Isteri tengah sarat ngandung merajuk pagi ni sambil nangis2, puas pujuk tp tak jalan rupa2nya hanya sbb ini

Ini kisah aku yg seorang rider biasa, dan juga seorang suami. Semalam isteri aku yang sarat mengandung menangis sebab aku terlelap awal dan guna bantal dia.

Biasalah, orang mengandung. Kadang mereka ni tidur 2 jam sahaja sebab skit badan yang teramat sangat. Aku tak rasa, tapi aku tahu yang mengandung takda yang senang.

Subuh ni puas aku pujuk isteri aku, dia tak henti mengalirkan air mata sambil badan gerak gerak kemas rumah. Satu malam dia tak dapat tidur. Nak buat macam mana, aku letih sangat. Sampai tidur mti tak perasan dia struggle nak tidur.

Puas aku tawarkan nak beli macam macam. Semua dia geleng. Nak suap makanan pun dia geleng. Beg, baju, kasut, semua dia taknak. Sepanjang kami kahwin, tak pernah dia mintak aku belikan barang kehendak dia . Aku buntu, aku mesej kakak aku, mak aku, tanya macam mana nak pujuk .

Akhirnya isteri aku yang penat mengemas dan tak cukup tidur tu pun rehat kat sofa. dia termenung.. aku tanya dia, sayang nak apa? dia pun bersuara. urut, dan bantu dia tidur. aku cakap okay. dia terus tersenyum riang. bagaikan anak kecil yang baru dapat gula gula. hati aku sebak .

Isteri aku suri rumah. Tapi sebelum kahwin, dia bekerja dalam bidang perubatan. Masa aku kenal dia, dia masih freehair. Tak tahu jalan arah mane nak tuju, dan sentiasa keseorangan. Takda mak ayah.

Lepas kenal, aku mintak kawan2 perempuan aku bantu dia dari segi semangat. Sampai dia bertudung dgn sendiri. Tak sampai setahun, kami kahwin. Dia pun buat keputusan jadi suri rumah. Dia selalu dengar orang sekeliling dia tanya, tak takut ke bergantung sepenuhnya kat suami?

Dia cuma senyum. Dia cakap tak. Dia yakin dgn aku. Aku ckp kat dia, kalau nak kerja atau nak sambung belajar, bagitau je. Aku izinkan. Dia cuma jawab tanggungjawab dia kat aku. Takpelah, dah itu dia nak.

Tapi aku tak miss tanggungjawab aku. Aku sediakan dia tempat tinggal. Aku belikan pakaian dia. Setiap hari aku tanya dia nak makan apa. Aku akan belikan sebelum pergi kerja, taknak dia lapar kat rumah.

Aku tak kesah sangat dia masak ke tak. sebab bagi aku, kami makan bersama pun aku dah cukup bahagia. InsyaAllah cukup je rezeki kami hari hari. Dia kan amanah aku.

Isteri aku rajin kemas rumah. Kadang kadang aku suruh dia rehat dia takmau. Aku taknak orang ingat kami ni hidup berprinsipkan tradisional, tapi isteri aku tetap berkeras dengan tanggungjawab dia. Kadang kadang technician atau posmen datang rumah masa aku takde, dia akan kol aku sampai dapat.

Kalau tak dapat, dia tak keluar pun ambik barang tu. Dia cakap, dia takut keluar takde izin. Lurus? Tak. Bila buat lawak, isteri akulah paling over.

Dia suka baca buku inggeris, mcm encyclopedia mcm tu. Dia lagi pandai dari aku, dan lagi pandai dari kawan2 dia. sebab dia lah aku hafal nama nama constellation stars yg dia selalu kongsi. Aku cuma rider yg tak minat membaca mat..

Tapi dia tetap berkeras cakap, open minded is open minded.. tanggungjawab is tanggungjawab.. tak sama. Kalau suami tak izin keluar, kenapa nak keluar ? Dia pulak tanye aku. Takpelah.. Biarlah orang nak kata kami old fashion… atau tak bahagia.

Tapi sebaliknya, rezeki itu cukup. walaupun dia tak bekerja. Dan setiap hari balik kerja, kami berkongsi cerita antara satu sama lain. Dia cerita buku dia, aku cerita pasal bos aku.

Berbalik hal pagi tadi, kenapa aku sebak ? Aku sebak sebab aku ambil hak dia sebagai isteri. Aku ambil tempat tidur dia. Dia tak mintak pun benda lain.

Akhirnya urutan dan tidur jugak dia mahukan. Kadang aku tak faham kenapa lah isteri aku nak dengan rider mcm aku. Ikutkan dia boleh ada masa depan yang cerah dgn pemikiran dia yang minat belajar tu. Aku tahu kita tak boleh ramal apa akan jadi. mungkin besok bangun tidur, hati aku berubah.

Dia tak takut, tapi walaupun aku cintakan isteri aku sangat harini.. Aku tetap takut. disebabkan takut tu, aku buat akaun bank atas nama isteri aku. aku langsung takde hak kat akaun tu. Tiap bulan aku akan masukkan duit dalam bank tu.

Sebagai backup. aku takut apa2 jadi kat aku.. sebab aku cuma rider yang takde epf atau socso mahupun insurans. aku pun bukan orang kaya. sekurangnya kalau apa2 jadi, aku tahu aku tak tinggalkan dia mcm tu je.

Isteri aku takde media sosial, bukan aku suruh dia tutup ke apa. Memang dia tak minat. Dia cuma subscribe the star online supaya tak miss berita apa yang jadi. Kadang lepas dia habis kemas rumah, dia baca buku. atau search wikipedia kat laptop.

Susah jugak aku nak adapt dengan bahasa kamus dia pada awalnya, tapi aku tak kesah lah. Asalkan dia tak layan page KRT. musically pun dia tak tahu apa benda. apetah lagi artis artis malaysia.

Kadang dia terbaca pasal artis kat the star , dia tanye aku tu siapa, kenapa dia masuk news. Aku acah jela aku pun tak kenal. Nak buat mcm mana, aku kenal pun sbb news feed aku dah terkeluar benda benda mcm tu.

Bila aku baca suami2 yang layan isteri diorang macam sampah. aku rasa nak menangis je.. mungkin aku ade soft spots untuk para isteri ni. Lagi2 yang buat isteri mereka macam hamba, makan pula hasil pekerjaan isteri.

Alahai, isteri ni amanah untuk kita.. jagalah diorang sebaiknya. Mereka takkan melawan kalau kita bagi sepenuhnya nafkah yang patut kita bagi. Kecuali kes2 yang memang isteri tu bersalah. Aku taktahu lah.

Aku rasa sedih sangat bila tengok isteri aku tiap hari jaga rumah. Tapi dia selalu tersenyum macam anak anak bila aku bukak pintu rumah. Aku sedih pasal dia, dia pulak tak rasa sedih pun.

Hai isteri, ketaatan kau memang tak terhingga. Semoga kita bahagia begini sampai ketua.. biarlah kita tak kaya pun, asal kan kita mampu untuk makan tiap hari .

InsyaAllah kalau aku ade rezeki lebih , lepas ni aku akan cuba untuk dapatkan kerja yang ade epf atau socso. Demi amanah aku yang tunggu kat rumah ..

Aku plan nak bawak isteri aku jalan jalan tiap minggu . Pegi tasik je .. itupun dia dah happy macam dapat emas. Lepas ni aku taknak dah ambik tempat tidur isteri aku. Broken sangat hati tengok. Tapi penat jugak nak pujuk.. satu malam kot dia menangis. hm… aku pulak tidur mati. Adoii..

Bersabarlah wahai isteri isteri diluar sana . Kalau tak bagitau nak apa , kami suami takkan faham . aku tulis ni pun sbb aku nak luahkan je kesedihan aku . aku cari2 kerja tak dapat .. walaupun aku ade diploma . inilah hakikatnya graduan sekarang… doakan aku berjaya .. Sekian. Sumber : Dunia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *