Tiba2 tengahari dapat call, suami kemalngan. Peliknya semua orang sorok keadaan suami. Mak dari Pahang pun nak balik Kedah

Assalamualaikum. Aku harap korang baca sampai habis cerita aku ni. Yg mana nk share amat dipersilakan supya ia jd pengajran buat semua.

Aku Ain 31 tahun. Anak sorang. aku kenal dengan suami aku, Ahmad masa sama2 belajar di UA di KL pada awalnya kami hanya kawan baik tapi disebabkan baiknya dia lah aku terjatuh cinta tanpa sengaja.

Aku cerita tentang Ahmad pada mak ayah. mak ayah pun berkenan dengan Ahmad aku dan Ahmad lalui susah payah bersama2 dari awal hingga akhir sampailah jodoh kami datang.

Alhamdulillah masa habis belajar bisnes Ahmad menjadi jadi kami bebas dari loan majlis pun bukanlah grand sangat tapi cukuplah kami bahagia, keluarga gembira.

Selepas kahwin kami diuji bisnes Ahmad turun naik seolah-olah apa yg dia buat tak menjadi pada awal sesuatu bisnez tu, memang berjaya tapi di pertengahan mesti akan ada halangan.

Aku pula tak bekerja sebab Ahmad kata takpe kalau aku tak kerja selepas kahwin. Tapi Ahmad memang seorang yg sangat berusaha mencari rezeki lepas satu satu bisnez dia cuba.

Kami juga diuji dengan cahaya mata tapi kami fikir Allah akan bagi pada masa yg terbaik mungkin kami belum bersedia fizikal dan mental untuk ada anak.

Selepas beberapa kali bisnez tak berjaya hingga ke puncak, aku pernah terfikir macam ada yg buatkan rezeki kami sangkut kami pernah juga cuba perubatan islam tapi Alhamdulillah takde apa2 yg tak kena.

Ahmad tak suka bekerja makan gaji sebab itu dia cuba juga bermacam jenis bisnes tapi aku berfikir sampai bila nak mcm ni..aku ajak Ahmad tukar angin aku ajak berhijrah ke negeri lain. Ahmad OK, memang dia akan menurut segala kata aku aku berhijrah ke negeri kelahiran ku senang kalau2 ada sesuatu yg terjadi.

Bermulalah episod Ahmad mencari kerja. Alhamdulillah ada saudara rekomen kerja interview kali pertama, kiv agaknya nak jadi rezki kami, bos panggil interview kali kedua.

Walaupun kalau ikutkan kelulusan Ahmad, tak layak jawatan tu, dengan takde pengalaman. tapi kalau dah rezeki mana pernah salah alamat kan.

Kami menyewa rumah, dan bulan pertama Ahmad bekerja, bulan tu jugak aku hamil. Alhamdulillah rezeki mungkin itulah masa terbaik buat kami. Ahmad dapat kerja tetap, Allah bagi zuriat pada kami. Allah maha mengetahui apa yg terbaik buat kita.

Ahmad sangat baik.dari awal kenal aku bagitahu aku tak reti siang ikan dan ayam jadi setiap kali beli lauk, Ahmad yg akan siang dan cuci tugas aku cuma memasak kadang baju pun dia yg basuh bila mood malas aku datang.

Bilik air memang tugas Ahmad untuk cuci..Ahmad tak pernah marah aku dari awal kenalndia akan menuruti kemahuan aku kalau dia mampu dia sangat manjakan aku dan aku tahu dia amat mencintai aku.

Aku:Abang, kalau sayang dah takde, abang jangan kahwin lain ye? aku memecah sunyi.
Ahmad:Yeee.nSayang la tu kot.
Aku:Haa laa. Kubur abang merah lagi sayang dah kahwin lain Hehe Aku berseloroh.
Dia buat muka cemburu dia.
Aku: Orang perempuan tak macam lelaki. Senang ganti tempat di hati aku cuba memujuk.
Dia senyum je. Kembali diam. Tekun memandu.

Seminggu sebelum kejadian itulah yg aku rasa. Seakan ajalku makin menghampiri. Apatah lagi ketika itu aku sedang berbadan dua. Banyak kemungkinan boleh berlaku.

“Abang, sayang takutlah. Rasa macam ajal makin dekat. Mungkin perasaan sayang je kot kan.. Moga Allah panjangkan usia abang, sayang dan anak2. Aminn”. Whatsapp sent. 1.16am. 6.00am bluetick.

5 hari sebelum kejadian, aku maklumkan pada dia apa yang aku rasa. Hanya melalui pesanan ringkas. Dia sudah tidur ketika itu. Aku tengok dia tidur. Kepenatan. Letih bekerja. Dengar dengkuran halusnya. ‘Jangan ambil nyawaku lagi ya Allah. Sungguh aku belum bersedia.’

“I Love You Sayang. sayang minta maaf belum jadi yang sempurna untuk abang. Sayang harap abang terima baik buruk sayang macam mana sayang terima abang.”

Lagi sekali hati tak tenang. Pesanan ringkas ku kirim lagi tika dia bekerja, sehari sebelum kejadian.nDia hanya balas ‘Love U Too’ bersama emoji love.

Pagi kejadian, macam biasa, bangun tidur, dia kejut aku waktu subuh. Bergurau macam biasa. Manis senyumannya pagi itu. Dia bekerja hari tersebut walau cuti umum. Aku salam dia. Pipi dia aku cium macam biasa.

‘Sejuknya pipi’ Getus hatiku. Dia cium dahi aku. Lama. Dia kuncikan pintu, kuncikan pagar rumah. Aku panjatkan doa semoga Allah permudahkan segala urusan dan lindungi dia dari sebarang musibah. Dia lambai aku. Yang terakhir kalinya.

Tengahari. Telefon berbunyi. Sepupuku, kakcik. Aku jawab dengan seronok. Tapi yang aku dengar buat aku hilang pedoman. “Pak ngah dia eksiden Hang siap nah. Sat gi abang cik pi ambik. Siap nah”.

Aku dah terjerat. “Teruk ke kakcik?”. Kakcik tahu aku macam mana. “Tu kakcik malas habaq. Hang siap nah”. Itu je jawapan kakcik. Aku tak puas hati. Telefonku berdering tanpa henti. Kakak ipar aku telefon tanya pasal dia. Aku tak tahu keadaan dia. Aku hanya mampu menangis.

Aku hubungi ayahku, maklumkan tentang kejadian.nAyah aku kata dah tau.nAyah aku kat pahang boleh tahu keadaan di tempat aku? Tak puas hati, aku hubungi telefon dia.nMakteh jawab

“Ain sabaq, Ain siap nah. Mai sini. ”. “Teruk ke makteh?”. Makteh senyap. Lagi sekali aku tegas bertanya teruk ke. “Ain mai nah. Mak pun nak mai kan.”

Mak aku dari pahang nak balik kedah? Untuk apa? Aku dah makin pelik. “Makteh habaq la teruk ka dak?”. “Haa.. Teruk..”
LbYa Allah. Lindungi dia. Aku pakai je baju apa pun.

Aku hubungi sepupuku supaya cepat sikit sampai. Mak saudara aku sampai bersama abang cik. Dalam perjalanan ke hospital, tak henti aku menangis.

Kakak aku juga maklumkan akan datang ke kedah.nApa yg berlaku ni. Eksiden apa sampai semua nak balik ni. Aku mohon abang cik lajukan pemanduan. ‘Abang, kuat abang.’ doaku.

Sampai di hospital, kakcik laju mendapatkan aku. Dia peluk aku bawak ke zon merah. Ramainya orang beruniform macam dia. Aku nampak bos dia. Bos dia buat isyarat supaya tenang. Mana boleh tenang selagi aku tak tahu apa yg jadi. Kakcik ketuk bilik rawatan, doktor buka pintu, aku masuk.

Aku nampak kaki dia. Dia terbaring di atas katil. Aku dah jerit.Aku peluk doktor. Aku tanya doktor, doktor diam. Doktor cuma minta tandatangan aku untuk merawat dia. Aku nak tengok dia, doktor kata nanti. Doktor nak jahit dulu.

“Suami saya ok kan doktor?”. “Dia ok puan, cuma….. Krtikal..”. Doktor minta aku keluar dahulu. Rakan sekerja dia dtg berikan handphone dan wallet dia. Allah. Apa jadi ni. Kawan-kawan dia ceritakan apa yg jadi. Eksiden motor dengan motor waktu nak keluar makan.

Sangkaku tak teruk. Orang yang langgar siap nak larikan diri lagi. Mestilah tak teruk. Ya, jasadnya memang elok. Tapi doktor maklumkan berlaku pendrahan di kepala. Allahu.

Aku keluar masuk bilik zon merah. Dia dah kaku. Sepenuhnya bergantung pada bantuan mesin. Sehinggalah doktor maklumkan dia dah tak dapat diselamatkan. 27jam dia bertarung nyawa. Tak henti aku mengharapkan keajaiban dari Allah.

Tapi apalah daya bilamana aku perlu berebut dia dengan Allah. Sudah pasti Allah lebih berhak. Apa yang berlaku sepanjang di zon merah, aku pernah kongsi di Fcbook aku. Mungkin ada dari kalian yg pernah membacanya.

Sebelum dia disemadikan, aku sempat tidur peluk dia buat kali terakhir. Aku baring sebelah dia, peluk dia yg kaku dan sejuk. Dengan perut yg sarat berisi Umar. Walaupun cuma 3jam. Cukuplah.

Ada juga kesempatan terakhir untuk aku. Aku cium dia yang terakhir kalinya. Sejuk. Wangi. Sama macam pagi terakhir aku cium dia waktu dia masih bernyawa.. Bezanya sekarang aku cium dia tanpa dia balas ciuman aku.

22 Januari 2019
Genap setahun pemergiannya. Segalanya masih segar dalam ingatan. Tiada apa ku lupa walaupun satu. Umar pun dah 10bulan. Ramai kata umar seiras arwah abahnya.

Tak pernah aku lupakan dia walau sesaat. Takkan ada penggantinya. Kerana dia teristimewa dihatiku.

Al-Fatihah suamiku. Allah kirim rasa pelik padaku. Aku sangka aku yang bakal dijemput. Rupanya itu hint untuk aku.. Suamiku yang pergi dahulu. Selepas ketiadaannya baru aku faham semua yg berlaku pada aku. Aku pernah kongsi semua itu pada confession ku yang lepas. Saja aku share dengan korang semua.

Orang yg pernah alami kehilangan, pasti faham kenapa aku berkongsi cerita. Aku cuma mengharapkan doa yg baik-baik dari semua. Terima kasih yang sentiasa bagi sokongan hingga kini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Jadi sekarang aku faham kenapa Alah uji kami dengan bisnes yg tak jadi mungkin Allah nak uji sejauh mana kesabaran kami sekuat mana kesetiaan kami.

Ahmad meningal kerana kemlangan ketika bekerja dan disebabkan itu aku dan anak dapat pencen dari perkeso bayangkan kalau bisnes Ahmad menjadi, dan Ahmad meninggal yang ada hanya simpanan sedangkan yg aku dapat sekarang pencen seumur hidup dan anak sampai umur 21 tahun aku tak payah kerja pun takpe.

Basic gaji Ahmad tak banyak mana tapi Ahmad sangat rajin buat kerja lebih masa sebab apa? Excited nak sambut baby la kan sebenarnya Allah yg gerakkan Ahmad untuk rajin bekerja.

Sebab Ahmad akan tinggalkan rezeki buat isteri dan anaknya kerana pencen yg kami terima dinilai 90% dari gaji keseluruhan Ahmad memang la tak banyak mana bagi org lain tapi bagi aku sangat2 cukup ye la tak bekerja dapat duit kan rezeki la tu nafkah dari barzakh.

Mungkin juga Ahmad kerja dari pagi hingga malam sebab Allah nak aku belajar erti rindu masa Ahmad hanya tidur sahaja di rumah selebihnya bekerja.

Allah nak bagi aku rasa hidup tanpa Ahmadnsebab sekarang aku betul2 dah kehilangan Ahmad kehilangan yg takkan dapat semula.

Dan hikmahnya Ahmad bekerja di negeri kelahiran ku, segala urusan ketika Ahmad kemlangan, dipermudahkan kerana di sana ramai saudara mara ku.

Jadi aku tak keseorangan sementara nak tunggu keluarga kami sampai kalaulah jadi di tempat yg asing dengan tiada kenalan, Allahu tak dapat aku bayangkan Allah sebaik perancang.

Allah baik kan? Dia uji aku tapi Dia juga bagi kekuatan pada aku kalau Ahmad masih ada, mesti aku tak sekuat sekarangnsebab Ahmad terlalu manjakan aku Ahmad sangat baik pada semua mungkin Ahmad penat nak jaga hati banyak orang, Allah bagi Ahmad berehat awal.

Jadi sesiapa yg diuji dengan kesusahan, teruskan bersangka baik dengan Allah banyakkan bersabar ingat, Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita yakinlah disebalik ujian itu, ada hikmah yg tersembunyi.

Hidup ini penuh dengan ujian..kaya ujian, miskin ujian, sihat ujian, skit ujian dll. jangan tengok orang yg lebih dari kita, tapi tengoklah org yg kurang dari kita bersyukur dengan setiap apa kita perolehi..ujian itu tanda sayangnya Allah pada hambaNya.

Maaf kalau ayat tunggang terbalik. Lagi pula aku bukanlah penulis yg hebat. Hanya seorang yg biasa-biasa, meluah segalanya dengan penuh kejujuran. Bukan nak minta simpati, aku cuma meluah apa yg aku lalui.

Aku tahu, bukan aku seorang diuji sebegini rupa. Ramai lagi senasib dengan aku dan umar. Doaku semoga rakan sekasut diberikan kekuatan sepenuhnya untuk menghadapi jentikan kasih sayang dari Allah ini.

Lahir adalah satu tarikh tak diduga. Mti pula satu tarikh yang tidak dapat ditunda, Kun fayakun. Moga kita semua dijemput dengan sebaik pengakhiran. Aminn. Terima kasih semua yang sudi membaca sampai sini.. Assalamualaikum. Sumber: utusanviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *