Nak kawin muda, family xbagi. Terfikir nak nikah di Thailand. Bila lekat, mengigil tangan masa pegang alat, sebab xjangka langsung

Hai Lately, aku banyak baca pasal budak2 yang tengah belajar sibuk nak kahwin dekat thailand kononnya nak menghalalkan apa yang hram. Tak silap aku baru2 ni pun ada juga luahan kat sini pasal dia dah pun kahwin dekat thailand dengan suami dia masa tengah belajar tanpa pengetahuan keluarga.

Lepastu tadi terbaca pulak QnA dekat IG story Fynn Jamal, hal yang sama. Nak kahwin dekat thailand dengan bf sebab family tak bagi kahwin muda. Rasanya benda ni macam trend kot dalam kalangan anak muda zaman ni?

Teringat kisah aku lebih kurang 7 tahun lepas. Aku dengan bf aku bercinta dari sekolah menengah. Kitorang banyak kali terlnjur, nak kahwin memang family aku takkan bagi. Jadi iyelah, kahwin kat tjailand benda pertama kitorang fikir.

Bak kata FJ nak halalkan ‘s*x’ dalam bahasa kasarnya. Tapi tak kesampaian sebab aku terlalu takut. Long story short, kitorang terlnjur sampai la aku mengandung. Dunia gelap gelita. Tangan menggigil bila pegang pregnancy strip.

Aku tak expect aku pregnant sebab memang selalunya period kadang datang kadang tak (masa tu kandungan baru nak masuk 3 bulan). Tapi masa tu rasa nak check sebab siap pakej muntah2. Mak bapak aku of course marah gla. Aku mampu menangis je. Dalam masa seminggu aku dan suami diijabkabulkan.

Aku muda, aku kenal ramai orang. Sejujurnya aku tak lah menyesali 100% apa yang jadi 6 tahun lepas. Asbab aku mengandung, aku dikahwinkan jadi aku berhenti buat perbuatan terkutuk. Alhamdulillah. Kalau tak entah sampai bila lagi aku buat kerja tu.

Macam aku cakap tadi, aku muda, aku kenal ramai orang. Yang terlnjur dengan bf ramai tersangat ramai, tinggal lagi diorang tak mengandung je. Mak2 orang yang bercakap pasal aku masa tu, aku tau apa anak perempuan diorang buat belakang diorang, aku tau apa anak lelaki yang kau sanjung konon teruna tu buat belakang diorang.

Tinggal lagi aku buat dan aku mengandung. Simple calculation dia, aku buat dan aku kantoi. Orang lain buat, tak kantoi. Kahwin sebab naffsu takkan kemana. Itu je yang aku nak sampaikan sebenarnya. Kalau kau muda & kau tau tanggungjawab kau sebagai suami/isteri, nak kahwin silakan.

Tapi kalau kau kahwin pun kasi isteri duduk rumah mak bapak dan simply cakap ok aku dah tunaikan tanggungjawab kasi isteri tempat tinggal, TAK PAYAH. aku sangat2 menggalakkan adik2 yang aku jumpa untuk kahwin muda kalau aku tengok dia & bf dia dah kerja stabil, masing2 matang dalam berfikir, kahwin la cepat2.

Bagi aku couple2 yang nak kahwin kat Thailand ni cuma nak halalkan s*x semata. Kalau tak, takdelah kau senekad tu untuk ketepikan keluarga, ketepikan moment indah hari bahagia. Its not worth it, girl.

Lelaki boleh kahwin sebanyak mana dia nak. Tapi kita perempuan, mungkin itu adalah satu satunya perkahwinan sampai ajal tiba. Fikir lah dalam2 sebelum buat sesuatu.

Kahwin muda ni banyak berkisar tentang pemahaman kau tentang tanggungjawab dalam berumah tangga. Kalau kau takde duit, tapi kau faham apa itu tanggungjawab pun kau tetap akan bahagia.

Ok sambung….Aku duduk rumah mertua, azab toksah cerita la. Dah la muda lagi, kahwin dalam keadaan dah pregnant, taktau buat kerja rumah segala, memang 2 tahun pertama kahwin aku terperap je dalam bilik. Aku extend belajar tapi lama2 berhenti sebab takde duit nak ulang alik ke tempat belajar.

Guys, kahwin muda tak seenak yang dijaja. Melainkan masa tu korang laki bini memang dah ada pendapatan tetap, dah matang mampu handle masalah rumah tangga. 4 tahun pertama kahwin, azab. Bergaduh tiap hari, stress takde duit, stress dengan mertua, stress itu ini. Takde yang indah aku nampak.

“Tak semestinya apa yang kita suka itu terbaik untuk kita”— Mesti pernah dengar kan? Itu la, dulu aku sibuk sangat nak kahwin. Rasa macam tak adil la orang sekeliling nak halang2 aku, benda baik kot “mendirikan rumah tangga” kononnya.

Sekarang, rasa la kau. Tuhan tu lagi tahu apa yang terbaik untuk kita, tapi bila kita insist nak jugak, ha rasa la kan.

Aku tak dapat rasa keluar dengan kawan2 dah macam student2 selalu buat masa zaman belajar, aku tak dapat rasa kebebasan tu sebab aku kahwin muda. Di saat kawan2 seronok study group, hiking sana sini, aku mereput jaga anak dekat rumah. Tapi tak dinafikan aku sayang anak2 aku (sekarang dah 2 orang) diorang la chill pill aku bila stress.

Aku terpanggil nak luahan ni sebab dah terlalu banyak yang aku baca terlnjur dengan bf, nak kahwin kat thailand, nak nikah gantung, etc.Kalau korang yang membaca ni tergolong dalam ciri2 dekat atas, berhenti sekarang.

Berhenti buat benda tak elok dengan bf, 1 saat nanti kau akan dihantui dengan dosa2 kau (walaupun kau sudah berkahwin) sampai kau rasa nak hantuk kepala kat dinding terus lupa benda2 terkutuk kau pernah buat dulu.

Beehenti fikir nak kahwin kat Thailand. Ianya hanya akan membuatkan benda jadi lebih buruk. Kahwin ni benda mulia. Kita nak ibu bapa adik beradik di sisi masa akad nikah. Itu adalah benda yang kita akan kenang sampai ke tua. Dan susahnya bila kau ada masalah dengan suami tapi tak dapat nak mengadu pada keluarga sebab diorang taktau kau dah kahwin!

‘Takkk aku dengan bf aku takkan ada masalah la lepas kahwin. Kitorang akan hidup bahagia selamanya!’Bila kau lalui situasi aku cakap tadi, ingat balik luahan ni. Aku cakap padan muka kau, rasa la kan, nak sangat kan. Yang dah alami situasi aku, terlnjur dan pregnant. Jangan buang anak itu.

Kalau bf taknak bertanggungjawab, kau bela. Nak seribu daya taknak seribu alasan. Kalau bf nak bertanggungjawab, cepat2 kahwin. Tapi kau kena hadap la semua dugaan.

Jangan salahkan orang sekeliling, sebab kau yang cari pasal. Banyak2 buat solat taubat, dekatkan diri dengan tuhan. Percayalah, hati akan lebih tenang. Lepas 6 tahun struggle, business aku dan suami makin hari makin baik walaupun masih cukup2 makan.

Alhamdulillah. Korang doakan la biz kitorang tambah maju ye, aku teringin nak bawak mak bapak aku pergi haji, nak tebus balik semua kesilapan aku dekat diorang sebab aku ni anak harapan diorang. Diorang selalu panggil aku genius. Haih sedihh pulak bila kenang balik. Itu jelah. Kredit :kuasaviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *