“Bila nak ada anak” – Awalnya kami ok je, hinggalah mertua cadangkan suami kahwin lain. Suami boleh tertawa, tapi aku tidak

Assalamualaikum semua. Aku nak share kisah hidup aku sebagai pengajaran dan iktibar. Lepas beberapa kali dipujuk adik aku agar berkongsi kisah ini agar dapat memberi semangat dan pengajaran kepada mereka yang senasib dengan aku.

Aku mendirikan rumahtangga dengan Atif (bukan nama sebenar) sebaik sahaja tamat pengajian. Kami berkahwin atas dasar cinta. 2 tahun pertama perkahwinan kami masa dalam fasa bulan madu. Tetapi biasalah mulut-mulut org sekeliling mula bertanya ‘bila nak ada anak?’.

Pada mulanya aku dan Atif sama-sama tidak kisah kerana fokus kami masih pada kerjaya kami. Walaupun rezeki anak masih tidak kunjung tiba tetapi Alhamdulillah kami masing-masing mampu membeli rumah dan kereta yang agak selesa.

Konflik bermula apabila mak mentua aku sudah mula mempersoalkan tentang zuriat kepada aku. Untuk makluman semua, Atif merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga. Atif mempunya 5 orang adik beradik dan dia anak yang ke 3.

Jadi mungkin disebabkan adik beradik perempuan Atif yang lain sudah berkeluarga dan mempunyai zuriat masing-masing maka Mak mentua aku sudah mula bising dan mendesak Atif untuk mendapatkan zuriat.

Pada tahun ke 4 perkahwinan, aku sudah pun memulakan rawatan kesuburan. Menurut doktor kami suami isteri tiada masalah kesuburan. Tapi doktor ada menyarankan kaedah IUI kepada kami suami isteri.

Berita tersebut terus sahaja Atif sampaikan pada mak mentuaku. Perkara tersebut pun menjadi isu buat mak mentuaku kerana merasakan aku tidak seperti anak-anak perempuannya yang subur.

Kecil hati aku bila mendengar kata-kata mak mentuaku sampai begitu sekali. Sepatutnya seorang perempuan lebih memahami perasaan perempuan lain bila berkaitan hal begini. Siapa yang tidak menginginkan zuriat? Tapi zuriat itukan salah satu rezeki Allah. Siapa kita nak mempersoalkan rezeki Allah.

Aku sedikit berjauh hati dengan mak mentuaku. Hubungan kami suami isteri sedikit sebanyak turut terkesan. Mujur ada orang tua aku yang banyak memberi sokongan dan nasihat supaya bersabar.

Kesabaran aku teruji saat mak mentuaku sendiri yang mencadangkan Atif beristeri lagi agar dia dapat menimang cucu dari anak lelaki tunggalnya.

Ya Allah, sampainya hati mak mentua aku cakap begitu di depan aku. Atif sekadar mentertawakan kata-kata maknya itu mungkin memikirkan itu hanya gurauan semata-mata tetapi tidak bagi aku. Balik sahaja dari rumah mentua, aku menangis sepuas hati.

Sepanjang malam aku tidak tidur memikirkan kata-kata mentuaku. Aku ingat lagi bermula pada malam itu lah aku doa dan mohon pada Allah, berikanlah apa yang terbaik untuk aku dari sisiNya.

Tepat ulangtahun 5 tahun bulan perkahwinan aku dan Atif, kami bercerai secara baik. Banyak perkara yang terjadi tapi aku tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

Sewaktu kali terakhir aku menyalam tangan Atif waktu itu aku dah ikhlas dan redha dengan segala-galanya. Aku ingatkan aku akan menangis tetapi tiada setitis pun airmata mengalir dari mataku. Cuma mungkin hujan lebat pada hari itu menangisi perpisahan kami.

Masuk tahun ini sudah 4 tahun aku beraya sejak penceraian yang lalu. Hihi. Dugaan sebagai seorang Janda juga sangat hebat. Tapi aku bukanlah seorang perempuan yang akan membina kebahagiaan atas airmata orang lain. Aku juga tidak mahu memegang title penyondol. Haha.

Allah itu maha baik. Syukur Ya Allah. Dia temukan aku dengan Amar. Terima kasih Ya Allah untuk segala rezeki dan nikmat yang Kau berikan. Sebelum aku menerima pinangan Amar, aku berterus terang kepada Amar dan keluarganya yang mungkin aku tidak dapat memberikan zuriat kepada Amar jika dia tetap ingin berkahwin denganku.

Tidak semena-mena Ibu Amar memeluk aku pada waktu itu. Aku masih ingat kata-kata dan hangatnya pelukan Ibu sehingga ke hari ini. Alhamdulillah aku dan Amar sudah pun hampir 10 bulan bernikah.

Doakan aku dipermudahkan urusan bersalin bulan Ogos nanti. Aku bersyukur dengan segala ujian dan nikmat yang Allah berikan pada aku. Buat Ibu, terima kasih sebab menerima Tya yang serba kekurangan dalam keluarga Ibu. Terima kasih untuk doa-doa ibu dan terima kasih sebab besarkan Amar.

Amar, kita bercinta sampai syurga ya. Fyi, Atif juga bahagia dengan isteri dan anak-anaknya. I pray for your happiness, always.

Pengajarannya di sini, kadang-kadang kita putus asa sampai rasa kenapa Allah tak makbulkan doa aku ni. Allah Maha Mendengar. Allah tahu apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita inginkan. Sabar seems to be the hardest word. Tapi kuncinya memang sabarlah. ALLAH MAHA Baik. P/s : Cantiknya pelangi selepas hujan

Antara komen netizen :
Husna Iffah –Tenangnya baca… Setenang air yg mengalir lembut. Alhamdulillah, tahniah puan. Semoga puan dan suami menjadi ibubapa yg mithali serta memperoleh anak-anak yg soleh solehah lg bijaksana. Aameen!!! Sentiasa bersangka baik terhadap Allah kerana itulah Dia dlm hidup Kita.

Chuya Shams –Alhamdulillah semoga kalian kekal bahagia hingga ke syurga. Semoga kita pembaca juga kekal bahagia hingga ke syurga. Sekiranya ada antara kita sedang diduga, takpa.

Teruskan dan inshaallah kita semua akan mendapat kemanisan akhirnya. Kuatkan hati, jalan terus. Berserah kepadaNya. الله sentiasa ada bersama kita.

Maizatul Harmi –Tidak semua mampu memahami… Tidak semua mampu menerima.. Tahniah confessor atas kekuatan menghadapi kedukaan ini..sehingga yg pahit menjadi manis akhirnya. Tiada siapa yg tak nakkan zuriat. cuma siapa kita utk mengatasi takdirNYA

Abibah Semis –Seorang arwh makcik…mertuanya masyaallah….dan dia selalu beritahu… cik kalau ada menantu perempuan cik nak sayaang macam anak sendiri saya boleh bayangkan hatinya yang pecah seribu dengan sikap mertua.

Sayang dia pergi dulu sebelum dapat menantu perempuan…syukur mertua saya sangat baik orangnya…meski saya x mampu berikan dia cucu…ipar2 saya selalu kata ..saya menantu keaayangannya…

Yantz Nabihan –Alhamdulillah.. bahagia akhirnya.. tp pelik btoi manusia ni.. sebuk dgn rumah tgga org.. ckit2 nak suruh menikah lain yg belum tentu menjanjikan bahagia..sy penah kena jugak.. mak sedara suami syorkan agar suami kawen dgn ex gf dgn alasan budak tu baik..

Sedangkan sy tgh sarat hamil anak ke 2 masa tu n bawa dia jalan2 lg sbb suami kerja.. mgkin bg dia sy x cukup baik.. entah la.. mulut manusia.. mentua/ parents kita baik.. tp belum tentu saudara mara mereka atau kt baik..

Nur Asyiqin Sulaiman –Sejuk hati saya baca perkongsian puan. Adik saya belum direzekikan anak. Kami sekeluarga tak pernah mempersoalkan sebab itu rezeki dari Allah. Cuma mendoakan mereka diberi rezeki yang terbaik.

Kadang kita ahli keluarga terdekat rasa sentap juga dengan pak cik mak cik bawang yang tanya, “dh berapa lama kahwin? Belum ada apa2 lagi? ” mujur saya tak melaser di situ sebab saya rasa orang yang ditanya tu hatinya entah camne rasa.

Tolonglah pak cik bawang.. tanya saja hal lain. Contoh, cuti raya lama ke? Dh beraya ke mana je? Sorry sebab emo.– Nian di hati (Bukan nama sebenar) via iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *