh terima aku nak kawin dgn student sendiri. Silap aku. Masa aku tak serius dgn Din dulu, aku pernah bawak Din dan kawan2 dtg rumah.

Obviously masa tu memang si Din ni sememeh sgt mukanya.Selekeh habis dah macam mat rempit,student kan mana mampu time tu. Adoi.. Tak meyakinkan la..

Dan aku syak mak aku ni fikir aku tak sesuai sebab din ni rendah dari aku.Nanti dari jauh mesti orang ingat aku ni kakak dia. Din ni pula adik aku. Lagi satu din ni cakap memang gagap sikit. Tatatatapi aku masih sayangkan Din. Dia ikhlas mencintai aku even aku tua dr dia.

Sekarang Din ni dah kerja. Supervisor cafe hospital. Gaji dia memang la rendah drpd aku tapi siapa kisah. Janji kau kerja. Bertanggungjawab. Komited and ikhlas dgn kerja tu. Cukupla. Tiap2 bulan dari pertengahan tahun 2015, Din akan bank in kat aku rm500.

Ini Utk persediaan kami if nak kawin nanti. Kdg2 if ada duit lebih, kami beli emas public gold. Boleh la cagar bila2 perlu nanti.. Again. Alhamdulillah sebab Allah memang murahkan rezeki kami bab2 ni.

Berbalik kepada kisah mak aku yg enggan terima tadi. Dulu aku ada gak ajak bersembang dgn dia bab Din ni. Tapi ending dia mesti yg mengguris hati aku. Mak aku pernah gosok tapak kaki dia. Depan aku.

Katanya Din tu layak duk kt tapak kaki dia je. Dia pernah doa nak suruh malapetaka timpa Din. Bila adik beradik aku tanya. Kenapa mak tak suka sgt kat Din. Mak just mampu jawab yg dia pun tak tau kenapa.

Dia cuma takut nanti aku hidup susah mcm dia dulu2. By the way, dulu ayah aku bawak lori je. Memang aku adik beradik membesar kt bilik. No rumah for us. Tapi siapa kisah.

Elok je kami jadi orang. Sekarang mak ayah aku ada 2 rumah kt kL n satu rumah yg quite besar kat kampung. Okla tu kan. Hasil mereka bersama lepas mak aku decide utk berniaga nasi lemak dan income dia memang agak wow.. So maybe.. Bagi kami adik beradik. Mak aku tak nak aku senasib dgn dia mcm dulu2.

Kesian sgt kat Din. Mak aku buat macam dia ni takde mak ayah. Din ni org Felda. Sederhana jugak je hidup keluarga dia. Mcm aku. Kakak dia penolong kanan sek. Abang dia kerja kt pelantar minyak. Gaji sorang2 boleh la tahan.

Takde la pulak aku tgk keluarga dia yg bermasalah. Didikan agama pun terjaga. Mcm keluarga aku jugak la lebih kurang. Mak ayah dia berjaya jugak besarkan anak2 yg jadi manusia..

Owhhh.. Pasl mak aku. Untuk pengetahuan semua.. Mak aku ni dari dulu dijaga hati dan perasaan dia. Sebab dia sensitif yg amat. Bagi kami. Ketenangan keluarga byk dipengaruhi dgn mood mak. If mak happy, kami pun happy. If ada je yg buat mak upset, habisla. Semua diam je. Tnggu mak punya mood baik dulu.

Din tahu yg dia tak diterima mak aku. Dia byk kali dah nak datang jumpa mak aku. Dia kata if dia serius nak kat aku, dia memang kena datang la jumpa parents aku.

Masalahnya setiap kali datang, akan hanya ada ayah aku je. By the way, ayah aku memang totally takde masalah dgn Din. Diorg biasa je minum kat kedai mamak sama2. Lepak bersembang panjang2.

Tapi.. Ayah aku tak mampu nak yakinkan kat mak aku pasal Din. Mak aku cakap kat ayah. If ayah aku kawinkan aku dgn Din, dia nak mintak cerai dgn ayah aku.. Byk kli dah diorg bergaduh pasal bab ni.

Pernah sekali tu. End up, ayah aku lari rumah almost 2 minggu. Umur 60 lebih naik motor merata negeri tanpa maklumkn kat sesiapa lokasi dia. Gla tak kecut perut semua orang. Mak aku pun cool downkn diri sendiri.

Dia yg duk kalut msg ayah aku. Aku??? Bila isu aku yg sebabkan mak ayah aku dlm masalah, aku pilih utk diam. Ayah aku tak sihat mana. Berderet appointment dgn hospital. Takkan aku nak jadi pembnuh ayah aku sendiri.

Dalam masa yg sama, aku tersksa. Zahir batin.. Sebab aku ada target hidup aku jugak. Tapi sekarang semua macam bergantung kat decision mak aku. Aku solat istikharah. Betulkan mana2 yg kosong. Siap gi umrah tahun lepas.

Antara doa terbesar aku kat sana. Moga Allah permudahkan jodoh aku dgn dia. Aku nak kawin. Nak ada anak sendiri. Tapi dalam masa yg sama. Aku nak jaga mak ayah aku punya perasaan.. Aku pujuk hati. Yakinkan diri. Allah lebih Mengetahui.

Bila aku diam. Aku rasa dalaman aku rosak. Byk benda sangat dipendam. Ni tambah pulak dgn adik lelaki aku nak kawin lepas raya ni. Sebulan lebih je lagi..

Mak aku selalu duk cakap psl bakal menantu dia ni. Ada rumah sendiri. 2 buah pulak tu. Kerja kerajaan. Memang takde masalah la hidup nanti.. Ermmm.. Tula yg dia duk ulang2x kat semua orang. Sampaikan makcik pakcik aku pun perasan.

Aku nak jadi anak yg baik. Aku pernah terpikir nak lari. Bukan kawin lari tapi nak bawak diri. Sebab mak aku mmg tak pernah rasa hilang aku. Dlm ramai2 anak dia, aku sorang je la yg tak pernah berenggang dgn dia.

Sebab belajar sek men, diploma, degree, master semua kt kawasan depan mata je. Memang every week balik la jawabnya.. Tapi aku kesian kat mak ayah aku kalau aku lari dari diorg.

Ingat nak proceed je kawin. Lepas majlis adik aku nanti. At least mak aku dah dapat menantu pujaan dia. Entahla. Aku pun tak tau. Apa ending life aku. Aku rasa down sangat bila pikirkan umur aku, kestabilan kerja aku, kematangan fikiran aku.

Rasa macm dah hampir cukup bersedia tapi still tak mampu nak dapatkan apa yg aku impikan. Gara2 jaga hati mak aku yg tak boleh terima Din yang pernah jadi student aku. Sedihnya rasa..

Ni ada dengar2 plan dari ayah aku. Nak kawinkan aku dgn Din senyap2x. Tapi sampai bila. Aku tak rasa gembira pun dgn idea gitu.Ayh aku ni pun kadang2 terlebih genius da tua2 pun kan..

Aku prefer kahwin tanpa restu mak. Kalau dia marah aku, takpela. Aku tau salah aku. Sebab taknak tukar keputusan aku. Aku dah plan dah. Kalau jadi kawin tanpa persetujuan mak aku. Confirm mak aku akan block aku kt whatsapp.

Memang dia selalu buat gitu kat aku (entah sape ajar dia block2 org nih,aku syak adik aku la ni). Aku ingat nak mesej dia manually every day nanti.

Mesej je dia sampai dia hilng marah tu. Sebab aku percaya takde emak akan sanggup marah anak dia lama2. Takpela. Aku anak. Aku cuba la mengalah nanti..

Alamak! Lupa nak cakap. Baru2 ni mak aku pernah tanya aku. Masa aku memang dh ambil keputusan utk diam je. Din pun nasihatkn aku benda yg sama. Sebab taknak burukkan keadaan.

Tapi tiba2 mak aku tanya aku. Berapa dah duit aku hbis utk renovate rumah dia yg aku duduk sekarang ni.. Dia duk kata tu rumah dia. Dia nk bayar balik semua duit yg aku dah habiskan utk rumah tu..

Sedih kan. Aku tak pernah terfikir pun yg ni rumah aku. Dah memang ni rumah mak ayah aku. Siapa aku tiba2 nak mengaku tu rumah aku..

Sedihnya la hai.. Bila mak aku selalu srang aku dgn isu duit and harta. Ermm. Aku sampai tahap terfikir. Kalau aku tahu keadaan jadi lagi buruk dgn adanya bisnes aku yg menjarakkan lagi gap aku dgn Din, aku taknak pun teruskan bisnes ni.

Mak. Tak boleh ke mak nilai dia melalui mata hati tanpa letakkan harta sebagai something yg utama. He’s a good man for me. Ermm.. Sayang mak.Nanti free sikit aku update mak aku setuju ke tak lepas kenduri adik aku nnt.Korang pon doa la kat aku sama. Kredit : ceritaohsem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *