Berpe.luh2 malam tu, tiba2 dia tnpa seurat benang dtg mrangkak dgn muka hiitam. Yang peliiknya mak Cakoi juga dpt miimpi yg sama.

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Hi korang, nama aku Cakoi, ya Cakoi yang sedap tu. Aku boring, jadi saja nak kongsi pengalaman pasal sihir, sihir yang pernah berlaku dalam keluarga aku.

Cerita yang jarang aku kongsi dengan sesiapa, sebab jarang orang yang nak percaya. Admin kalau tulisan ni disiarkan, mohon siarkan pada waktu malam. Hihi

Cakoi ada banyak cerita berkaitan sihir berlaku disekeliling Cakoi, yang Cakoi rasa perlu dikongsi, untuk diambil iktibar.

3 tahun lalu ayah dan mak pernah skit, skit yang pelik. Demam yang tak kebah. Cakoi cakap pelik sebab bila dah pergi klinik, doktor cakap ayah dan mak sihat. Teruskan dengan ujian drah, doktor cakap normal. Kami syak ada benda tak kena.

Ayah dan mak Cakoi orang niaga, biasa kan orang kaitkan orang meniaga dengan sihir/buatan orang. Akhirnya mestilah carik alternatif rawatan yang lain kan. Jadi kami pergi la jumpa pak ustaz. Ustaz yang ala ala rawatan Darussyifa tu la. Ustaz cakap ayah dan mak aku kena sihir sebab orang dengki.

Cakoi jenis yang malas nak percaya. Tapi bila dekat 2 bulan ayah dan mak Cakoi masih skit, badan dah mula susut, terbaring tak sihat, Cakoi rasa marah dan sedih, siapa tak sedih tengok ayah dan mak kita skit kan? Adik beradik Cakoi pun ada yang terkena sekali.

Cakoi siap doa, ya Allah, jika benar kami di sihir, aku takkan maafkan si penyihir, kau berilah kesembuhan kepada kami ya Allah. Family kami buat solat hajat, untuk kesembuhan ayah dan mak, moga Allah berikan jalan keluar.

Seminggu selepas solat hajat, ada ahli keluarga kami skit. Sedara mara yang tinggal kawasan rumah kami jugak. Mak Cakoi memang tak boleh dengar kalau sedara mara skit, tak sihat macam mana pun dia akan pergi ziarah.

Balik dari ziarah, mak dan kakak Cakoi menangis. Cakoi namakan sedara yang skit tu sebagai Cik Bie. Semasa ziarah Cik Bie kat ICU, yang boleh masuk melawat dua orang je, mak dan kakak Cakoi.

Masa melawat tu, Mak bagi la salam, Cik Bie yang dah dekat 3hari tak boleh bangun tiba-tiba bersuara. Mulut dia terkumat kamit. Mak dan kakak Cakoi usap la tangan Cik Bie nak bagitahu yang ada orang datang melawat ni.

Tengah Mak Cakoi usap tangan Cik Bie sambil cakap-cakap, mata Cik Bie tetibe terbeliak. Mata merah pandang Mak dengan tajam. Mak dah henti usap Cik Bie, tapi Cik Bie terus tenung Mak macam nak makan. Kakak dah tarik Mak ke belakang. Mulut Cik Bie masih terkumat kamit.

Tiba Cik Bie bangun macam nak terkam mak, sambil ulang jerit ‘memang aku yang buat korang, hihihi’. Cik Bie boleh mengilai. Kakak panggil nurse dan lepas tu aku xtahu apa yang jadi sebab Mak dan kakak sambung nangis.

Mak sehabis daya husnuzon dengan Cik Bie, tak nak tuduh sesiapa yang sihirkan kami. Tapi korang rasa apa yang akan kami fikir? Sekali dengan aku nangis walau aku tak tahu kenapa aku kena nangis.

Seminggu jugak Cik Bie dekat ICU, tak tahu apa skit dia. Lepas tu Innalillahi wa inna ilaihi rajiunn. Cik Bie pergi tinggalkan 3 orang anak, yang bongsu baru 5 bulan waktu tu. Cakoi tak ada di kampung waktu tu, Cakoi tengah sambung study luar negeri. Lepas tu, Alhamdulillah ayah dan mak kembali sihat.

Cerita Cik Bie habis kat situ, tapi cerita Cakoi belum habis lagi. Seminggu lepas tu, Cakoi dapat mimpi yang pelik, berulang-ulang. Cakoi mimpi ada orang meningal, Cakoi tak tahu siapa orang tu, dalam mimpi tu, Cakoi rilek sedekah baca Yassin dekat jenzah.

Tiba-tiba jenzah perempuan tu bangun, kain kafannya terbukak sendiri, muka hitam, rambut pendek, badan kurus kering, telnjang datang merangkak ke arah Cakoi. Ko rasa apa yang Cakoi akan buat?

Ya, Cakoi lari sambil mulut baca segala surah yang Cakoi ingat. Tapi dalam mimpi tu jenzah perempuan tu tetap merangkak kejar Cakoi sambil ulang ‘maaf, maaf, maaf’. Cakoi tak kenal siapa dia. Bila Cakoi sedar, peluh menitik, dan biasa mimpi tu antara pukul 3 sampai dekat Subuh.

Cakoi beritahu mak pasal mimpi tu. Mak nangis lagi, Cakoi pun nangis jugak dengar mak nangis, ye kami suka nangis. Mak dapat mimpi yang sama, mak cerita detail muka jenzah dalam mimpi tu, sama!. Dan mak cakap itu macam muka arwh Cik Bie waktu saat-saat akhir arwh.

Waktu Cik Bie meningal kan Cakoi tak ade dekat kampung, jadi Cakoi tak tahu macamana muka Cik Bie saat-saat akhir nafasnya. Mak cakap maafkan lah Cik Bie, walau kita tak tahu betul ke tak Cik Bie yang sihir kita dulu.

Cakoi tak sangka benda ni boleh bawak sampai termimpi-mimpi. Padahal lepas Cik Bie meningal tu Cakoi sibuk dengan assignment dekat Universiti. Korang ingat ada masa ke Cakoi nak fikir.

Tapi Cakoi kuatkan hati, Cakoi sebut dalam hati, ya, aku maafkan Cik Bie dengan harapan, mimpi tu tak datang lagi. Korang rasa Cakoi mimpi lagi tak lepas tu?

Haha, ye, Cakoi mimpi lagi, mimpi yang sama tapi kali ni muka jenazah lebih jelas, merangkak sambik sebut ‘maaf, maaf, maaf. Nge.ri. Mak cakap mungkin Cakoi tak ikhlas maafkan dia. Lepas tu baru Cakoi teringat yang Cakoi pernah kata yang Cakoi takkan maafkan si penyihir tu.

Masa tu lepas isyak, dah habis buat assignment Cakoi ambil wuduk, solat taubat, solat hajat, kemudian Cakoi doa sungguh-sungguh dan ikhlaskan hati untuk maafkan si penyihir tu.

Alhamdulillah malam tu Cakoi tak mimpi dah. Tidur nyenyak sampai subuh esoknya. Bangun pagi esok Cakoi rasa tenang. Mungkin sebab assignment dah siap. Huhu

Cakoi tak pernah nak tuduh atau kata Cik Bie yang sihir kami. Tapi ini semua apa yang terjadi pada kami. Kisah ni cuma satu dari berpuluh kisah sihir yang terjadi. Cakoi teringin nak share pasal jenis perawat/ ustaz yang pernah Cakoi jumpa. Tapi panjang la pulak confession ni nanti.

Untuk kalian yang pernah disihir, jangan pernah putus asa usaha, doa. Ustaz atau perubatan Islam itu hanyalah perantara. Skit sihir hanya kita yang rasa, tapi penyembuhnya hanyalah Dia.

Untuk kalian yang pernah menyihir, taubatlah, jangan sampai sihir memakan diri, minta maaf pada yang kalian pernah zalimi. Mti itu pasti.

Kisah ke dua dimana Ayah dan mak Cakoi orang niaga. Perniagaan kami baru masuk 30 tahun, perniagaan keluarga. Kami buat minuman dan ada kilang sendiri yang tidaklah besar mana. Punya 20 orang staf, dan produk kami hanya mampu masuk 3 buah negeri sahaja, masih dikira sebagai Industri Kecil Sederhana (IKS).

Nampak ok je kan perniagaan Ayah dan mak? Tapi sebalik tu, kami tanggung banyak sangat keskitan untuk teruskan perniagaan ni. Cakoi mula faham kami disihir masa umur Cakoi 6 tahun. Waktu tu, mak suruh Cakoi dan adik beradik mandi pukul 12 tengah malam.

Bukan mandi biasa, mandi dengan air bunga 7 jenis, asam limau, garam, asam keping, bunga cengkih, pelaga dan lain-lain.

Ni bukan mandian nak cepatkan jodoh ke apa, Cakoi baru umur 6 tahun kot waktu tu. Cakoi tanya mak kenapa kena mandi macam ni? Mak cuma cakap, ustaz yang suruh, nak halau hantu. Dan sampai sekarang, Cakoi dah 20 an, sihir tu masih berterusan. Cakoi senaraikan apa yang pernah kami lalui :

1.Bahan produk kami tetibe basi. Ya, minuman yang tengah dalam proses masak, boiling point lebih dari 100 celcius tu tetiba je berketul-ketul, bau masam, memang tak dapat diselamatkan lagi.

Terbazir 4000 unit produk macam tu je. Benda ni berlarutan hampir seminggu. Berakhir bila ustaz sendiri datang ke kilang.

2.Produk yang sudah melepasi QC tetiba je bila dapat kat pelanggan, minuman bau macam tanah. Korang rasa kalau dapat minuman yang bau tanah korang nak minum tak?

Benda ni berlarutan hampir sebulan, berakhir bila ustaz sendiri datang kilang, tengok bilik bahan mentah penuh dengan tanah kubur yang masih merah. Cakoi pun tak tahu macam tanah tu ada kat situ, padahal sebelum ustaz datang, kami tak pernah jumpa apa-apa kat situ.

3.Kami ada ofis, tempat simpan stok dan bahan marketing. Stok bila sampai ofis je terus rosak berketul-ketul, bau masam. Padahal batch produk yang sama di kilang elok sahaja. Berlarutan hampir 3 bulan, selesai bila ustaz sendiri datang ofis sambil tunjuk satu persatu abu myat yang ditabur sekeliling ofis. Pelik sungguh, takkan staf cleaner Cakoi tak buat keje kan?

4.Ayah Cakoi pernah skit sampai tak boleh berjalan, masa tu memang kami sekeluarga down sangat, sebab segalanya ayah yang uruskan. Masa tu mak lah yang ambil alih. Jumpa doktor sampai ke pakar, doktor cuma kata ayah skit saraf. Merata kami pergi berubat, selesai bila seorang ustaz keluarkan paku dari setiap sendi ayah.

Paku tu dikira sihir pengunci dan biasanya peskit akan berakhir dengan strok atau kemtian. Kesannya sampai sekarang ayah masih berjalan tempang. Ayah jugak pernah demam berbulan-bulan. Selesai bila patung yang dililit rambut ayah, dipaku setiap sendi dan dihanyutkan ke laut dibuang oleh ustaz.

5.Mak pun tak pernah terlepas dari disihir. Walaupun Cakoi dan mak suka nangis, mak lah penguat kami. Biasanya mak akan dapat mimpi yang pelik bila sihir tu nak datang. Mak pernah mimpi ada kakak rambut panjang baju compang camping terbang di atas atap rumah kami.

Terbang sambil mengilai, bahagia sungguh kakak tu mengilai. Kami terus call ustaz dan ustaz bagitahu, betul la, ada sihir yang baru dihantar. Alhamdulillah sihir tu terus dibuang sebelum apa-apa terjadi.

6.Staf kami pun tak terlepas disihir. Ada yang diganggu, ada yang nampak benda-benda pelik di kilang dan ofis, terus berhenti kerja. Dekat kenderaan yang diguna oleh staf untuk membuat sales pun diletakkan ‘benda ghaib’.

Pernah staf tertangkap gambar tangan hitam, runcing kuku panjang dekat dengan tempat duduk pemandu. Selepas disiasat, betul bukan tangan staf tu, sebab dia yang tangkap gambar.

Jadi tu tangan siapa? Staf tu syif malam waktu tu, dan dia hanya seorang sahaja. Yang lagi best, ada staf sales dan marketing kami ditawarkan kerja lain dengan dua kali ganda gaji asalkan berhenti dari syarikat kami, staf sale sendiri yang cerita dengan Cakoi, dia dapat tawaran tu dari whatsapp nombor yang tak dikenali . Gigih penyihir ni kan?

Hanya 6 yang mampu Cakoi senaraikan, sebab Cakoi tak mampu nak menaip yang selebihnya. Cakoi taip ni pun tangan Cakoi menggigil, bukan sebab marah, tapi sebab tetibe je bulu roma Cakoi meremang.

Setiap kali nak menaip ni, macam ada sesuatu yang perhatikan Cakoi. Ya, Cakoi sendiri masih dalam proses rawatan sihir ni. Cakoi akan cerita pasal sihir yang jadi pada Cakoi nanti. Bila Cakoi dah kuat.

Cakoi nak share lagi, Cakoi pernah tanya usahawan yang lain, Cakoi namakan dia Mama Diva. Mama Diva ni pun usahawan minuman dan makanan jugak. Orang lama dalam bisnes. Cakoi tanya dia ada tak masalah sihir macam kami ni? Mama Diva cakap, masalah sihir ni kira masalah biasa bagi orang niaga.

Cakoi tanya lagi, ada tips tak nak elak dari kena sihir? Mama Diva gelak, dia kata pasanglah ‘pendinding’. Cakoi muka blurr kejap. Otak tengah proses dinding apa yang Mama Diva ni maksudkan.

Mama Diva sambung ”Orang bisnes kalau nak maju, memang tak boleh lari dari guna ‘benda’ ni. Daripada orang duk buat kita, bisnes lingkup, baik la kita protect diri kita. Kita buat la dia balik”

Cakoi terduduk. Terus Cakoi rasa nak panggil dia Mama Devil. Allahu Allah. Cakoi nangis lepas tu. Sihir dibalas sihir, dimana penyudahnya??

Kalian si penyihir, bukan kalian sahaja yang syirik, tapi kalian jugak seolah mengajak orang lain melakukan syirik. Yang tebal imannya akan bertahan, tapi yang lemah seperti kalian bagaimana?

Kalian yang disihir, la hau la wala quwwata illa billah. Semat ini dalam hati. Tiada kekuatan melainkan kekuatanNya. Kalian yang pernah berniat untuk menyihir, tanya diri, bagaimana boleh kalian fikirkan niat untuk menyihir itu. Sekian…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *