Tak usah bandingkan anak. Tk sangka anak yg dulu selalu dihina sanggup berhenti kerja utk jaga ayah

“Saya ada 4 orang anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer dan lawyer. Tapi anak yang ke 3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM.

Sangat mengecewakan saya. Tusyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.

Dapatlah kerja kilang. Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia. ‘Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aje.’

Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena str0k. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.

Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.

Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.

Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.

Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu.

Bersangka baiklah dengan Allah.

Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian ini.

Zaid Mohd Zain –Siapa lg yg mahu angkut sampah yang membusuk seluruh dunia ni… Kalau semua dh jd dokter dan engineers…. Maha kuasa Allah melengkapkan dunia dgn berbagai makhluk nya.. Ada pencuri melahirkan bnyak pekerjaan sebagai polis😁😁😁😁

Hamzah Zah –Sering kali ungkapan yang kita dengari berbunyi belajarlah pandai pandai supaya kita menjadi orang yang berguna!

Tidak semestinya orang yang pandai itu berguna maka Allah lebih mengetahui diatas setiap hambanya oleh itu jangan lah kita mengambil tempat tuhan untuk menentukan sesuatu!

Cuby Cuby –Hina besi kerana karat hina maknusia kerana x berduit semua perlu tahu duit memang penting dlm kehidupan tetapi hati budi yg baik serta ikhlas memang susah dicari…..

Berbuat baiklh selagi hayat masih ada jgn sesekali menilai seseorg dgn duit dan kebendaan nanti dah mti semua tu akn tinggal juga kan… Jangan sangka yg diatas tidak akn jatuh kebawah dan jgn disangka juga yg dibawah tidak akn naik ke atas hidup bkn nak menungkat langit pun oleh itu jgn sesekali membanggakn diri riak dan seangkatan dengannya……

Nurul Akma Roshdi –Dia berhenti kerja jaga abah tapi yg lain support dari segi kewangan… Cuba bayang kalau doktor tu yg berhenti… Berapa ribu pesakit perlukan dia? hidup bukan untuk diri kita saja..kita ada tanggungjawab pada org lain sama…

Moral of da story jgn sesekalipun bandingkan anak2.. yang x jaga mungkin ada tanggungjawab pada negara.. yang mana lebih besar dari diri kita sendiri…

Dia berk0rban perasaan…yg kerja kilang mungkin x pandai… Tapi Allah dah atur supaya dia xterikat dgn tanggungjawab besar.. boleh berhenti kerja jaga mak ayah. Win2 situation.

Mazni Mahful –Berdosa kita sebagai ibubapa membanding2 anak. Mereka anugerah dr Allah. Allah dh atur tu semua kita kena terima dgn redha. Ibubapa mana tak sedih anak kurang menyerlah tp bila kita kembali kepada Allah hilang sedih tu. Sedih lagi org seperti saya yg tiada anak tp saya tahu itu yg terbaik buat saya yg Allah telah aturkan Kredit : Kena Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *