Mak mencebek kan mulut dia dapat tahu suami aku tak bekerja, bos pula nk ambil kesempatan suruh aku cerai

Assalamualaikum. Semoga kita semua dalam rahmat Allah. Kali ni Cik Nah nk share apa yg berlaku dalam keluarga kecil Cik Nah, jatuh bangun nya kami.

Kami kawen masa umur 25 tahun. Masa tu Ciknah tak kerja lagi.. So Ciknah ikut la suami duk merantau negeri orang. Masa ni Suami Ciknah kerja freelancer dengan Abang dia.. Setahun lepas kawen, Ciknah dapat offer kerja KL.

Tuhan je yang tahu peritnya PJJ tambah-tambah Ciknah tengah sarat mengandung. Memang tiap-tiap malam rutin Ciknah nangis2 dalam bilik sewa sambil telefon suami..

Tak payah la tanya nape nangis tiap-tiap malam weh.. Emosi orang ngandung ni jangan main-main ye. Hari-hari juga lah bila pergi kerja mata Ciknah bengkak kalah panda. Dah la sarat ngandung perut memboyot. Mata Ciknah pon turut memboyot. Buruk benar la muka ko Ciknah time ni.

Lepas Ciknah lahirkan putera sulong, suami Ciknah buat keputusan berhenti kerja dan ikut Ciknah duk kt KL.. Dalam kereta masa otw ke KL tu kami berdua borak-borak.

Ciknah bagitahu suami supaya betulkan niat stay sama-sama sebab nak bina keluarga kerana Allah. Masa ni kami tak punyai apa-apa pon. Saudara jauh di negeri lain. Tawakkal je kat Allah.

First day sampai kat Kl, kami cari rumah sewa, dalam sehari 3 buah rumah kami pergi view. Allah nak duga, hari yang sama juga kereta kami rosak. Econ tak function. Maklum la kreta pun pakai kereta second hand yang dah berusia 8 tahun ehsan adik beradik suami Ciknah..

Bayangkan kami berpeluh dalam jem dalam bandaraya KL.. Atas pangku Ciknah ada Az yang baru umur dua bulan. Menitis juga lah air mata ibu bila tengok anak kepanasan dalam kereta.. Dari pagi sampai malam kami pergi view. Maghrib baru jumpa rumah yang sesuai. Bermulalah episod di kota raya..

Kami decide nak jaga sendiri anak sebab memang langsung tak kenal orang sekeliling, tambah-tambah duk dengar banyak kes pengasuh dera budak kat KL ni.. Memandangkan tak ada apa-apa kerja, dengan sukarela suami Ciknah jadi Mr Mama.

Family Cik Nah dan suami memang memandang serong dekat suami. Yela mentality pemikiran orang, suami yg kena cari kerja. Bukan isteri, isteri kena duduk rumah jaga anak2. Memang sedih bila 2 2 family pulaukan kami. Asal balik kampung je, mak mesti mencebek mulut tanya bila si suami nk mula bekerja.

Itu baru mak, kalau adik beradik ni, memang dia orang tak layan sgt kami. Ada yg ckap kalau kami pulang ke kampung habiskan beras mak je. Even Cik Nah hulurkan wang belanja tiap2 bulan kt keluarga kampung, masih ada yg berbunyi belakang. Memang tak banyak mana pun, tp sekurang2nya kami ingat lagi nk bg dekat keluarga.

Ok sambung balik, untuk pengetahuan semua, makan minum tukar pampers mandikan Az suami Ciknah urus A-Z.. Sungguh. Ciknah tak sangka suami Ciknah mampu buat semua tu. Masa ni memang bergantung dekat gaji Ciknah sorang je. Ciknah ok je, cuma waktu ni kami cukup-cukup makan je.. Tak ada saving..

Cik Nah bekerja sebagai HR di syarikat swasta, dalam ramai2 staf di situ ada juga yg ambil kesempatan cuba tnya Cik Nah suami kerja apa. Cik Nah cuma ckap dia kerja dari rumah je menagsuh anak2.

Dan bos Cik Nah memang sering kali meperkotak katik kan suami Cik Nah, siap offer kt Cik Nah suruh becrai dan dia akan kahwin dgn Cik Nah.

Mengucap panjang bila bos offer mcm tu, sengaja nk ambil kesempatan. Dia ingat Cik Nah tak de maruah dan penting kan harta benda kot. Cik Nak tolak offer dia secara baik dan dedikasi supaya dia tak terasa.

”Suami saya syurga saya, becerai mti baru lah kami akan terpisah
Lepas dr kejadian tu, Cik Nah dan suami berbincang, untuk dapatkan saving, suami Ciknah decide nak kerja, tapi pada masa yang sama tak nak hantar anak dekat pengasuh. Nak dijadikan cerita, Suami Ciknah ni pandai masak makanan tradisional..

So dia decide untuk masak pastu bungkus dan hantar nasi bungkus tu ke restoren. Awal pagi dia hantar Ciknah pergi kerja, lepas tu terus hantar nasi ke restoren. Hari pertama, hantar 10 bungkus je. Petang pergi collect. 4 bungkus je terjual. Ya. Untung Rm10 je.

Hari kedua hantar 10 juga. 3 je terjual. Allah.. Ciknah terus bagi galakan dekat suami.. Rezeki takkan datang bergolek. Dalam tempoh setahun kehulu kehilir suami Ciknah akan bawa Az sama-sama. Turun naik jualan nasi tu biasa.

Sampai la hampir setahun duk ulang rutin yang sama.. Ciknah bagi cadangan, supaya suami Ciknah buka gerai tepi jalan dekat tempat yang agak strategik. Suami Ciknah sambut baik cadangan tu..

Hari pertama niaga, bukak meja sebiji, pakai kad manila je nak bagi tahu jual apa. Pusing modal. Seminggu lepas tu up level sikit beli khemah, buat banner besar. Allahuakbar, hari pertama hanya 5 bungkus terjual. Dalam masa 2 tahun, kini sales hampir 40-60 bungkus setiap hari. Tiap-tiap minggu masuk order tempahan.

Dalam tempoh 3 tahun duduk KL, 3 tahun berturut Ciknah bersalin. Tiga-tiga anak Ciknah, suami yang jagakan. Dia niaga pagi, Ciknah kerja shift tengahari.

So kami sama-sama jaga anak-anak. Walaupun tak berharta, tapi suami Ciknah sangat bertanggungjawab. Tak pernah dia abaikan emosi dan fizikal kami anak beranak..

Alhamdulillah. Dulu, dari rumah sewa. Kini, kami dah duduk rumah sendiri. Dulu dari kereta tak ada econ dan selalu tersadar tepi jalan. Kini kami dah boleh beli kereta kedua.. Ciknah syukur sangat-sangat atas anugerah terindah ni. Tq My Mr Mama.

Keluarga kami kedua dua belah pihak pun alhamdullilah sudah da buka mata hasil titik peluh suami, keberkatan tu ada , bisnes kami semakin maju tanpa ikatan hutang bulanan dgn mana2 bank, siap ada yg adik beradik kami yg dulu cemuh dan pulau kami nk pinjam duit sebab tak mampu nk bayar kereta. Kereta dia bakal ditarik any time sbb tertangguh lebih dari 4 bulan.

Cik Nah dan suami lah yg tolong setelkan hutang kereta tu, kami tak minta dia bayarkan balik, kami anggap sedekah antara adik beradik. Menitik air mata dia time tu bila suami cakap macam tu. Yela time kami susah dulu, memang dipandang hina, tapi bila da berjaya sikit kami dijulang. Inilah karma kehidupan kita.

Mak dan ayah Cik Nah dan belah suami kami berjaya hantar mereka menunaikan umrah dalam masa yg sama, semua perbelanjaan suami cik Nah yg sponsor. Syukur rezeki kami masih murah.

Untuk bos yg selalu cuba nk pisah aku dan suami, sekarang dia selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan dia sendiri. Untuk kos goodies time hari majlis perkahwinan. Suami Cik Nah yg sponsor. Dia terharu sgt dgn tindakan baik suami. Muka dia mmg cuak la tgk suami dtng majlis,hehe.

Buat suami ku tersayang, Cik Nah bersyukur sgt dgn pelbagai rintangan yg kita lalui selama ini. Awak beri penuh harapan ketika saya keluar bekerja dan percaya kesetiaan saya walau banyak onak dan duri yg kita hadapi bersama. Syukur sgt jodoh kita masih dipanjangkan bersama.

Buat para isteri, Andai suami mu sudah sehabis daya sepenuh usaha bekerja untuk mencari nafkah,redhakan mereka.Usah dibanding kita dengan yang berada.Usah meminta diluar batasan yang diusaha.Abaikan mulut puaka dan syukuri apa yang ada.

Buat para suami, Tunaikan kewajipanmu. Rezeki datang pelbagai cara. Bersabar lah. Usah kau khuwatir. Kepada Dia sebaik tawakkal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *