Geram sgt suami bt hkum sendiri trlepas ckp crai dlm hp, dia pksa ‘bersama dia berkali2’ mlm tu sbgai rujuk

Assalammualaikum. Niat saya di sini hanya untuk berkongsi cerita kehidupan saya ketika berumahtangga. Untuk pengetahuan anda semua, saya telahpun bercerai pada pertengahan 2018. Kisah ini bolehlah dijadikan iktibar untuk adik-adik yang menggeletis nak kahwin, walhal masih tak tahu apa pun tentang tanggungjawab. Kami bernikah pada April 2012. Ketika itu, saya tidak bekerja, dan bekas suami saya juga tidak bekerja.

Ketika itu, bekas suami saya adalah seorang pelajar di sebuah politeknik. Saya masih ingat ketika itu, bapa mertua saya yang menyediakan duit mas kahwin sebanyak RM1,000.00. Kenduri diadakan secara kecil-kecilan. Selepas berkahwin, saya bekerja sebagai seorang kerani.

Pada Oktober 2012, saya disahkan mengandung dan saya terpaksa berhenti kerja pada Disember 2012 kerana mengalami alahan yang sangat teruk sehingga kandungan saya mencecah 5 bulan. Bekas suami masih lagi seorang pelajar ketika itu, jadi bapa mertua saya lah yang membeli semua kelengkapan bayi.

Saya bersalin pada Jun 2013. Macam biasa, bapa mertua yang bayarkan semuanya. Daripada bil hospital sehinggalah set berpantang, semuanya dia belikan. Pada masa itu, bekas suami saya ulang alik dari politeknik ke rumah. Dua minggu sekali. Dia bekerja separuh masa di suatu pusat pakaian.

Dia tidak pedulikan hal lain tapi kerap memaksa saya untuk minum pati ikan haruan. Awalnya, saya rasa dia mengambil berat soal kesihatan saya, tetapi lama-kelamaan saya tahu kenapa dia beria suruh saya minum pati ikan haruan tu. Untuk cepat sembuhkan luka bersalin. Supaya dia dapat menyetbuhi saya.

Masih segar di ingatan saya dia mengugut untuk menceraikan saya ketika saya masih dalam tempoh berpantang 21 hari. Bayangkanlah, baru 3 minggu berpantang, dia sibuk ugut nak ceraikan saya hanya kerana saya tidak berani dan tak benarkan dia menyetbuhi saya.

Bukan sengaja saya tidak mahu bagi. Tetapi, anak masih merah. Luka jahitan masih terasa. Tidak waraskah dia? Ketika itu, bulan Ramadhan. Saya sendiri fikir, syaitan apa yang merasuk dia sampai dia tiada pegangan. Langsung tak boleh fikir tentang kesakitan yang saya alami selepas 21 hari bersalin.

1 hari sebelum raya, saya masih lagi dalam tempoh berpantang (43 hari). Subuh itu, saya dan ibu memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung untuk beraya. Kami bertolak selepas sahur, kerana perlu mengambil bekas suami saya di politekniknya. Dia berkali-kali pesan supaya beritahu dia sekiranya sudah mahu sampai di tempat yang dia tunggu.

Saya sedia maklum dengan pesanan dia. Sampailah anak saya meragam ketika mahu sampai ke tempat tersebut. Saya lupa untuk beritahu dia bahawa kami sudah mahu sampai. Sampai sahaja di tempat itu, saya ternampak bekas suami saya di atas motor sedang menghisap rokok. Tengok jam, sudah hampir 7pagi. Saya mengeluh. Sudah ada anak pun masih tidak berubah. Masih tidak berpuasa. Patutlah dia suruh saya pesan supaya beritahu dia jika sudah mahu sampai.

Kami berhenti seketika untuk merehatkan mata di rumah sewa bekas suami. Apa yang berlaku? Dia suruh saya dan anak berehat di dalam bilik dia. Ada benda yang dia nak buat. Masih tidak berputus asa memaksa saya untuk bersetbuh. Ya Allah. Sakitnya ketika itu, tuhan je yang tahu. Saya menangis. Dia tidak peduli. Ketika itu, apa yang saya harapkan semoga dia akan berubah suatu hari nanti.

Kes bekas suami saya memaksa saya bersetbuh ketika tempoh berpantang, saya simpan sebagai mimpi ngri saya. Dengan doa dan harapan, supaya dia akan berubah suatu hari nanti dan supaya dia akan lebih menghargai peng0rbanan seorang isteri.

Pada hari ke 46 berpantang, saya mula bekerja di sebuah kilang sebagai seorang kerani. Gaji bersih Cuma 800 lebih sebulan. Disebabkan bekas suami tidak bekerja, maka sayalah ketua keluarga. Saya sedikit pun tidak merungut ketika itu kerana saya mahu berikan rezeki yang halal untuk permata hati saya (anak). Susu badan pula tidak banyak.

Mungkin kerana terlalu tertekan dengan sikap bekas suami ketika itu. Anak pula hantar kepada ibu saya. Saya memberikan ibu saya RM300. Beli barang anak RM300. Ada baki lagi RM 200. Duit itulah yang ada untuk makan. Isi minyak motor bekas suami, beli rok0k bekas suami (bila dia minta).

Saya cuba sedaya upaya untuk merancang keluarga dek kerana ekonomi yang memang langsung tidak stabil. Tetapi, apakan daya, saya hamil anak kedua pada Ogos 2014. Dan bersalin pada April 2015. Pada masa itu, dia masih tidak bekerja. Saya masih ingat macam mana saya dan dia boleh bergaduh besar kerana saya memaksa dia mencari kerja kerana dia sudah habis belajar.

Kerja dia yang sekarang, sampai dia boleh buat kenduri kahwin di dewan, dan mencaci saya dengan penuh lagaknya, saya lah yang carikan dulu. Paksa dia pergi interview. Bukan dia sendiri. Perangai masih sama. Masuk anak kedua belum habis pantang, masih mahu sental. Tetapi kali ini, tahu sikitlah tanggungjawab. Belikan set berpantang, bagi duit berurut. Puasa? Saya tak berapa ingat. Dia berpuasa ataupun tidak.

Pada tahun 2015, saya tidak ingat bulan berapa. Kami ada menfailkan isu talak taklik. Kerana kami bergaduh besar sehingga saya keluar balik ke rumah ibu saya. Saya sudahpun mengambil semua pakaian saya dan pulang ke rumah ibu. Ketika itu saya sudah tidak tahan. Baran. Dan tak habis habis menguguut nak ceraikan saya. Saya nekad. Malam itu, melalui mesej. “Kalau kau tak balik sebelum jam 11 malam, jatuh talak 2”.

Saya cuba untuk pertahankan rumahtangga ketika itu kerana anak masih kecil. Saya meminta dia mengambil saya di rumah ibu. Dia tidak mahu. Meminta untuk menyusahkan lagi ibu saya. Sehinggalah jam menunjukkan 11.20 malam. Barulah dia muncul untuk membawa saya pulang.

Dan membuat hukum sendiri. Bawa saya pulang, menyetbuhi saya dikira sebagai rujuk. Keesokkan harinya, saya dan dia pergi ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz talak taklik. Selepas mendaftar kes, saya dan dia pergi ke bahagian perundangan hal ehwal keluarga untuk mendapatkan sijil rujuk sementara.

Dalam masa mendaftar kes pengesahan lafaz talak, saya diminta kemukakan bukti SMS yang dihantar kepada saya. Dan secara kebetulan, telefon saya kehabisan bateri. Bekas suami memarahi saya di hadapan 2 orang pegawai di kaunter dan terus berlalu. Masih saya ingat, pegawai di kaunter tersebut berkata kepada saya, “bateri habis pun nak marah awak depan orang.

Macam mana awak boleh jadi bini dia.” Saya hanya tersenyum. Malu? Ya, saya malu kerana itu bukan pertama kali dia buat macam tu pada saya. Sebelum ini didepan keluarga, di dalam shopping mall. Mana mana dia rasa dia nak tengking saya, dia akan tengking tanpa rasa segan silu.

Oh ya, sepanjang perkahwinan saya, saya hanya duduk menumpang di rumah ibu mertua saya. Di dalam rumah tersebut ada abang ipar yang tidak bekerja, pakcik, adik ipar lelaki dan adik ipar perempuan. Tetapi pada tahun kedua saya berada di sana, adik ipar perempuan saya tidak lagi tinggal sebumbung dengan kami kerana dia mahu tinggal bersama ibu tiri barunya.

Ya, bapa mertua saya berkahwin lagi ketika baru 2 hari menimang cucu pertama. Abang ipar tidak bekerja atas sebab apa saya tak pasti. Sebab secara fizikal dan mentalnya, dia masih sihat walafiat. Sepanjang berada di rumah ibu mertua, segala bil tidak pernah bekas suami ambil tahu. Barang-barang dapur semua kena guna yang ibu mertua belikan.

Kalau saya ke kedai tanpa bekas suami saya, saya memang akan beli sabun basuh kain, softlan atau apa saja yang saya rasa saya patut beli. Tetapi, jika saya meminta bekas suami beli, memang akan bergaduh lah. Pada saya, dia terlalu rasa diri dia berkuasa. Ibu mertua dan bapa mertua saya juga takut pada dia.

Sebab itu, segala apa yang dia minta akan diturutkan. Pada dia, dia suami dan dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu terhadap saya. Sekiranya saya ingkar, saya nusyuz. Dan macam biasa, uguut untuk ceraikan saya.

Bil api mula dibayar setelah 4 tahun duduk menumpang. Itupun kerana dia pasang penghawa dingin di dalam bilik tidur. Kalau tak, mungkin sampai m@ti tak nak bayar. Banyak kali saya isukan. Cari rumah sewa, tak besar pun tak apa lah. Janji saya ada ruang sendiri. Ya, seperti biasa. Bergaduh dan akhirnya saya dicaci. Dikatanya saya tak sedar diuntung, tak sedar diri.

Anak saya kini sudah berusia 6 tahun dan 4 tahun. Ini bermakna 5 dan 3 kali harijadi anak tidak pernah langsung dia membelikan sebiji kek, apatah lagi hadiah. Baju raya? Jangankan baju raya anak anak, saya pun tak pernah dia belikan. Jauh sekali nak bagi duit raya.

Baik untuk anak atau saya. Semua tak dapat. Mujur sajalah saya bekerja. Saya lah yang sambut harijadi anak anak dan beli baju raya mereka. Alasan dia sama. tidak mampu. Saya yang dapat bonus raya, jadi sayalah yang kena keluar duit. Belum cerita setiap kali balik raya di kampung saya, minyak dan tol semua guna duit saya.

Setiap kali balik kerja, saya lah yang terkontang kanting menyiapkan anak anak. Dia? Main Mobile Legends. Ada 1 haritu, anak saya mahu datang bermanja dengan dia. Ditepisnya anak saya ketepi sebab dia tengah berprang dalam telefon (Mobile Legends). Sakit betul hati saya masa tu.

Balik rumah, mengadap pula abang ipar yang tidak bekerja. Kencing kucing merata rata, tahi kucing sampai kering dalam bilik air. Saya lah yang kena buat semua benda tu. Sampai satu tahap, saya akan duduk di rumah mak saya, dah siap mandi semua, betul betul nak tidur baru balik ke rumah ibu mertua saya.

Balik dah penat, malam minta pula bersama. Tak bagi, esok tak dapat duit belanja. Sikit pun dia tak peduli saya ni lapar ke tak? Bila saya cakap saya tak berapa sihat, dia cakap “banyak penyakitlah kau ni. M4ti lah lagi bagus,”. Setakat senemeh, tak lawa semua saya dah biasa dengar. b0doh ada b4bi pun ada. Saya sabar.

Dituduhnya saya curang dengan seorang lelaki. Saya tidak melayan. Lelaki tak guna tu yang tiba-tiba mesej sayang pada saya. Saya malas nak explain apa-apa, saya mengiyakan je apa yang bekas suami cakap. Uguut lagi nak cerai. Dalam hati, “okay, kau sabar jap,”

Sampailah satu malam tu. Beberapa hari lagi adik saya nak kahwin. Sepupu saya (perempuan) plan satu majlis Bachelorette Party untuk adik saya. Seminggu sebelum tu, saya sudah beritahu kepada bekas suami bahawa saya ingin ke parti tersebut.

Dia hanya cakap, kalau nak pergi, tengok performance la macam mana. Sakitnya lah hati saya. Adik saya, bukan kawan saya. Adik saya minta jadi saksi borang nikah pun cakap tak ada masa, padahal main game je. Nak pergi parti tak ajak dia pun.. nak kena perform. Ingat saya pelcur kelas atasan ke?

Hari yang dinantikan tiba. Malam tu, saya tidak mahu disentuh kerana dia tidak membenarkan saya pergi ke parti tersebut. Setibanya di pejabat. Saya mesej, “I can’t do this anymore,” Dia reply, “ Kalau kau pergi jugak bachelorette party adik kau dengan sepupu and the gang, jatuh talak 3,”. Ya, saya menangis.

Rumahtangga saya dipertaruhkan dengan parti adik sendiri. Malam itu, saya nekad. Jatuhlah talak 10 sekalipun. Saya tetap akan pergi. Kerana segala perbuatan dia cukup menjelaskan bahawa dia tidak pernah menghargai saya. Ketika dalam perjalanan ke parti, bekas suami berkali kali menelefon, tetapi saya tidak angkat. Ya, saya sengaja. Dan dia menelefon adik lelaki saya yang ketika itu ada bersama, adik lelaki saya memberikan panggilan itu kepada saya.

Menangis teresak-esak. Siap tanya, kenapa buat macam ni. Ugut lagi, kalau tak balik, nak bawa lari anak-anak saya. Memang saya takkan balik. Parti tamat. Saya pulang ke rumah ibu saya. Keesokkan harinya, saya cuba untuk berfikir sebentar. Sah ke talak taklik dalam mesej? Dia mengajak saya ke pejabat agama. Ustazah tersebut memberitahu bahawa itu bergantung kepada niat. Dia menafikannya. Saya tergamam, tidak tahu mahu buat apa. Saya ikut dia pulang kerumah.

Dan.. sejak malam itu sehinggalah ke malam terakhir, tidak pernah sekalipun dia lepaskan peluang untuk tidak menyentuh saya. Saya nak atau tak, tidak langsung dia peduli. Akhirnya, saya berjumpa share masalah saya pada rakan sekerja saya. Seorang lelaki. “You deserve better than this. Tak perlu fikir anak kecil lagi. Fikir diri sendiri yang lama dah sek.sa,”.

Ya, dia lah lelaki yang saya pilih selepas suami saya. Kenapa? Ketika bekas suami saya tidak memberikan duit belanja makan, dia yang membelikan makanan. Entah dari mana perasaan masing masing timbul. Dan isu lelaki ini, menjadi subjek dan target utama bekas suami. Canang pada semua orang saya curang. Ya, saya curang. Tetapi ketika rumahtangga saya sudah retak menanti belah. Hanya saya yang tahu keretakan itu boleh dibaiki atau tidak.

Lelaki itu tidak memberi janji manis ataupun menghasut. Saya sendiri yang pilih jalan hidup saya. Lelaki itu sedikit pun tidak ada kena mengena dengan punca penceraian saya. Sekurang-kurangnya, saya mengaku bahawa saya curang.

Dia? Belum sampai setahun pun dah berkahwin dengan orang lain. Ada saya meminta duit pendaftaran tahunan sekolah anak anak saya yang berjumlah RM3 200.00. Saya minta RM 1,600.00 dari dia. Alasan masih sama. Tak mampu beri RM1,600.00. Cuma mampu RM1,200.00. Ok. Saya diam.

Yang buat saya terkilan. Aqiqah anak masih tak buat. Yuran sekolah anak, tak mampu bagi, tapi kenduri kahwin boleh buat besar-besar? Bulanan cuma beri RM300 untuk dua orang anak. Lebih, tak mampu. Saya berdoa supaya satu hari nanti dia memang tak mampu berbuat apa apa lagi. Itu sahaja cerita saya. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *