“Suka hati aku lah, keta laki aku” – sejak papa mniggal, mama jd degiil. Ikut ckp kwan, smpai tanah pusaka pun dijualnya

Assalamualaikum semua. Nama aku Ayu. Aku tak tau macam mana nak meluahkan tapi ini lah perjalanan hidup aku sejak aku habis belajar universiti, senang cerita sejak kerja la.

Papa aku dah mnnggal dah 4 tahun. Ibu aku ni aku panggil mama. Mama aku ni teramat lah degil, sejak papa aku ni mnnggal kehidupan mama aku ni macam langsung tak ada sesiapa boleh tegur atau nasihat.

Mula-mula aku fikirkan dia mungkin memberontak ke atau tertekan ke sejak papa aku mnnggal. Tapi tak, memang dari dulu mama aku ni akan buat keputusan yang ikut 100% kata hati dia dan mama aku ni senang sangat kena tipu bab-bab duit ni dengan kawan-kawan dia. Anak-anak hanya mampu bagi pandangan, memang dia m@ti hidup balik la nak terima.

Contoh, beberapa bulan selepas papa aku mnnggal, mama aku nak upgrade kereta dia dan nak jual kereta papa aku. Aku menangis sebab kenangan kereta papa kesayangan aku tu susah nak cari ganti. Tapi mama aku cakap kereta dia dah meragam, dia nak upgrade model latest so dia nak jual kereta papa aku untuk top up deposit dia.

Dalam kesedihan tu aku bantu la jugak mama aku sebab mengenangkan yelah mudah untuk dia bergerak sana sini kalau kereta baru so tak banyak meragam. Untuk pengetahuan semua, mama aku ni memang aktif berpersatuan, jadinya sejak papa aku hidup dia busy, bila papa aku dah mnnggal dua kali ganda lah aktif dia.

Okey berbalik hal kereta, aku surveykan kedai kereta harga nak trade in kereta papa aku tu. Rata-rata semua nak ambil 10 ribu ke 12 ribu aje. So aku uruskan untuk mama aku. Tiba-tiba kawan dia rekemenkan satu kedai used car yang lain. Mama aku setuju ikut cakap kawan dia dengan harga 6 ribu saja.

Aku punya lah sedih, macam tu aje mama aku letak nilai kereta papa aku dimata dia. Aku tak setuju. Mama aku cakap “Suka hati aku lah, kereta laki aku”. Aku hanya mampu sabar dan move on macam biasa kena telan. Kemudian, mama aku ni ada 2 tanah lain selain rumah yang mama aku tinggal.

Tak besar mana, setakat cukup untuk buat sebiji banglo je aku rasa. Sebelum papa aku mnnggal, sejak kecil aku dengar papa mama aku ni bagitau ni nanti anak-anak punya. Bertahun-tahun aku dengar macam tu. Kemudian, lepas je papa aku mnnggal mama aku terus jual tanah tu. Aku gagahkan diri tanya kenapa nak jual, mama nak guna duit ke? Dia jawap “Suka hati aku lah, tanah nama aku”.

Aku riki-riki harga jualan dari makcik aku, banyak jugak dalam 100 ribu, sebab tanah kampung. Aku check dengan kawan-kawan sepatutnya mama aku boleh dapat lagi mahal tapi dia degil, gelojoh terus cepat-cepat nak ikut rekemen kawan. Aku macam biasa geram sebab mama aku kena tipu. Bila aku cuba bagitau macam biasa aku kena maki balik.

Ni aku cerita insiden yang besar-besar je, insiden kecik2 yang menunjukkan kedegilan mama aku tu secara harian, memang semua orang tahu. Sampaikan sedara mara aku semua dan adik beradik aku kalau cerita je pasal mama aku akan cakap “Mama memang macam tu, mama mana nak dengar pendapat orang”. Senang cerita ipar-ipar mama aku dah malas nak amik tau pasal mama aku lagi.

Insiden latest, mama aku ni kalau beli apa-apa dia bincang dengan kawan-kawan dia aje. Anak dan sedara ni org terakhir yang akan tahu. So mama aku nak beli lagi kereta second hand untuk tujuan bisnes baru dia dengan kawan dia. Mama aku boleh letak deposit terus 5 ribu lepas tu baru bagitau kat aku dan tunjuk gambar kereta kat aku.

Aku bandingkan dekat Mudah, macam biasa mama aku kena tipu dengan kawan-kawan dia. Harga kereta yang dia setuju nak beli ni 10 ribu lagi tinggi dari harga pasaran. Aku macam biasa, explain kat mama aku, mintak dia bincang dengan kawan dia slow talk ambil deposit balik. Dah la bayar deposit sampai 8 ribu.

Mama aku jawab “Eh kau diam lah, duit aku, aku punye suka la”. Macam yang aku jangkakan, macam biasa, tu lah jawapan dia. Mama aku takkan dengar langsung pandangan aku. Mama aku ni dah 60 lebih tahun, tapi sikap dia entahla tak sama macam mak-mak orang lain, kadang-kadang aku cemburu dengan kawan-kawan aku. Nak jugak rasa dapat mak yang normal macam orang lain.

Aku kadang-kadang pikir dah banyak kali aku jatuh derhaka (Ya Allah, ampunkan aku) sebab terpaksa tinggikan suara nak sampaikan point kat mama aku bagi dia faham. At least, jangan la buat keputusan terburu-buru especially pasal duit. Cukup-cukup lah pencen papa aku 3 ribu untuk mama aku sorang. Tapi mama aku tak pernah cukup. Tak perlu la nak ikut lagi cakap kawan-kawan buat bisnes tu buat bisnes ni.

Selalunya, bisnes syok sendiri je. Yang rajin keluar modal semua mama aku. Aku cuba taknak bagi dia banyak membazir, cukup-cukup lah dunia ni kejar pulak akhirat. Tapi dia degil, takkan dengar pandangan anak-anak. Yang dia nampak duit nak kaya raya nak mewah. Agaknya.

Aku sampai satu point tak tau lagi apa aku nak buat, aku cuba nasihat mama aku memang takkan dengar. Aku tak monitor, aku tengok samada dia membazir buat bisnes bukan-bukan, takpun kena tipu dengan kawan-kawan. Banyak kali aku rasa nak marah atau sound kawan-kawan mama aku. Tapi rasa macam tak patut pulak.

Sekarang aku rasa aku nak biar je mama aku buat apa dia punye suka, lantak lah. Aku asyik fokus dengan kerenah mama aku kadang-kadang aku tengok macam tamak, kadang-kadang gelojoh. Entah lah aku tertekan betul. Okey lah lega sikit dapat luahkan. First time aku mengarang. Terlebih terkurang sorry ye.– Ayu (Bukan nama sebenar) via iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *