“Kuat Ya Anak, Kemenangan Menunggu Mu”, Status Terkini Ainul Mardhiah Selepas Selesai Pembedahan

“Kuat ya anak, kemenangan menunggu mu”. Itu harapan yang diluahkan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada Ainul Mardhiah, yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor.

Melalui hantaran di Fcbook miliknya kira-kira satu jam lalu, Ahmad Safiuddin seakan memberi gambaran anak perempuannya berusia sembilan itu kini sedang melalui proses rawatan seterusnya.

Melalui status dimuat naiknya Ahmad Safiuddin berkata, walaupun dia dan isteri Nurul Erwani Zaidi, 24, tidak dapat menemani anaknya itu tetapi mereka yakin malaikat ada untuk menjaga Ainul Mardhiah.

“Apa pun jawapan Allah, mama dan walid akan terus reda dan bersyukur,” katanya melalui perkongsian di Fcbook, miliknya.

Malah, kira-kira 8 malam tadi, Ahmad Safiuddin turut memuat naik gambar bilik yang menempatkan Ainul Mardhiah kosong tanpa kelihatan anak kecil itu.

Melalui perkongsian dimuat naik itu, rata- rata yang mengikuti perkembangan Ainul Mardhiah mendoakan agar anak kecil itu diberikan kesembuhan.

Pada 24 Mei lalu, Ainul Mardhiah bersama ibu dan bapanya terbang ke London bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sana.

Melalui entri yang dimuat naik oleh ibu Ainul, beliau meminta doa daripada semua supaya pembedahan anaknya berjalan lancar seperti yang diinginkan.

“Isnin, 10 June 19,11:50 am, London
Hari yang ditunggu tunggu telah tiba.
Semoga Allah permudahkan urusan Ainul Mardhiah untuk Ainul boleh terus berada di sisi mama dan walid. Ainul you’re the little fighter.

Mama dgn walid yakin kamu akan membesar dengan sihat, berjalan, berlari dan bermain dengan kami semua. Hari ini, kamu akan berjuang dengan diri sendiri. Lama kamu akan berada dengan Dr hari ini. InshaAllah tak sakit kan Ainul, Dr jaga Ainul dalam tu.

Jangan nakal nakal ya. Tadi mama dan walid dah cium peluk Ainul sebelum Dr ambil Ainul. Dr di sini semua baik baik. Allah bantu kamu Ainul, Allah ada di sisimu.”

Sama-samalah kita mendoakan kesihatan dan kesembuhan untuk adik Ainul Mardhiah. “Alhamdulilah Semua Dipermudahkan, Ainul Stabil”, Ibu

Berhubung posting sebelum ini, rakyat Malaysia tertunggu-tunggu keputusan serta keadaan adik Ainul selepas mengharungi tempoh pembedahan sejak malam tadi.

Status yang telah dikemaskini oleh bapanya mengundang reaksi pelbagai rata-rata netiizen. Walau bagaimanapun, melalui instagram milik ibunya, Nurul Erwani, jelas memberitahu bahawa Ainul selamat sepanjang operasi dan disahkan stabil.

Dalam pada itu, ibu Ainul turut berterima kasih bagi setiap pihak yang terlibat terutamanya para doktor dan memohon doa daripada kita semua agar Ainul terus kuat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Salinan dari. Asia Kini. Sumber: hmetro dan siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *