Bayi 7 Bulan Sebatang Kara Di Hospital, Ibu Tak Waras Kerana Bapak Ada Perempuan Lain

Anak merupakan amanah paling berharga yang telah dikurniakan Allah SWT. Tidak semua diberikan rezeki menimang cahaya mata sebaik sahaja berkahwin. Oleh itu, pasangan seharusnya menjaga zuriat sebaik mungkin dan mendidik mereka menjadi insan berguna.

Namun lain pula kisahnya apabila seorang bayi 7 bulan ditinggalkan sebatang kara di hospital. Paling menyedihkan apabila ibu bayi tersebut dipercayai tidak waras gara-gara bapa berkahwin baru.

Sebatang kara disini
Sampai ke malam nih tak habis fikir lagi, kenapa la tegar si ayah buat anak secomel terbiar begini, tanpa seorang pun tak ada yang lawat baby berusia 7 bulan nih, dah sebatang kara dia disini. Nasib misi-misi semua baik jaga baby nih bagai anak mereka sendiri.

Dihati kecil ini menangis terdengar kisah bayi malang nih, paling membuat hati nih sebak adalah si ibu yang telah diuji dgn penyakit “giila” kerana suami ada perempuan baru, mungkin dia tertekan sejak di dalam pantang lagi atau pun sudah lama tekanan yang dihadapi.

Sedih setiap kali terpandang bayi ini
Wahai si ayah dan perempuan kenapalah sanggup bina kebahagiaan di atas penderitaan insan-insan lain. Allahuakbar sedih sangat setiap kali terpandang wajah bayi yang tak mengerti tentang kehidupan ini lagi. Terpandang baby nih, hati menangis sangat-sangat. Semoga bila besar nanti bisa menggegarkan dunia tuk sebarkan Hidayat ya sayang.

Buat ayah-ayah diluar sana fikirkan sejenak untuk apa kita di hidupkan di dunia? Fikirlah matlamat sebenar kita disini, bimbing lah isteri dan anak sebaiknya, amanah Allah usah dipersiakan, kelak menyesal tak sudah, fikirlah sebelum kita kembali ke tempat asal, tiada peluang kedua untuk kita kembali ke sini lagi..

Penat menangis sampai tertidur
Tidak boleh diambil sebagai anak angkat. Maaf semua terkejut sy beribu org pm tanya pasal baby yg sy post tuh, maaf ya sy tak menang tgn utk membalas, sy juga sibuk menjaga anak di wad yg sama dgn baby, byk soalan bertanya bolehkah baby itu diambil, buat pengetahuan semua baby tuh tidak boleh diambil utk dijadikan anak angkat, kerana baby tuh masih hak ibunya, hospital jaga dan jkm pantau.

Berkemungkinan sy dgr bila ibu baby kembali sihat, baby akan dikembalikan kepada ibunya……. Lagi satu disini tidak boleh melawat ya, krn baby di wad pengasingan… Hanya ibu bapa baby shj yg boleh masuk, kita sama2 doakan yg terbaik utk baby tuh ya…..💕

Antara komen netizen:
Wee Kadir –Memang sunnah bapa boleh kawin lebih dari satu, tapi kalau emak lebih dari satu dan biarkan walaupun seorang anak itu lebih zalim dari BINATANG.

Nurfadilah Dila –Maknya sakit dah tidak waras mesti akibat tekanan perasaan akibat suaminya ada orang lain. Kalau maknya sihat dah pasti takkan biar sanggup anaknya dibiar sorang2. Moga ada insan penyayang dapat jaga anak ni macam anak sendiri. Moga maknya diberi kesembuhan. Ayahnya tu elok kena panah petir.

Norfariza Jaafar –Sedihnyee cian baby ni..dgn mak yg x sihat..ape punye jntan la.. tunggu rezeki ko allah tarik semua.. aku ni nk sngt anak tp allah blom bg lg.. ni ko dh ade buat anak bini cm ni..

Nur Safirah –bila ada perempuan tweet ‘isteri stress sebab suami buat hal dekat rumah’, ramai lelaki yang mengecam perempuan tu, bina ayat nak lepaskan diri, kata budak twitter banyak merepek. sekarang tengok. dh ada kes. nak kata apa lagi ? yg salah tetap salah, bukan pukul rata namanya. klau ada sesiapa yg tahu baby, knal bapak kpd baby ni, pesanlah dia supaya bertanggungjawab.

Jangan bagi kat bini baru dia, entah apa lah yg dia buat kat baby ni nanti.
sebak plak bila org tu cerita baby ni nk hisap jari org lain disebabkan rindu susu badan ibu dia.

Kat Hee Shin –kepada ibu..kuatkan hati demi anakmu…dia perlukan kamu wahai ayah, tahniah kerana menzalimi anak kamu sndri…semoga kamu sedar sebelum mata kamu ditutup selamanya. Mohon ehsan saudara mara si ibu jaga anak…kasihan anak itu, sendiri seperti yatim piatu. Sumber : Bunga Larangan via OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *